Monday, August 3, 2009

orang kampung aku terkucil lidah nak sebut ular senduk...jadi,diorang panggil cobra je...

Minggu lepas,MMU Cyberjaya telah digemparkan (digemparkan ke??) dengan kehadiran seekor ular senduk,atau ular hitam bak kata org hitam (maaf sivakumar). Kawan aku, Din(bukan nama tipu) adalah kelahiran Kelantan yang sangat berbakat...beliau telah menunjukkan skill yang mega sale kat student MMU...aku rasa,ade kot video dia kt You Tube,tapi,aku tak sempat nak cari. Aku sangat pantang melihat haiwan eksotik ni,jadi,di kesempatan itu,aku ingin mengambil beberapa gambar kenangan dengan dengan Shafiqah (ini nama ular ni,baru aku bagi nama jap tadi) dan secara tak langsung menegaskan bahawa aku bukan penakut okay!!
aku suka pegang ular...sangat suka...okay tipu...tak suka...

ini adalah ular senduk ye kawan-kawan...
diulangi ular senduk...
atau tedung...
atau orang kampung aku panggil, cobra...

gambar-gambar ini menunjukkan aku adalah seorang yang berani memegang ular...
jika tidak percaya tak apa...
ingat aku ni penakut ke?
aku cuma takut pegang katak bulan je...
sebab lembik...
hishhh~geli dowh!!

dan beberapa saat selepas gambar ini diambil,
kedengaran suara perempuan keluar dari mulut aku...
diam...jangan gelak...

dan malam itu aku demam 2 jam...
tak lama...
aku masih kuat...
okay...tipu...4 jam...

***

No comments: