Tuesday, May 31, 2011

Rajuk

"Awak, saya tunggu awak...jangan nakal-nakal."


***


Kau susun peluru-peluru kasih,
sulam ia menjadi cinta,
lalu kau tebarkan luas tepat ke dadaku,
dan aku hilang dalam bayang personamu.

Yang sebelum itu,
kau ketuk pintu hatiku
tanpa sedar aku izinkan,
untuk terbang
bersama spirit-spirit kasihmu.



***

Aku rindu kamu. Biarlah orang lain tidak membantu. Jika kamu sudah sedar, biarlah aku tahu sendiri. Biar aku packing barang-barang kasihku, untuk meneroka kembali ke alam mimpimu, berjumpamu sendiri tanpa ada tembok rahsia.

Aku tidak pernah berhenti mendoakanmu sayang. Okay, tipu. Berhenti pun sebab nak makan nasik. Tengah makan nasik mana boleh doa. Nanti tersedak.



P/s : Hari ni, aku tak mahu cakap dengan siapa-siapa. Beruntung siapa dapat dengar suara aku hari ni. Mak aku cakap, mulut aku ada berlian. Kan mak kan? Padan muka diorang kan?

Monday, May 30, 2011

Janji

Yang lembut,
yang ku peluk tiap malamku itu,
hanyalah secebis semangatmu.


***


Kelmarin, kamu berjanji mahu menungguku.

Nora, please bangun. Aku takut akan kehabisan ayat buatmu, sayang.

:(

Thursday, May 26, 2011

Kuat

"Awak jangan cepat putus asa okay? Awak mesti kuat..." kataku.

"Awak..."

"Ye sayang..."

"Kuat tu apa eh? Saya lupa...hihihihi..." katanya.

*bunyi cengkerik*

Kamu sangat cute masa tu.


***

Nora, even pada mulanya dulu kamu tak tahu dalam Bahasa Melayu apa itu 'kuat', tolonglah kuat sekarang. Aku tahu kamu mendengar setiap butir. Sediakan ketenangan secukupnya, jangan terburu-buru, bila kamu sudah sedia, hulurkan semangatmu, kami di sini akan membantumu keluar, dari dunia kelam itu.

Kamu memang boleh lakukannya, sayang.

Sebab, kamu memang insan yang kuat.


***

"Bahasa melayu ni susah la awak...my dad pun selalu marah kalau saya speaking english dengan dia. Katanya, kita orang melayu, jadi, cakaplah bahasa melayu..." katanya.


Sayang, kuat itu strong. Awak mesti ingat sampai bila-bila.

I miss you.

Wednesday, May 25, 2011

Harapan

Kamu tahu tak?

Kalaulah aku boleh beli harapan, dah lama aku beli secara pukal buat stok untuk hari muka. Guna bila genting. Hati jangan bising. Minda jangan runsing.

Hanya untuk kamu.


***




Nora. Saya teringin nak nyanyikan lagu ini untuk kamu.

Tuesday, May 24, 2011

Majid Driving School - Cepat

"Abang...cepatlah sikit bawak kereta tu. Terhegeh-hegeh..." kata Marjinah.

"Nak cepat nak pergi mana?" balas Majid lembut tapi ada nada tegas.

"Balik rumah la! Cepat sikit..." jawab Marjinah.


Tanpa banyak cakap dan soal, Majid menambah kelajuan kereta Kancilnya sehingga jejak ke angka 120 km/j. Mungkin isterinya tak tahan nak kencing. Maklumlah. Umur dah setengah abad. Jenis kalau gelak time mengumpat kuat-kuat pun boleh basah kain(Cis, macam mana aku boleh tahu ni? Ini semua salah Harian Metro!).


Kereta Majid belum berhenti masuk ke perkarangan rumah, Marjinah sudah tak sabar-sabar nak buka pintu kereta. Jenis gelojoh.

" Kot ye pun, sabar la sikit..." sound Majid keras sikit.


