Monday, June 25, 2012

Kasih suci

Pada suatu hari yang suam-suam kuku, aku keluar bersama Cik Nora. Aku ingin membuat kejutan dengan memasak nasi goreng untuk dibawa bekal supaya kami boleh sama-sama makan dalam kereta sambil berborak mengenai masa depan dan hal serius seperti Lee Chong Wei dan PTPTN.

Aku : Sayang, cuba tengok apa abang bawa...

Dia : Wow...nasi goreng!

Aku : Makanlah...tadi abang masak. Nasi Goreng Kasih Suci.

Dia : Hihihi...mesti sedap.


Lalu dia mencari sudu Mekdonel dalam laci dashboard kereta aku. Nasi goreng yang masih panas dihiasi omelet hancur, sosej dan cincangan cili merah itu perlahan-lahan disuap ke mulutnya. Aku menggeleng kepala dan mengingatkannya untuk membaca doa. Dia tersenyum manja lalu menadah tangan membaca doa makan. Kemudian, dia meneruskan suapan dan memejam mata menikmati setiap kunyahan.

Aku : Amacam, sedap?

Dia : Emmm...(mengangguk). 

Aku : Rasa apa?

Dia : Rasa kasih suci...



Aku karate dashboard.





2 comments:

nora said...

nak lagi nasi goreng kasih suci tu....emmmm dappp..hihihihihi

en.sani said...

nanti2 la masak lagi...hari2 gomok laa...