Friday, July 15, 2011

Bahasa

"Cakap melayu ni susah jugak kan, abang?"


***

Sayang, semua benda dalam dunia ni susah. Sebab tu kena belajar. Cuba awak paksa seekor kanggaru sebut perkataan 'kanggaru', mesti kanggaru tu tak reti. Kan? Okay, jangan ambil serius pasal kanggaru tu, sebab kita ni manusia. Keh keh keh.

Nora, tolong cuba guna ayat bahasa melayu awak sendiri. Jangan harap sangat google translate tu. Google translate tu semua penipu. Google tu dengki je lebih. Illuminati. Kalau ada silap, nanti saya betulkan la awak punya bahasa melayu. Jangan risau. Dulu masa saya study dekat Germany, saya belajar jugak cakap Germany sikit-sikit.

Tengok sini. Saya cakap Germany.



GER-MA-NY


Amacam? Pandai tak?

Tak. Tak perlu tepuk tangan.


[Link]

[Link]

[Link]


P/s : Saya pun gagap jugak cakap melayu. Tapi, gagap time kena jawab sifir lapan la masa form 1 dulu.