Monday, June 27, 2011

Peraduan

Tampin, hari nak balik ke Cyberjaya. Aku ambil baju aku yang banyak di ampaian kain. Semua dah kering. Ada la dalam satu bakul besar. Aku dah bosan basuh baju pakai kaki dekat Cyberjaya.

Masuk rumah sambil kendong bakul baju.

Di ruang tamu, wan, emak, maklong, kakak sepupu dan Acik Ana duduk dalam bentuk bulatan sambil berborak dengan not tinggi.

Aku menyelit ke salah seorang daripada mereka.

Duduk bersimpuh macam gadis gadis. Mereka semua senyap tiba-tiba.


"Maklong, apa kata kita adakan satu peraduan?" aku membuka kata ke maklong yang duduk betul-betul sebelah aku.

"Peraduan apa?" balas maklong. Mata lain memandang ke aku.


Aku senyum manis. Oh, maksud aku senyum super manis, sebab senyuman aku yang biasa-biasa pun memang dah manis macam buah cempedak.


"Peraduan melipat kain sambil berborak..."

Sambil aku lambak satu bakul kain di tengah-tengah bulatan.


Mereka melipat kain sambil menyumpah-nyumpah tu memang aku kagum. Jarang kita boleh tengok dalam drama melayu macam tu. Rare orang cakap.


***


Ye, aku tak reti lipat kain ye tuan-tuan, sedara sedari sekalian. Lipat tu boleh, tapi mesti akan jadi macam sotong digelek bas.

Isnaini

Bangun pagi-pagi kena senyum.

Tarik nafas dalam-dalam, hembus.

Tarik nafas, hembus.

Ingat benda positif.

And i miss you. :)


(baca macam menyanyi)


***



Amacam lagu? Mendayu tak? Yap, memang aku minat Shania Twain sejak dari sekolah. sobs~

Untuk Nora la lagu ni macam biasa.



Aku ada satu cerita kelakar. Esok aku tulis. Okay?

Friday, June 24, 2011

Jumaat yang tak lawas

"Hang kenapa?" tanya Azhar.

"Sakit perut. Berak tak lawas dah 3 hari dah..." aku balas slow.

"Kejap lagi hang ikut aku balik rumah. Aku kasi lawas....kita pakai 'jumper' hidup," katanya lembut tak lembut.


"Gampang..." balas aku padu. *sambil kemut*



***


*Cuti mende kalau esok aku training kat Melaka? Cik Nora kita, pergi rumah orang kawin esok, ingat-ingat sikit orang yang tersayang ye... :p

Thursday, June 23, 2011

Maghrib seorang belia

Maghrib. Lepas siap-siap menyucikan diri, dressing bagi nampak agama-agama sikit, aku pun membentang sejadah. Kopiah aku kasi tune paling ustad. Aku yang ketika itu sedang membalas sms seorang member, terus meletakkan handphone aku kat meja belakang tempat aku solat.


ALLAHUAKBAR!


Rakaat pertama.

Rakaat kedua.



TREEETTTT!!!! (bunyi sms masuk)







Ya, aku melatah di rakaat kedua i tell you!



***


Setengah jam jugak aku nak dapat balik tune kusyuk tu. Penat aku gelak tepi dinding sorang-sorang. Sampai terbatal air sembahyang.

Err...tak payah la tau aku melatah cakap apa.

Tuesday, June 21, 2011

Dapurmu dapurku jua

Pukul 11.30 malam.

Rasa lapar. Ego tak nak makan malam terhapus.

Duit dalam beg duit ada la dalam RM50 back-up sampai 27 hari bulan. RM30 duit minyak kereta. RM 15 duit makan. RM5 buat standby kawan pow. Heh. Ye. Aku kerap kena pow kawan-kawan. Baik hati la katakan. Dah la baik hati, pipi licin, rambut pacak, pandai menyanyi, ah, pakej datang secara pukal la orang cakap!


***

Aku pergi dapur.

Cari apa yang ada. Selongkar rice cooker. Ada nasik putih sikit. Housemate punya.

Dalam tupperware ada sambal kosong. Pun housemate punya.


Aku senduk nasik, sambal sikit, makan dengan mata berkaca-kaca.

Entah halal entah tidak.


