Monday, July 25, 2011

Sabtu

Pagi Sabtu. Di Tampin. Lepas mandi. Dressing mantap macam nak pergi konsert Jom Heboh. Rambut pacak. Muka sembab sikit sebab tune tidur lari.

Niat hati nak jalan-jalan ke pekan Tampin. Rindu dengan bau Tampin. Rindu dengan bau bustand Tampin. Rindu dengan Stesen Keretapi Tampin. Rindu dengan mini stadium. Rindu dengan Tampin Square.

Bawak kereta. Duit dekat dalam poket bukan ada sangat. Jadi kalau nak shopping bundle pun bukanlah satu perkara yang sihat untuk dibincangkan. Buat hati panas, ada.


Treeettt...!!!

Sms masuk.

"Along, wan suruh beli tepung gandum tiga kilo..."

Tanpa membalas sms, aku terus cari parking untuk ke salah satu pasaraya terkemuka di pekan Tampin.


"Hari ni hari tanpa beg plastik ye, bang..." kata makwe cashier lembut.


Pagi Sabtu. Di Tampin. Lepas mandi. Dressing mantap macam nak pergi konsert Jom Heboh. Rambut pacak. Tapi lintas jalan peluk tepung gandum tiga kilo. Macam setan!


***

Henpon berbunyi minta diangkat...

"Along, tolong beli tali mesin jahit wan. Dah putus!"




Aku lari laju-laju, aku terus flying kick tiang elektrik.

No comments: