Wednesday, June 27, 2012

Nota untuk Tuhan

"Tolong lindungi semua jiwa yang aku peduli. Aku tak mampu menjaga kesemuanya, boss."

Monday, June 25, 2012

Kasih suci

Pada suatu hari yang suam-suam kuku, aku keluar bersama Cik Nora. Aku ingin membuat kejutan dengan memasak nasi goreng untuk dibawa bekal supaya kami boleh sama-sama makan dalam kereta sambil berborak mengenai masa depan dan hal serius seperti Lee Chong Wei dan PTPTN.

Aku : Sayang, cuba tengok apa abang bawa...

Dia : Wow...nasi goreng!

Aku : Makanlah...tadi abang masak. Nasi Goreng Kasih Suci.

Dia : Hihihi...mesti sedap.


Lalu dia mencari sudu Mekdonel dalam laci dashboard kereta aku. Nasi goreng yang masih panas dihiasi omelet hancur, sosej dan cincangan cili merah itu perlahan-lahan disuap ke mulutnya. Aku menggeleng kepala dan mengingatkannya untuk membaca doa. Dia tersenyum manja lalu menadah tangan membaca doa makan. Kemudian, dia meneruskan suapan dan memejam mata menikmati setiap kunyahan.

Aku : Amacam, sedap?

Dia : Emmm...(mengangguk). 

Aku : Rasa apa?

Dia : Rasa kasih suci...



Aku karate dashboard.





Saturday, June 23, 2012

Pada malam minggu yang lepas...



"Ayah, Ramli janji akan buat ayah bangga satu hari nanti..." kata Ramli(kiri) sambil teringat ayah dia maki berkembur sampai bergenang air mata.




Kami buat hal, Alex Ferguson tak marah pun, yang kau pandang sampai kecik-kecik mata kenapa?

Wednesday, June 20, 2012

Sehingga...


Untuk malam ini aku mahu tidur bertemankan sepucuk Revolver.

Hingga sampai satu masa, aku ketepikan waras norma,
Jangan pula kau minta diskaun pada nyawa
dan serpih bayang laknatmu dulu menjadi bayaran.

Aku cuma mahu kau tanya dirimu,
Sudahkah kau bunuh semua hantu-hantu yang sedang menghuni dirimu?
Mereka itukah yang memimpinmu di siratul mustaqim?

Lalu, malam ini aku mahu tidur bertemankan sepucuk Revolver.

Monday, June 11, 2012

Bacikal


Mula-mula ok je. Aku ajar la lukis-lukis.


Lepas tu dia dah naik sheikh, dia buat gambar x-ray tulang dekat tangan aku.



***


"Uncle, jom la bawak Danny beli bacikal..."

Aku nak beli sependa yang beropol sikit pun tak lepas ha. Dulu uncle besar-besar Danny, uncle main pasir je tau tak?