Balik housemate malam kang, baru la tanya. Amacam? Ala, takkan la dia masak sambal pun nak letak wine. Catherine Zeta Jones pun tak buat itu macam!

Sunday, June 19, 2011

Lempang

"Lempang tu apa? Lempang tu sayang ke?" Nora.


Sayang, in english, lempang tu 'slap'. Atau lebih kasar sikit, penampar, tempeleng. Takde kasih sayang pun dalam lempang tu.

Yang sayang tu bukan lempang. Sayang tu 'lempeng'. Mak kita kalau nak tunjukkan kasih sayang kat kita tiap-tiap petang tu, jadi mak masak la lempeng. Dengan kopi-o.



Kamu buatkan aku makin rindu. Cepat pulang ke Malaysia sayang. Mesti rancangan tv kat Australia hari-hari tayang Krokodal Hanter kan? Oh, ya, bawa balik sekor anak wallabi, nak buat panjat kelapa. Ka ka ka...



*Aku dapat bayangkan aku akan berubah menjadi cikgu bahasa melayu yang berjaya bila sudah kahwin kelak*

Friday, June 17, 2011

Soraya

Malam tadi, aku naik Soraya buat kali pertama sejak sebulan yang lalu. Soraya sekarang adik aku bawak pergi kerja ulang alik Cyberjaya-Shah Alam.


Soraya : Sani, nape you dah lama tak bawak I jalan-jalan?

Aku : Laaa...kan adik hensem I ada bawak you hari-hari.

Soraya : Tapi...

Aku : Tapi apa? Dia kan lagi hensem dari I?

Soraya : Tapi dia ganas, you...


Eleh Soraya, I punya ganas you tak tahu? Sekali I jeling bangla kat bus stop, tiga orang histeria.


Aku : Okay, sebelum I kawin, I janji nak bawak you balik kampung. Mahu?

Soraya : Nak! Alebiu Sani!

Aku : Gedik lebih. Macam ulat nangka...

Thursday, June 16, 2011

Pari-pari asmara

Pari-pari asmara,
depangkan sayapmu
tutuplah bayang kelam.
hembuslah semangat di telinganya,
sehingga tersentak ia dari tidur.

Doa kami di sini,
sama menjadi laskar
unit sokongan jiwa......dia di sana.


***

Cinta tak boleh didagang.
Kasih ia datang.
Rindu takkan hilang.




-en.sani-






P/s : Okay, makwe-makwe lain dah boleh cari blog lain untuk alternatif. Benci kan? Eh, tak payah la karate meja tu.

Wednesday, June 15, 2011

Rehat

Aku : Awak, pegi rehat okay?

Dia : Okay. :)

Aku : Saya nak awak sihat betul-betul. Rehat ketat-ketat.

Dia : Awak, thanks...

Aku : Welcome sayang.

Dia : Tapi awak.... ketat tu apa?



Aku senyum. Senyum aku tak lekang. [Link]



***


Ah, aku tak boleh berhenti menulis tentang kamu.

Tuesday, June 14, 2011

Riang

Ah, rindu pulak dengan rancangan Riang Ria Raya bersama Nestle Cornflakes. Biskut dia buat yang bentuk macam kena gigit setan pun boleh aku rindu.

Bawak mengucap Sani.

Mak datang

Mak nak datang sini.

Kami semua menggelabah. Jenis tak tahu nak buat apa.

Sampai ada pulak rancangan nak memasak ke tak?

Macam iklan serbuk perencah.

Kah kah kah!


***


Nora, cepat sihat. Mak mahu jumpa. Hee...

Monday, June 13, 2011

Mata kail

Alarm Rebecca rosak. Entah siapa yang membonceng kereta aku hari tu, kaki masing-masing mengalahkan mata kail, sampai habis kotak alarm system dekat tempat bawah laci barang dashboard terbarai.

Menyinggah di kedai aksesori kenderaan Dengkil di kala tengah bulan ternyata hanya mengundang padah. Ringgit Malaysia seratus setengah tu aku boleh makan nasik lauk landak seminggu berturut-turut lu tau tak??


Dah la lupa nak simpan stok megi. Dia punya sedih macam tengok Maria Mariana.

