Friday, June 3, 2011

Tegak

Pagi tadi, sebelum bertolak ke opis menaiki Rebecca, aku membuat perkara terpuji iaitu menge-check minyak hitam dan air radiator yang jarang-jarang dikuasai oleh jejaka tampan bermuka pan asian. Rata-rata dari golongan ini, start kereta pagi-pagi, lepas tu tekan macam nak gaduh pegi opis. Disuruh parking reverse, tak tahu.

Sebelum menge-check minyak hitam, aku sediakan kain buruk yang tersimpan rapi di bonet belakang.


Check. Minyak hitam perfek.

Air radiator. Perfek.

Air itu, air ini. Semua perfek.


Aku start kereta. Enjin menderu dengan lancar dan sungguh iklan Castrol. Aku kembali ke bahagian enjin yang terbuka untuk mengelap lebih kurang bahagian yang terpalit minyak dan habuk. Lap sikit lebih kurang. Celah-celah itu. Celah ini. Enjin menderu hebat. Perfek orang cakap.



Tiba-tiba.


Guguguguguguguguguguguguuu....



Macam mana kabel palam pencucuh ni boleh tertanggal ni? Tegak rambut I tau!

No comments: