Wednesday, May 30, 2012

Nazmi Faiz

Sekarang di Malaysia ada fenomena baru iaitu Nazmi Faiz Mansor. Anak kelahiran Kolumpo yang main bola macam Pablo Aimar, dapat kontrak main bola dengan kelab bola sepak Portugal, Biera-Mar. Dikhabarkan, gaji budak Nazmi Faiz ni mencecah RM300 ribu sebulan sebelum ditolak income tax, Tabung Haji dan KWSP cawangan Portugal.

Komen aku sikit je, kalau nak berjaya dalam sesuatu yang kita lakukan, hendaklah betul-betul ada keinginan mahu jadi nombor satu. Tak kira la bermain bola sepak ke, posmen ke, tukang jahit ke, pengutip wang zakat dan drebar bas sekalipun, hendaklah berusaha mahu jadi nombor satu. Maka, kejayaan hampir pasti dapat dikecap, insyaallah.

Nazmi Faiz Mansor telah membuktikan kepada dunia belia bahawa beliau adalah segelintir budak Kolumpo yang tidak terjebak dalam budaya kurang sihat seperti shuffle, rambut kuning, beratur pertandingan menyanyi dan Lorong Haji Taib. Pesan aku, dah elok-elok macam ni, jangan lepas ni kau dok terlibat dengan majalah URTV ke, bergambar tepi kolam renang dalam majalah hiburan ke. Memang aku lempang sampai berpusing, tuan-tuan.

Saturday, May 26, 2012

Hari ini yang hangat

"Aku peduli apa, babi kau! Puki***... Aku tumbuk kau kang, bersepai gigi! Peduli apa aku kau pegawai kat sini, dengan polis pun aku boleh tumbuk!", kata sorang brader drebar bas bila aku tegur dia hisap rokok sambil tangan nak hayun ke muka aku, ugut nak tumbuk. Depan dewan, student-student dah kucar kacir pandang arah kami.

Aku tadah muka dekat dia  sambil senyum, nak tumbuk sila tumbuk. En. Azhar dah tenangkan aku. Nasib baik aku teringat anak bini kat rumah. Kalau tak, kat hospital la diamnya sekarang. Aku bukan ada pakai tangkal kebal pun.

Apa pun, brader bas persiaran BHM 167*, lu tunggu kat luar. Lu tunggu. Sampai ke sudah gua tak datang. Baik aku balik rumah makan nasik.

Tuesday, May 15, 2012

Semalam yang hangat

Sedang tengok rancangan Imam Muda kat tivi dengan Cik Nora.

"Bestnya dapat jadi bini Imam Muda..." katanya.




Aku ada la kecik hati sikit.

Masa makan, aku baca doa kuat-kuat.

Tuesday, May 8, 2012

Kau tidak begini dulu

Pejam matamu,
kembali pada mulanya,
untuk apa kita di sini.

Pejam matamu,
kata pada diri,
mengapa aku begini.

Wednesday, May 2, 2012

Rabu penuh kata

Puisi arab ada mengatakan,

"Campaklah orang yang penuh cinta ke dalam lautan dalam, dia akan timbul bersama seekor ikan yang besar, tetapi jika campakkan orang yang kecewa kerana cinta di dalam gudang roti, dia akan mati kelaparan."

Dulu kan aku duduk kat Madinah 10 tahun.

Ini bukan dekat Niagara Falls.