Sunday, June 12, 2011

SATU - Motivasi untuk hari ini

Semalam,

Campakkan semua nasibmu ke meja, dan buat pertaruhan baru untuk kehidupanmu. Semuanya untuk masa depan yang kita sendiri tak pasti. Kerana, Tuhan tidak pernah mengabarkan rahsianya yang SATU itu. Kita antara yang bertuah, kerana sudah nampak sedikit jalan dan perancangan-Nya. Ingat. Takdir itu milik-Nya.

Perkahwinan itu satu perjudian! Yang penting, kita mesti selalu menang! - Jo.


***

Abang Naz, even aku tidak kenal kamu sangat, tapi aku faham perasaan itu. Kamu hanya perlu mencoraknya bermula sekarang agar yang muncul kelak adalah happy ending macam cerita pangeran dan puteri salju!

Nora, saya janji untuk ini, segalanya akan baik. Percayalah lelaki ini. Lelaki yang sentiasa membina satu semangat baru, walau semalam dia jatuh. Jatuh tergolek. Sehingga hilang satu jantannya. He he he...


Ingat, takdir itu milik-Nya.

Aku bersyukur. Kamu tak mahu ikut bersyukur?




P/S : Ah, siapa saja yang mahu mendengar bebel lelaki yang hanya punya masa di depan monitor dan menjadi hamba kerja ni? Ada ke? Heh...

Saturday, June 11, 2011

Positif

Beberapa hari ni, uncle banyak mengajar aku tentang membuat keputusan tepat dalam masa yang singkat. Aku banyak belajar tentang apa itu pengurusan masa. Aku belajar apa itu perancangan. Aku belajar apa itu kesabaran. Aku belajar apa itu pengorbanan.

Beberapa hari ni, Kak Nor banyak mengajar aku apa itu erti sahabat. Aku banyak belajar tentang nilai sebuah hubungan kekeluargaan. Aku banyak belajar tentang pertolongan. Aku belajar apa itu budi. Yang paling penting, aku banyak belajar tentang kesabaran dalam menempuh dugaan.


Dua insan ini memainkan peranan penting dalam mencorak minggu yang penuh warna warni. Aku jadi lebih positif. Aku lebih matang.


Terima kasih uncle.

Terima kasih Kak Nor.

Saya cintakan kamu Nora. Ingat janji kita.

Thursday, June 9, 2011

Pekena-pekena


Kau pekena aku ye Keril Samad? Aku ingat Rel... Aku ingat... Besok kau dah serius dan start-start cerita bab kawin dengan 'si anu' tu, time tu aku muncul senyap-senyap sampai bergenang air mata kau. Ka ka ka...


***

Kepada Nora, saya pilih awak. Terima kasih untuk semua.( Teringin taruk gambar, tapi tak payah lah...Nanti Nora marah. Hihihihi...)

Tuesday, June 7, 2011

Tolong

Aku : Awak, tolong boleh?

Dia : Tolong apa?

Aku : Tolong lap...

Dia : Ha?

Aku : Tolong lap me laa...sebab I lap you too...

Dia : Awak niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....!!!



***


Okay, itu saja untuk hari ni. Bye kawan-kawan. Aku punya busy 2-3 hari ni memang 10 markah. Haih.

Hah, kau, tolong urut tengah belakang aku. Nanti aku bagi singgit buat beli jajan.

Monday, June 6, 2011

Nanti

Sayang, jika kamu rasa kamu tidak okay, aku rela berdiam diri selama mana yang kamu mahu.

Tapi, tolonglah. Ingat pada yang SATU itu kita bersujud. Pada DIA kita meminta. Jangan sesekali kamu membelakangi-NYA. Jangan gunakan perasaan itu sebagai senjata. Istighfar.

Aku janji, kamu akan dapat yang terbaik. Percayalah.




If the moon had to run away and all the stars didn't wanna play, don't waste the sun on the rainy day, the wind will soon blow it all away...


***

Nora, aku tunggu kamu, bukan untuk janji kosong. Jangan sia-siakan penantian ini.

Please...


I love you.

Saturday, June 4, 2011

Random cinta hujung minggu

Aku tengah sms dengan Kak Nor. Tiba-tiba sms Kak Nor berjawab begini :


"Hahaha...ok ok. Dah dah. Tak lama lagi kamu kena kawen dengan anak uncle. Takpa. Hanya kerana kamu bernama Hairussani, uncle sanggup bagi Nia(Nora). Jangan jiwang sangat nak..."


