Tuesday, October 30, 2012

I love u

Dia : Abang, Nia tengok kain ni. Cantik.

Aku : Aha, so kenapa?

Dia : Abang, nanti abang bayar eh? I love u.



Time suruh bayar mesti i love u. Dilema betul.



Thursday, October 25, 2012

Berqurban apa saja, harta ataupun nyawa...itulah kaseh mesera sejati dan molia.


Selamat Hari Raya Qurban daripada blog en. sani. Balik kampung bawa kereta hati-hati. Masuk simpang bagi signal. Jangan jadi lembu.

Aku balik kampung ni ada sesiapa nak kirim buah avokado? Tengah musim menuai.

Monday, October 22, 2012

Saya dan Hujan

Balik semalam hujan lebat. Aku pulang ke rumah setelah menghabiskan beberapa jam di opis. Dalam perjalanan balik ke rumah, hujan tiada tanda-tanda untuk mengucapkan goodbye dalam masa terdekat. Dalam kereta takde payung. Apa barang payung dalam kereta. Macam gadis.

Dipendekkan cerita, aku cari parking tempat paling dekat untuk berlari ke apartment aku. Dekat tak dekat jugak la. Ada la dalam 20 meter. Dalam kepala otak aku dah congak laluan yang bakal aku ambil sebentar nanti supaya peratusan kena hujan rendah. Oleh kerana aku bijak, congakan aku hanya mengambil masa 3 saat. 

Setelah OFF enjin kereta, aku mengucap bismillah lalu dengan pantas membuka pintu kereta, melompat bahagian yang takde air dan terus meluru seperti seekor memerang ke arah koridor apartment. Langkah aku atur dengah penuh cermat dan bergaya. Kurang 10 saat, aku sampai ke koridor apartment. Walaupun sedikit basah, tapi orang cakap basah-basah macho. Macam Fahrin Ahmad dalam iklan syampu. *ok, gua sendiri tulis pun gua rasa nak muntah*

Aku pandang kembali ke kereta untuk lock alarm.

Pintu kereta tak tutup.



Banyak jugak benda lucah aku cakap lepas tu. Sikit lagi nak kena sambar petir.

Thursday, October 18, 2012

Siri Berborak Dengan Housemate - Tivi

Ruang tamu rumah. Tengah makan nasik bersama housemate dan 5 orang lagi member dari Melaka yang standby untuk Konvokesyen MMU. Tivi dalam bilik aku terpasang seperti biasa takde orang tengok. Macam orang kaya.


Housemate : Hang tak tutup tivi ka?

Aku : Tak. Saja pasang.

Housemate : Awat tak tutup? Nak bagi sapa tengok?

Aku : Saka aku tengok. Dia nak tengok berita.

Housemate : Nak-haraammm...

Wednesday, October 17, 2012

Lesen

Badan aku dah naik untuk beberapa bulan ini. Sebelum ni, aku dilarang untuk menguruskan badan oleh Cik Nora. Beliau kerap berkeras bila aku menyuarakan hasrat hati untuk kuruskan badan sikit. Untuk rekod, Cik Nora tak mahu aku kuruskan badan kerana dia cakap aku comel dengan badan macam ni. Cik Nora yang cakap, bukan aku cakap. Tuan-tuan nak muntah pergi jauh sikit.

Pada suatu petang yang hening dan suam-suam kuku, Cik Nora bagitahu aku,

"Abang, abang boleh kuruskan badan...tapi janji, kurus sikit je tau..."


Aku punya gembira, rasa macam nak takbir kuat-kuat. 



*Sekadar gambar hiasan untuk memberi gambaran definisi comel.

Tuesday, October 16, 2012

Siri Berborak Dengan Housemate - Air

Aku : Aku tak berani la pakai air paip tu masak nak buat minum.

Housemate : Kenapa?

Aku : Kalau simpan lama-lama air tu dia jadi macam kuning.

Housemate : Ala hang ni, aku togok air tu selamba ja, sihat ja....

Aku : Tu sebab kulit hang tak putih-putih...

Housemate : Nak-haroommm...

Monday, October 1, 2012

Siri Berborak Dengan Housemate - Ikan

Housemate aku bawa seplastik ikan sungai, dia pegi mancing kat lombong.

Housemate : Sani, hang tolong la masak ikan ni. Masak la apa-apa pun.

Aku : Dah siang ke belum ikan tu? Aku busy ni.

Housemate : Belum siang lagi...

Aku : Hang tolong la siang ikan tu. Nanti aku masak.

Housemate : Aku mana reti siang ikan...

Aku : Tak guna hang jadi askar bertahun-tahun. Siang ikan pun tak reti.

Housemate : Nak-harrooommm...

 ***




















Menu Sabtu hari tu, ikan belida goreng berlada dengan kacang buncis goreng malaikat. Lauk orang malas. (Gambar selepas separuh lauk dah masuk perut)