Baik berhenti kereta, Marjinah terus meluru membuka pintu rumah.

Majid geleng kepala.


***


"Tadi lupa nak bagi Daniel makan..." kata Marjinah sambil mengusap lembu peliharaannya dalam Farmville dengan menggunakan cursor.


"Awak ingat cute ke perangai macam tu?" sound Majid dekat depan pintu sambil tangan penuh plastik shopping.

Kupu-kupu


Hikmat menjinakkan kupu-kupu di pejabat memang bukan calang-calang orang boleh buat. Tak ramai anak melayu yang boleh menguasai teknik ni. Insan terpilih je boleh.

Oh, ya. Kupu-kupu tu cakap, nama dia Zulaika.


***

Tahukah anda, kupu-kupu dan rama-rama itu adalah 2 binatang yang berbeza? Kupu-kupu pula ada macam-macam kategori. Antaranya kupu-kupu pokok dan kupu-kupu buah. Yang malam-malam dekat simpang tu, kupu-kupu malam. Yang rangup-rangup kau makan kat pasar malam tu, bukan kupu-kupu ye. Itu keropok lekor.

Monday, May 23, 2011

Memasak

Pukul 10 malam.

Tiba-tiba aku lapar. Last makan 12 tengahari tadi.

***

Dari pengalaman bermain masak-masak sedari umurnya 7 tahun, mungkin ada hikmahnya aku masak megi dalam rice cooker ni. Ada hikmahnya. Percayalah. *air mata bergenang*

Sedap rupanya megi ni. Lagi hujung bulan, laaaagiii sedap.


***


Nora, kamu tak rindu saya? Semalam saya cuba mimpi kamu. Tapi, tak jumpa. Thank you Abang Naz. Thank you Kak Nor. :)
Justify Full

Isnin

Tidur tadi pukul 3 pagi. Bangun-bangun pukul 6 pagi. Lepas solat, dengar lagu jiwang dalam sepatah dua kata, siap-siap pergi kerja. Balik kerja kena lajak pukul 6 hingga 7 malam.

Kerja tak siap jugak.

Isnin ini memang klasik.



***


I miss you. Cepatlah sedar, sayang.




Untuk semua dosa semalam yang masih tersimpan, terjerat, terselit dan tersembunyi jauh di hujung rusuk jiwa, tolong pergi dari aku, untuk aku ambil hati yang satu itu.



P/s : Maaf, aku tiada masa untuk membuat kelakar sekarang. Esok-esok saja.

Saturday, May 21, 2011

Hari kamu - 2

Malam tadi, aku jumpa kamu. Dalam mimpi.

Kamu berkata, "Awak, help me..."

Aku pandang ke matanya, "When you need somebody just to hold you, just reach out, call my name, and I'll be there, sayang..." sambil memegang tangannya.

Kamu senyum. Senyum kamu memang indah biarpun hanya belakang tabir mimpi.


***

Adakah terlalu klise jika aku mahu katakan yang, I will sell my soul for something pure and true, for someone like you?

Tidak aku rasa.

Tiada istilah 'klise' dalam cinta.

Asal saja ku harungi hari ini bersama denganmu, mati pun akan jadi main!


***

Please, be strong sayang. Aku tunggu kamu.


Pembaca semua, tolong doakan Nora please.
Aku tak mahu hatiku menangis lagi.

Friday, May 20, 2011

Hari kamu - 1

Selamat tidur, teman.

Penghulu hari. Membawa seribu duka, membawamu pergi jauh dari pandangan mata. Kesal kerana mengenalimu begitu singkat durasinya. Sesingkat kelipan mataku tika merenungmu terlalu lama. Jujurnya aku tidak pernah puas dengan hanya mengingatimu sepanjang masa.

Esok kita berjumpa lagi. Kita buat canda baru untuk kita ingati sampai mati.

Tenanglah tidurmu teman.



