Monday, April 25, 2011

Entry ini sepatutnya ada tajuk, tapi tajuk itu dah tahan bas, balik kampung...

Sejak aku mula menulis blog hampir 2 tahun yang lepas, sebenarnya, banyak benda yang boleh menggembirakan aku. Gembira yang datang secara sikit-sikit, mengembangkan bait-bait kecil menjadi satu kehidupan hebat yang sebenarnya tidaklah begitu menarik.

Ramai orang kenal aku siapa. Tapi, kebanyakannya aku tidak kenal pula. Katakan kamu terjumpa aku di mana-mana, kuntumkanlah satu senyuman manis untuk aku, untuk isyarat hati yang kamu pernah kenali diri ini. Aku tidak lokek membalas senyuman. Cubalah. Kecuali aku sedang makan nasik. Makan nasik perlu serius. Barulah nasik itu berasa redho.

Tolong katakan bahawa dunia ini kecil, dan kau jumpa aku. Dan kau rasa semakin hampir.


***

Aku baru balik dari klinik. Aku alami stress. Stress yang bermula dari sifat diri.

Malu mahu cakap ini. Tapi kena cakap juga. Aku perlukan seseorang selain daripada keluarga untuk mengubat sikit demi sikit barah dalam jiwa.


* Kan aku cakap siang tadi, malam ini jangan kacau aku.

6 comments:

Anonymous said...

bila ade org nak dekat..kamu jual mahal...

-shinchan..

en.sani said...

dekat hanya utk kegembiraan sendiri...itu ikhlas kah?

nuwuwuda said...

"Aku perlukan seseorang selain daripada keluarga untuk mengubat sikit demi sikit barah dalam jiwa."

kesian kamu

mungkin perlu dekat dengan Tuhan? mungkin...saya kata mungkin

en.sani said...

hehe...bukan mungkin,tapi patut...

nuwuwuda said...

wajib la, wajib

en.sani said...

ha, tau pong....