Monday, October 28, 2013

Saat ku ucap cinta



"
Aku mencintaimu dari hujung ke hujung
baikmu telah aku senaraikan
kurangmu sudah aku tahu
saat kau balas cintaku
maafkan aku tidak pernah memegang tanganmu
memimpinmu ke seberang sana
kerana aku hanya lelaki ini
tidak mahu berbalas dusta
bercinta bukan kerana siapa,
tapi bercinta kerana aku hanya mahu
sekeping hatimu.

Akulah lelaki yang berani menanam teratai di kolam hatimu
yang sebenarnya engkau peruntukkan entah pada siapa
akulah lelaki yang tidak peduli itu
peduli hanya kepada mahuku
peduli hanya kepadamu
                                                                                                  "

Friday, October 11, 2013

Anak tupai

Semalam, keluar dari opis cuaca macam nak hujan. Aku pecut moto laju-laju masa keluar dari simpang opis. Dalam kelajuan yang power, tiba-tiba seekor anak tupai berlari melintas jalan betul-betul di depan aku. Punyalah terkejut sampai aku menjerit 'woww'. Anak tupai itu tiada tanda mahu berhenti. Tapi oleh kerana teringatkan anak tupai itu tiada brek disk, maka aku pun brek dengan kadar yang agak kecemasan. Jarang aku buat brek kecemasan ni. Last aku buat masa aku jatuh parit dengan moto arwah atuk masa pegi kebun. Bukan salah aku pun masa tu, tapi moto arwah atuk aku dulu brek pakai selipar je seret ke tanah. Berbalik kepada anak tupai tu, lagi satu hun sahaja tayar depan aku nak gelek tulang belakangnya. Mujur.

Aku sempat memberi nasihat yang bernas kepada anak tupai tersebut,

"Pandang kiri kanan sebelum melintas, sayang..."

"Okey..." jawab anak tupai merdu.

Ibu tupai kemudian berkata kepadaku, "Minta maaf encik, saya yang cuai..."

Aku balas, " Hati-hati..."

Dan korang pun baca bersungguh-sungguh.

Tuesday, October 8, 2013

Buat si cantik manis.

Satu hari, aku diberikan sebuah kotak oleh Tuhan lalu ku buka, di dalamnya aku temui engkau. Hati yang selalu aku banggakan sebagai konon-kononnya milikku, gagal aku kawal dan aku jatuh cinta padamu. Lalu alam jadi penuh dengan gambarmu. Aku lihat awan, aku nampak wajahmu. Aku lihat langit, masih manis senyummu padaku. Aku lihat alam, belum mahu hilang bayangmu. Dan seperti bayang-bayang, kehadiranmu hanya terlihat, tak terpegang. Lalu timbul rasa derita yang amat sangat dalam rindu padamu, derita yang amat indah. Ah! Terlalu ironisnya rasa ini-aku tidak sanggup menanggung perasaan ini tetapi pada masa sama, aku tidak ingin kehilangan perasaan ini.

Kadang-kadang kamu lurus sangat. Tapi lurus itu buat kamu comel.

Kadang-kadang kamu matang. Tapi matang itu buat aku sayang.

Kadang-kadang kamu suka termenung. Menung kamu itu buat pipi kamu sungguh bulat.

I miss you.

Buat si cantik manisku, Nora.