Friday, July 13, 2012

Tak patut, tak patut

Semasa balik kampung 2 minggu yang lepas, aku melayan sepupu-sepupu kecik aku. Dia orang punya nakal sampai bapak dia pernah cakap, "Papa rasa anak iblis tu pun ada masa duduk diam pegang tangan mak dia..."

Namun, oleh kerana aku adalah abang sepupu yang penyabar, berdedikasi, bertolak ansur dan rambut pacak, maka perkara melayan budak-budak kecik yang nakal ni bukanlah satu masalah. Pisau lipat aku selit kat pinggang. Agak-agak tak terkawal, aku acu ke leher mereka.

Ada satu benda yang aku rasa aneh dengan budak-budak ni.


"Aku nang patuk aku nang patuk..." kata budak tadi.

"Aku nang patuk aku nang patuk..." katanya lagi sambil main loncat-loncat atas kerusi.

Abang dia pun sama juga, "Aku nang patuk aku nang patuk..."


Perasaan aku jadi aneh dengan ayat-ayat yang mereka lontarkan.

Esok paginya baru aku perasan lagu ni masa naik kereta.



Harem jadeh...
Tak pasal-pasal aku pun sing along dalam kereta. Tak patut betul...

No comments: