Thursday, May 12, 2011

Last dan last untuk minggu ini

Adik lelaki aku ada duduk sehari dua ni dengan aku. Dekat Cyberjaya. Dia nak cari kerja area-area Kolumpo ni.

Semalam, lepas interview, dia balik rumah aku. Aku kat opis tengah pung pang pung pang buat kerja. Dan fesbuk.


Dia sms aku.

Adik : Lapar plak. Kat sini mana nak makan ek?

Aku : Ko keluar, nak makan yang biasa-biasa, ko pergi kat hostel pompuan. Situ best. Awek pun ramai jugak yang buat ko berdarah hidung. Tau kan tempat dia?

Adik : Owh, pakaian tak kisah eh? (Sebab dia ingat kena pakai lengkap ikut buku panduan pelajar macam kat universiti lain.)

Aku : Kat sini, kau keluar pakai sependa pun boleh.



***

Akhir-akhir ni, aku ada perasan, korang macam takut je nak komen kat entry aku. Jangan risau la beb, korang komen la macam biasa. Aku ni peramah. Nak cakap apa-apa pun boleh. Kalau taknak komen, YM je. Sebelum-sebelum ni pandai pulak carik aku kat YM. Sikit-sikit buzz. Sikit-sikit buzz. Kecik hati lebah kau ejek.


P/s : Blog aku mungkin bercuti selama seminggu. Babai~ <--cis, kemain comel aku eja 'babai'...

2 comments:

nora said...

kelaka....hihihihi.....cian kat adk tu...y seminggu blog pun kena cuti??

en.sani said...

kena...kena cuti jugak...ada org tu nk cuti smpai 2 minggu lg...hehehe.