Wednesday, March 28, 2012

Susu

Minggu lepas aku ada buat ujian tahap kekuatan tulang sempena satu program kesihatan di MMU. Itupun niat aku cuma nak ambik ubat gigi dan berus gigi Sensodyne percuma je. Tapi ada sorang akak booth susu Anlene tu dah tarik tangan aku suruh buat ujian tulang (tahulah tangan aku selembut bayi, tak payah la tarik-tarik), aku pun terpaksa akur. Dia cakap boleh minum susu free. Aku teruja.


Okay, ceritanya begini.


Akak Anlene : Awak selalu ambil susu tak?

Aku : Selalu jugak lah...

Akak Anlene : Susu jenis apa awak ambil?

Aku : Tembikai susu.


Hasil ujian yang agak menakutkan itu (padahal tak rasa apa pun, tapi kumat-kamit jugalah mulut ni ada bunyi agama-agama sikit), tulang aku berada di tahap sederhana kuat dalam usia muda remaja begini. Dan dinasihatkan kena banyak minum susu. Dan macam biasa lah, dia suruh aku beli susu Anlene tu. Dah lah mahal. Sampai nak 2 kilo plak tu. Nak buat apa susu tu banyak-banyak? Nak letak dalam mangkuk pastu main mencari gula-gula dalam susu tepung? Begitu? Ha, jawab la kak?!

No comments: