Wednesday, January 25, 2012

Petang Rabu yang hujan

Tadi lepas balik kerja, aku ke Putra Perdana nak kejau pasau malam. Ha hambik kau. Kejar pasar malam la. Langit ke arah Kolumpo sedang beransur-ansur gelap seperti cerita Lord of The Ring. Aku drive secara melulu ke pasar malam risau-risau kalau hujan turun. Time drive tu, macam-macam dugaan yang aku tempuhi seperti makcik bawak kereta masuk simpang tak bagi signal, brader kereta mahal potong ikut sedap tekak, Cik Nora call nak manja, dan macam macam lagi. Keh keh keh.

Dipendekkan cerita, habis aku beli makanan berupa sup daging dan nasi ayam, tidak termasuk cempedak goreng 4 ringgit, aku pun pulang cepat memandangkan hujan telah turun dengan lebat. Sambil memandu, aku capai cempedak goreng dan makan sampai stereng berminyak. Adik-adik di rumah jangan tiru dan jangan tulis dalam resume mintak kerja.

Sampai parking kat rumah, aku tak boleh turun. Sebab hujan sangat lebat dan kereta aku tidak disediakan jaket keselamatan seperti feri Kuala Perlis. Maka aku habiskan sisa-sisa cempedak goreng itu ditemani cd player yang memutar lagu Keroncong Untuk Ana. Tak sesuai langsung.


Tiba-tiba, sms masuk.

Dari bos aku yang baru kawin, Shukri yang berbunyi :

"Best kawin Sani. Balik2 umah je bini goreng cempedak. Takyah nak beli kat incubator... Hehe..."


Aku buka pintu kereta, aku paranawei tiang letrik.

2 comments:

Anonymous said...

hahahah padan muke..suh kawen cpt xnk..ade je sbb die..

en.sani said...

tungguuuuuu....