***


Jika kamu rasa aku sedang-sedang sweet masa itu, tolong rekodkan senyap-senyap dalam CD cinta kamu. Dan mainkan bila perlu....dalam mimpi tidurmu.



I love you sayang :)
Moga kamu cepat sihat.

Thursday, May 19, 2011

Siri berborak dengan makhluk tuhan paling gojes

Soraya : Sani, you senyum sorang-sorang ingat I suka?

Aku : Kau apa tahu?

Soraya : Eleh. Bajet jiwang. (tangan kat dada, mata pandang atas)

Aku : Wei, badan aku ni built-in full of love laaa...

Soraya : Okay, fine...



***

Soraya, esok aku pergi opis, aku bawak kau ye? Jangan la merajuk. Tak sweet la kau skang ni. Tu la, banyak sangat tengok Akademi Fantasia. Nangis banyak. Bercakap dengan kamera.

Wednesday, May 18, 2011

Pesta makan di kampung saya

Nak seminggu cuti balik kampung, tak guna kalau tak ada pesta makan ye tak? Tak payah la cakap kau orang balik kampung tak makan. Logik ke tak kau balik kampung semata-mata rindu kucing? Tak pun sebab nak sain ketua kampung? Takpun nak tengok Astro Warna. Nak kena lempang?


Kau orang pernah tak makan nasik lemak lauk gulai siput sedut? Nak klimaks dia punya rasa woi!

Tak percaya, tanya baby ni.

Slruuuppp...

Podeh...podeh...

Lepas tu, dah berjaya, dia buat muka kerek. Cilakak. Hahaha...

***


Kuih apam kecik-kecik ni aku tak minat sebab selalu nampak dekat atas rak tokong cina dia susun cantik-cantik. "Itu kuih, tok pekong yang punyaaaa!"


***


Ni memang ajaib. Aku bagi adik aku RM10 suruh beli makanan, dia beli macam esok pagi nak kiamat.


Lauk daging masak asam. Balas pulak dengan ikan pekasam. Memang heaven la weh!

Dah tu, tak reti-reti nak balas dengan nutrigen? Bakteria baik untuk bekalan perut. Minoru shirota ke ape jadah entah nama dia.

Malam-malam sikit, buat surprise untuk wan. Kek sikret resepi ni weh...kalau tak kopak duit, bukan nama sikret resepi.

Tapi, aku tak minat kek. Sebab aku bukan metroseksual sangat pun. Makan nasik lauk telur kicap pun dah boleh terharu.




Ha. Kan sekarang mulut aku dah berlecak ni siapa nak handle? Siapa nak masakkan? Makwe dah la pegi obesi...hahaha!

Onar pembuka minggu

Rindu aku kan? Tapi kan, aku ada satu masalah la weh.

Aku tak rindu pun kau orang. Kah kah kah!

I'm sorryyyy....


***


Tak puas okay rehat. Haih. Takpe, hujung bulan aku cuti lagi. Padan muka lu orang. Oh, ya. Gambar di atas itu random je. Untuk membayangkan aku tengah rehat. Eh. Tak payah la tengok kat area zip tu. Tak rosak pun.

Nakal tau.

Saturday, May 14, 2011

Ironi

*Lupakan pasal cuti seminggu, aku nak jugak tulis menatang ni*

Okay, aku nak tanya something(ha, tu dah ada cakap omputeh sikit, sah-sah la serius). Seumur hidup kau orang la kan, pernah tak kau orang rasa kehidupan yang kau orang sedang lalui ini sungguh ironi? Sungguh dramatik? Sungguh drama? Sungguh Spa-Q? Sungguh 10 Things I Hate About You? *ah sudah Sani, sudah!*

Aku baru lepas lalui sekarang dan sedang melaluinya untuk hari mendatang. Terlalu banyak untuk diterangkan kat sini. Tapi, satu hari nanti, boleh jugak dibuat novel yang sweet gila. *cita-cita tu*

Rupa-rupanya, Yusop Haslam buat drama tu bukan main-main rupanya.

