Tuesday, June 21, 2011

Dapurmu dapurku jua

Pukul 11.30 malam.

Rasa lapar. Ego tak nak makan malam terhapus.

Duit dalam beg duit ada la dalam RM50 back-up sampai 27 hari bulan. RM30 duit minyak kereta. RM 15 duit makan. RM5 buat standby kawan pow. Heh. Ye. Aku kerap kena pow kawan-kawan. Baik hati la katakan. Dah la baik hati, pipi licin, rambut pacak, pandai menyanyi, ah, pakej datang secara pukal la orang cakap!


***

Aku pergi dapur.

Cari apa yang ada. Selongkar rice cooker. Ada nasik putih sikit. Housemate punya.

Dalam tupperware ada sambal kosong. Pun housemate punya.


Aku senduk nasik, sambal sikit, makan dengan mata berkaca-kaca.

Entah halal entah tidak.


Balik housemate malam kang, baru la tanya. Amacam? Ala, takkan la dia masak sambal pun nak letak wine. Catherine Zeta Jones pun tak buat itu macam!

2 comments:

Jo Qusary said...

Masak sambal letak wain la baru sedap... baru ada rasa masam anggur sket, kehkehkeh...

en.sani said...

anggur kan haram? tak tahu cerita kah?kakakakaka~