Monday, August 3, 2009

rozita che wan bagi aku nombor telefon...ini serius...

semalam,
ada shooting filem Adik Manja Returns,
arahan Dharma Harun di belakang pejabat aku...
dan aku terpandang pelakon yang aku suka sangat...
Rozita Che Wan...



aku teringat cerita ini...
tahun lepas...
aku bercerita dengan mak dan wan aku...
mereka memang sukakan pelakon bermata cun ni...



"mak,kalau orang kawin ngan Rozita Che Wan ni,okay tak? tak kisah la dia janda ke ape...mak terima tak??"

buat pertama kali dalam seumur hidup aku,mak aku tersenyum bila aku bertanyakan hal kawin...dia tau anak dia poyo...
jelingan dia seperti mencabar aku...

"jangan cabar mak...kang dapat kapel ngan dia kang, mane nak cekau duit wat majlis besar-besaran..."

wan pula,
berdialog begini...

"elok la tu...ekau nak boie anak eh mentedarah apo?? mentedarah rumput kapet?"
(*alihbahasa : "elok lah tu...kau nak bagi anak dia makan ape?? makan rumput karpet?")

aku jawab...

"alaa...tabur dedak je kat anak dia..."

***

okay...gadis-gadis di luar sana...
tidak perlu pergi ke kedai membeli make up untuk menyerupai Rozita Che Wan...
tak perlu...
bazir duit saja...

aku dah dapat nombor telefon Rozita dah...
kamu semua sudah terlambat...

bukan Rozita Che Wan...
tapi Rozita Bte Karim...
dia pembekal barangan komputer di sekitar Melaka...
aku mahu beli mouse PC aku...
tapi dia bagi aku business card...
penting ke??
ada kena mengena ke??
mouse dan business card??

aku tak bangga dengan itu...

***


2 comments:

p a n y said...

lorr. nk kawen dgn rozita?? wkaka

-en.sani- said...

diam-diam suda...kang tau dek abg rambut kertak,mati aku kena terjah!! hahahahah~