Maaf kerana mengecewakan beberapa orang untuk seseorang yang aku rasa sungguh istimewa.









Yup. I'm in love.

Thursday, May 12, 2011

Last dan last untuk minggu ini

Adik lelaki aku ada duduk sehari dua ni dengan aku. Dekat Cyberjaya. Dia nak cari kerja area-area Kolumpo ni.

Semalam, lepas interview, dia balik rumah aku. Aku kat opis tengah pung pang pung pang buat kerja. Dan fesbuk.


Dia sms aku.

Adik : Lapar plak. Kat sini mana nak makan ek?

Aku : Ko keluar, nak makan yang biasa-biasa, ko pergi kat hostel pompuan. Situ best. Awek pun ramai jugak yang buat ko berdarah hidung. Tau kan tempat dia?

Adik : Owh, pakaian tak kisah eh? (Sebab dia ingat kena pakai lengkap ikut buku panduan pelajar macam kat universiti lain.)

Aku : Kat sini, kau keluar pakai sependa pun boleh.



***

Akhir-akhir ni, aku ada perasan, korang macam takut je nak komen kat entry aku. Jangan risau la beb, korang komen la macam biasa. Aku ni peramah. Nak cakap apa-apa pun boleh. Kalau taknak komen, YM je. Sebelum-sebelum ni pandai pulak carik aku kat YM. Sikit-sikit buzz. Sikit-sikit buzz. Kecik hati lebah kau ejek.


P/s : Blog aku mungkin bercuti selama seminggu. Babai~ <--cis, kemain comel aku eja 'babai'...

Tuesday, May 10, 2011

Random tengah minggu

Buat masa ini, entry terpaksa dipendek-pendek sikit. Tulis pun bab-bab yang sensitif, makan dalam, falsafah, cinta, kasih, bunga kemboja dan Sembilu Kasih. Oh ya, tak lupa kepada sikap cepat terasa budak-budak muda sekarang. Ini amat serius dan menjadi barah kepada masyarakat melayu marhain. Sikit-sikit rasa macam kurang kasih sayang. Aku dari kecik pun kurang kasih sayang jugak, dah besar, kacak jugak. Rambut pacak jugak.


***

Oh, ya. Tadi aku minum air nenas 2 gelas dekat Sungai Ramal. Kejap-kejap tu kandungan aku gugur.

Mimpi

Aku doakan kamu supaya cepat sembuh. Supaya kita boleh ketawa bersama-sama lagi. Aku rindukan kamu sepertimana kamu rindukan aku.

Aku tak mampu menerobos ke dalam ruang mimpimu dan menemanimu sepanjang masa, seperti dalam bait-bait lagu cinta.


Monday, May 9, 2011

Delete

Ya. Mungkin satu hari nanti, aku akan delete blog kesayangan ini. Siapa tahu?

Mungkin itu lebih menyenangkan hati banyak pihak.

Mungkin.

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu ke-24

Tadi jumpa mak kejap. Dekat Seremban masa on the way balik Cyberjaya.



Mak : Kau makan ke tak kat sana?

Aku : Kenapa?

Mak : Dah kurus sikit skang.

Aku : Biasa la...kasanova.

Mak : ......la sangatttt...



Selamat Hari Ibu, mak. Dari anakmu yang bertahi lalat manis bawah bibir. Kata mak, itu tanda mulut jahat. Keh keh keh.

Update : Oh, ya. Selamat Hari Jururawat jugak dekat makwe-makwe hospital mana-mana. Layan pesakit, jangan buat muka macam musang.

Saturday, May 7, 2011

Otak

Otak manusia memang kelakar.

Kalau kita cakap, " Don't think about love."

Otak tetap think about love.



Kan?