God. Aku lari laju-laju arah tingkap, lepas tu aku campak kemaluan aku jauh-jauh. Sayup.



Malu tau. Sorry uncle. Terlebih sudaa... Ha ha ha.


***

By the way, selamat bertunang kepada Abang Naz. Jangan cuak sangat bang. Tunang je pun. Dengar cerita, sampai bersusun kereta pergi hantar tunang. Come on. You're lucky man. You should be proud. William and Kate Middletone bertunang pun tak macam tu okay! Kahkahkah!


Aku nak bercuti. Balik kampung. Bye. I love you sayang.

Friday, June 3, 2011

Tegak

Pagi tadi, sebelum bertolak ke opis menaiki Rebecca, aku membuat perkara terpuji iaitu menge-check minyak hitam dan air radiator yang jarang-jarang dikuasai oleh jejaka tampan bermuka pan asian. Rata-rata dari golongan ini, start kereta pagi-pagi, lepas tu tekan macam nak gaduh pegi opis. Disuruh parking reverse, tak tahu.

Sebelum menge-check minyak hitam, aku sediakan kain buruk yang tersimpan rapi di bonet belakang.


Check. Minyak hitam perfek.

Air radiator. Perfek.

Air itu, air ini. Semua perfek.


Aku start kereta. Enjin menderu dengan lancar dan sungguh iklan Castrol. Aku kembali ke bahagian enjin yang terbuka untuk mengelap lebih kurang bahagian yang terpalit minyak dan habuk. Lap sikit lebih kurang. Celah-celah itu. Celah ini. Enjin menderu hebat. Perfek orang cakap.



Tiba-tiba.


Guguguguguguguguguguguguuu....



Macam mana kabel palam pencucuh ni boleh tertanggal ni? Tegak rambut I tau!

Jom

"Awak, kawen jom...."


***

Serius, aku cakap banyak-banyak kali pun menda alah tu, rasa dub dab dub dab dada i tell you.


Anda bila lagi, Keril Samad? Keh keh keh.Gua ada lu, lu ada gua. Tapi, bab gua dah lepas, beban berat ke lu je sekarang. Domino jangan lupa!

Wednesday, June 1, 2011

Asar

Balik opis dah lewat. 6 petang. Asar belum lagi. Jadi, aku siap cepat-cepat untuk Asar.

Aku sembahyang dekat ruang tamu, sebab bilik aku dah sempit penuh barang adik aku. Sebelum sembahyang, aku buka tingkap ruang tamu luas-luas. Angin petang ni kalau betul-betul kita hayati, macam angin dekat Madinah. Kau orang tak tahu pulak aku.

Dah setel bukak tingkap. Terus start sembahyang.


Trrrrr...trrrrr....trrrrrr...


Sembahyang aku yang baru nak starting, dia jadi terganggu dengan bunyi tu. Tapi aku fokus. Kusyuk aku jadi naik satu level lebih tinggi.


Trrrrrr...trrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....


Bunyi tu makin parah.

Aku jadi tak sedap hati.


Trrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....trrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....


Pling!

Pandangan aku kabur secara tiba-tiba.





Orang kesihatan ni, kot ye pun nak buat sembur nyamuk, apa lah salah bagi notis ke, buat pengumuman pakai pembesar suara ke. Ni apa cerita aku sembahyang Asar dalam kabus ni? Kau ingat aku orang bunian?

Pengalaman di hospital

Tengah kelam kelibut dalam suasana jururawat ke hulu ke hilir dalam wad Hospital Seremban, datang seorang jururawat muka boleh makan.


Makwe : Hai, awak.

Aku : Err...ye.

Makwe : Awak ni ada blog kan?

Aku : Erm??

Makwe : Saya Fiza(bukan nama sebenar).

Aku : Err...ermmm...saya....saya Seth Tan.



Macam setan. Jangan risau. Lepas tu, aku buat-buat pergi jawab telefon.


***

Tahukah anda, itulah first time aku rasa macam takde nafsu nak pandang jururawat ramai-ramai kat hospital, biarpun ada jugak yang muka macam pan asian. Nok, makwe sinetron indonesia aku lagi 'killing me softly' okay!