Monday, July 27, 2009

kontroversi rambut sehingga aku di gam pihak RTM...*arahan menteri berkenaan.

rambut aku sekarang tiada kategori.aku tidak tahu mengelaskan kategori rambut aku sekarang.

adakah seperti mamat di atas?
*Nota : aku tak kenal mamat di atas okay!
aku tak pernah tahu pun dia main bola.
aku tak tahu pun dia pernah main di MU.
aku tak pernah tahu pun dia berhijrah di Real Madrid.
aku tak tahu pun dia pernah menjaringkan gol untuk 3 edisi World Cup.
aku tak tahu pun sekarang dia sudah mewakili LA Galaxy.
aku tak tahu pun bini dia bekas penyanyi Spice Girl.
aku tak tahu pun dia tak reti cakap negeri sembilan!
yang cuma aku tahu,
aku cuma kenal Muhammad Amri Yahyah.
Okay, aku tipu...

adakah seperti rambut budak ini?


minggu lepas,aku sedang asyik membuat ID card student. bos aku lalu di depan opis aku dengan laju. tiba-tiba,dia berhenti.
"waaa...cantik rambut sani.mane buat??"dia bertanya.

lepas tu,dia pergi ke student ramai-ramai sedang berkumpul di luar.

"u semua mau buat ID card ka? OK,u tunggu dulu kejap,after that,u boleh jumpa sama itu 'The Last Mohicans'."

Yes...dia panggil aku The Last Mohicans.
aku tak tahu itu puji atau perli.
tapi, aku tetap senyum...

dan bila aku search google, aku lihat filem The Last of the Mohicans,
aku lihat, tidak seorang pun pelakon filem itu yang hensem.

dan aku tau, bos aku telah perli,bukan puji....



dan di bawah ini adalah aku.dengan gaya paling lucah.
aku tidak mahu mendedahkan bahagian itu...
sorry...
sungguh lucah.
perlu bimbingan ibu bapa untuk melihatnya...

siapkan kayu hoki,cangkul dan troli buah oren.
sebab,lepas ni,
adegan tumbuk menumbuk ala hindustan bakal berlaku.
jangan panggil aku The Last Mohicans.
sebab,
The Last Mohican tak tengok drama Nur Kasih.
Aku tak hipokrit,ok!
Awek dia cun~
*kamu jangan marah eh sayang~

**

Sunday, July 26, 2009

Refresh ruang minda...

ada orang tertanya-tanya...
kenapa aku lama tidak mengarut di sini...

aku minta maaf...
aku perlu berhenti seketika...
aku perlu meluruskan laluan minda...
aku perlu melapangkan ruang otak...
terlalu banyak bersawang di situ...
oleh perkara-perkara yang ku rasa tak sepatutnya ada...

aku kabut...
aku kaget...
aku panik...
aku hairan...

tapi,
aku janji,
aku kembali nanti...
paling lewat 3 minggu...
2-3 minggu ni bukan lah minggu terbaik untuk ku bersama rakan-rakan...

jangan ingat aku sudah berputus asa...
sesiapa yang mengikuti,
aku minta maaf...
ini bukan minggu terbaik ku...
aku perlukan racun pepijat untuk membasmi pepijat di ruang otakku...
aku telah di kuasai...
harap maaf semua...
jangan tertunggu-tunggu...
aku janji akan kembali seperti biasa...
serah pada kismet...
bila ia akan berlaku...

banyak mahu ku tulis...
tapi,
biarlah ia hilang dari mindaku...
proses refresh otak pasti memakan masa...

aku tetap rindu dia...
tetap sayang...
tetap tunggu...
tunggu...
tunggu...
tunggu...
yaa...aku tunggu...
sampai bila-bila...

kawan...
aku minta maaf...
aku tidak sama rata...
aku tidak adil...
aku tidak boleh membahagi sebaiknya...
tapi,
aku tetap ingat kamu, kawan...

Wednesday, July 15, 2009

Badmood tidak sama dengan remote...

Ini cerita semalam...