Friday, May 6, 2011

Pagi yang perfek

Pagi ini MMU Cyberjaya sungguh indah. Tak sejuk sangat. Matahari menyinar lembut di hujung ufuk. Pukul 8.45 pagi. Kelihatan beberapa ekor burung merbah bertenggek di satu dahan kecil sambil berborak dengan not tinggi. Sepasang arnab sedang mandi di satu lopak tepi parit. Salah seekor dari arnab itu kesejukan, lalu menghembuskan hingus dengan padu menggunakan tisu. Sejuk mungkin.

Warga MMU, samada pekerja atau pelajar, sedang bergelumang dengan kertas kerja sambil ada juga yang membaca fesbuk dan berborak sampai berminyak-minyak mulut. Pakcik makcik di kedai makan sedang rancak melayan pelanggan yang tidak putus-putus biarpun karipap sardinnya rasa selipar. Pendek kata, pagi itu kalau boleh diberi markah, maka layaklah mendapat markah 10 daripada 10.














Di satu apartment di hujung MMU, kelihatan seorang mamat kacak sedang menyumpah dalam hati.


"Gampang, macam mana boleh lupa kunci alarm ni?" katanya dalam hati sambil berkumur-kumur Listerine. Mukanya cemas, tapi maintain macam Brad Pitt.

Aku punch-in jam 9.05 pagi. Reason, server down. Keh keh keh.

Thursday, May 5, 2011

Terharu

Tadi, Mazlan hantar aku balik rumah.

Kami berbual tentang aku. Tentang apa, tak payah la kau orang tau. Dia berhenti tepi jalan, dan menadah tangan sambil berdoa;


" Ya Allah Ya tuhanku, kau panjangkanlah rezeki kawanku Sani ni, Ya Allah. Permudahkan segala urusannya...Amin..."


Mazlan adalah seorang bapa. Dan aku rasa sungguh terharu. Tapi dah sampai rumah, takde la aku terharu sampai menangis teresak-esak bawah bantal. Terharu je la. Tak faham ke?

Nakal.

Wednesday, May 4, 2011

Negro

Tadi masa balik dari pasar malam nyaris-nyaris terlanggar student negro dalam 4-5 orang dekat satu simpang hostel. Tapi, memandangkan aku pemandu yang berhemah dan sangat JPJ, aku berjaya mengelak sambil makan popia goreng. Ye, aku tengah makan popia goreng masa tu. *Patut letak dalam resume tu.*

Dah tau kurang cerah, nak berjalan malam-malam tu beli la sticker pemantul cahaya, tampal dekat peha. Itu pun nak ajar.

Tuesday, May 3, 2011

The Stig

The Stig.

Aku dengan The Stig memang tak jauh beza. Cuma, The Stig tu british, aku italian. Mama paperoni ciken hawaiian gennaro gattuso.<---ini tak payah la kau search google translate, tu bahasa pasar dekat Venice.


Korang tak kenal The Stig? Memang malang. Pergi tengok Top Gear cepat.

Monday, May 2, 2011

One Lovely Blog Award (Versi Terpaksa)

Baru-baru ni, aku telah dapat award(sebenarnya tag aje) oleh akak [ini]. Oleh kerana aku punyai banyak masa dan waktu yang terurus macam dalam buku pendidikan moral, aku penuhilah kehendak 'award' ni. Nampak sangat paksa. Nasib baik aku ni periang orangnya, hari-hari kaki tengok berita dan peramah juga. Ish, sendiri puji, sendiri terharu. Macam Wan Maimunah perangai.


Mempersembahkan:

Award cawan puteri salju mana entah dia rembat ni.


Here are rules to abide accepting this award (Amacam, power tak aku cakap omputeh?)


1. Post linking back to the person that gave you the award
2. Share 7 random things about yourself
3. Award 15 recently discovered blogs
4. Drop them a note and tell them about it



1) Post linking back to the person that gave you the reward.