Aku ingin memulihkan badmood aku hari itu...
Jadi,aku buat benda bodoh...
Ya,aku mengaku,aku suka buat benda bodoh seperti menyanyi lagu Syarifah Aini , memotong jalan semut yang rancak mencari makan, menegur ikan puyu dalam akuarium, dan memarahi stesen minyak kerana tak membekalkan perkhidmatan urutan kaki...
Okay,aku dah jauh...

Soalan yang ku kira sudah basi...
Tapi,aku bangkitkan hari itu kepada seorang kawan yang sudah agak berumur...

Aku : Bang,ada satu teka-teki ni...level dia 8/10.

Kawan : Apa dia? aku pagi ni bijak dan cerdas sikit,sebab ni adalah hari-hensem-aku...(riak...)

Aku : Kalau abang salah, jangan apa-apakan saya, okay?

Kawan : Kau ni pun...see the leg laa~ Seumur hidup aku, aku salah 3 kali je jawab teka-teki daripada 5 teka-teki...<----time ni dah nampak mengong...

Aku : (Senyum) Yelah...gelak dulu...gelak...jangan menyesal...

Kawan : Hah~apa dia teka-tekinya??

Aku : 'Ikan ape dalam helmet?'

Kawan : Hahahahaha...bodoh lak kau!! macam la tak tau jawapannya ikan naik motor!!<---dia bodoh kan aku...

Tepuk tangan untuk kawan aku...tepuk dulu..~Clap...Clap...Clap...

Aku : Salah!! Jawapannya, Ikan sardin cap helmet!

Pagi itu,aku kena sepak...dan aku badmood lagi...huh~

***

Monday, July 6, 2009

awak ni macam penyu la~itu tomato la awak~




tergerak hatiku ingin menulis pasal gambar di atas...
yaa~gambar paling poyo penah aku lukis...
(okey,aku tipu...aku penah lukis lagi poyo dr ni,tp akan dirahsiakan,demi maruah aku dan keluarga..)
gambar di atas tidaklah menarik perhatian sang cengkerik utk menghisap madu(cengkerik isap madu ke,makan tebu??)
bukan secara direct aku ingin cerita maksud gambar itu...
tp,ia mengingatkan aku kepada sesuatu...

"along,kau g kedai,beli serbuk kunyit ngan kangkung seikat."
aku terus menuju ke pasar tampin...
pasar yang sinonim dgn makcik2,dan nenek2,dan juga laki2 yg kena queen qontrol...
ambik kangkung seikat,singgit ku bayar...
baik ku pusing nak menuju ke moto,ada sepasang kekasih...
tak tau la,baru kawin ke,baru couple ke,xde lak tulis kat dahi masing2....
sungguh sweet la kunun...

"bang,ni ha...kentang ni nak berapa kilo?"<---cakap sambil peluk2 tangan laki...
laki balas,"ni bukan kentang sayang,ni tomato~"<---dengan nada couple dak skolah...
mata aku pantas tgk ape mereka maksudkan...
yaa~itu adalah cili benggala~(atau dalam bahasa yahudinya,capsicum...)
dua2 salah...
1 benda yang ku kagum dengan pasangan ini,ialah,mereka yakin...
mereka yakin sgt,sehingga mahu membeli 2 kilo utk dibuat kenduri kot...

aku tak sampai hati,
membiarkan mereka meranapkan majlis kenduri tu...
bayangkan,gulai masak lemak cili padi ayam bersama kentang,di tukar cili benggala~

"bang,ni bukan kentang...kentang yg xde tangkai tuh"
dia balas,"lorr!~yeke...haha,malu je...nasib baik x beli lg,time kasih ye."
aku senyum<---aset aku sambil menjeling kekasihnya...
lalu aku meninggalkan mereka,dengan gedikan-manja-di-tengah-pasar....
aku terfikir,camne nak kawin tuh?
xtau ape2...kentang pun x kenal...
lain la tak kenal antara eskem pop dan daun sup<---ade kena mengena ke?
wan dan mak selalu pesan,amik bini pandai masak...haih~
sampai skang aku kecik ati,sbb,mereka pikir kawen hanya utk makan....

belom sempat ku gerakkan moto,pasangan tadi keluar dari pasar...
di tangan si lelaki,
2 bijik labu tanpa tangkai~

hancur majlis kenduri tu...~