La, kan aku cakap, akak yang suka memasak tu bagi la. Ct Noarizah. Aku tak tau la memang nama dekat Mykad dia ada 'CT'. Nanti kan, aku bercita-cita nak letak nama anak aku ND van der Meyde. Agak-agak acik kat pejabat pendaftaran tu nak layan tak?


2) Share 7 random things about yourself.

Ini serius skema. Macam gadis-gadis okay nak bagitau hal sendiri. Ewww~mencikk.

a) Si gemok yang tak pernah menggunakan sikat semenjak masuk sekolah menengah. Tak cool pakai sikat. Orang pakai sikat ni banyak kerja duduk depan komputer je sambil melayari blog motivasi dan jual beli emas. Aku tak reti pakai sikat. Juliana Evans juga suka mamat rambut serabai dengar cerita.

b) Pernah cukur rambut botak sebab benci dengan muka yang skema. Aku rasa, sebelum kahwin nanti, aku nak rasa satu kali rambut botak la. Best okay. Bila bawak motor tak pakai helmet, memang laju. 'Potong angin' orang cakap.

c) Ada 6 tahi lalat di sekitar muka. 2 bijik kat bawah bibir, 2 bijik dekat atas kening kiri, sebijik dekat hujung kening kanan dan sebijik dekat bawah telinga kanan. Lagi banyak tahi lalat di badan seseorang tu, semakin menyerlahkan sikap menyayangi binatangnya. Mana taknya, lalat berak kat badan kita, tapi biar je kesian nak bunuh. Okay, tak lawak.

d) Ada satu perangai, bila gugup atau panik, aku suka pegang sebelah telinga. Kalau tak pegang, jadi makin gugup. Kalau pegang pun, gugup jugak. Bodoh punya tabiat. Takde function.

e) Masa kecik-kecik sekolah rendah, ada tabiat gigit pensel. Cilakak punya kementerian pensel, entah apa dia letak dekat pensel tu. Sedap sangat rasanya. Macam pucuk paku.

f) Tak pernah naik kapal terbang sebab nasib yang kurang baik. Dulu aku pergi Kanada pun naik bot pancung.

g) Okay, ni bonus :
-Aku suka wanita yang berambut pendek. Lagi pendek macam Roxette yang menyanyi It Must Have Been Love tu, lagi okay.
-Suka jugak wanita pakai cermin mata.
-Suka wanita yang tinggi. Kalau boleh lagi tinggi dari aku. Kalau tak tinggi, nak jalan dating, eloklah kamu pakai kasut tumit tinggi. Korang pernah tengok video klip Guns n Roses, November Rain? Masa Axl Rose nikah dengan makwe dia, bukan main cool lagi makwe dia sikit punya tinggi.
-Suka wanita berkulit putih. Yang hitam manis agak kureng. Tapi kalau rupa dia macam Jennifer Lopez, itu belakang cerita.
-Tak suka wanita yang sangat kurus.
-Suka wanita yang matang.(Pernah ada makwe yang 2-3 tahun lebih tua)
-Suka wanita yang suka memasak. Pandai tak pandai masak belakang cerita. Kalau goreng rumput pun aku makan. Terpulang kepada si dia nak masak apa. Ah. Si dia-si dia kepala hotak lu, ingat ini majalah Remaja?



3) Award 15 recently and tell them about it

Jo Qusary
Sayda Dino
Cik Yaya
Keril Samad
Absya
Shafinaz
Faridzul
Si Daun Ceri
Shima Emma
Encik Bagak
Kawakibi
Tengku Fir
Syakila

Dapat 13 je. Lagi 2, siapa-siapa yang banyak masa terluang boleh la ambil ye.



Korang tak balas siap, penat tau tak search blog korang pakai internet subsidi ni. Entah apa yang lovely blog pun aku tak tau. Banyak jugak masa aku buat kerja tak berfaedah ni. Ha ha ha!

Okay. Aku nak tidur. Aku tau besok pagi, duit akaun Nuffnang aku dah empat angka. Kalau tak, aku mengamuk.