Monday, July 27, 2009

kontroversi rambut sehingga aku di gam pihak RTM...*arahan menteri berkenaan.

rambut aku sekarang tiada kategori.aku tidak tahu mengelaskan kategori rambut aku sekarang.

adakah seperti mamat di atas?
*Nota : aku tak kenal mamat di atas okay!
aku tak pernah tahu pun dia main bola.
aku tak tahu pun dia pernah main di MU.
aku tak pernah tahu pun dia berhijrah di Real Madrid.
aku tak tahu pun dia pernah menjaringkan gol untuk 3 edisi World Cup.
aku tak tahu pun sekarang dia sudah mewakili LA Galaxy.
aku tak tahu pun bini dia bekas penyanyi Spice Girl.
aku tak tahu pun dia tak reti cakap negeri sembilan!
yang cuma aku tahu,
aku cuma kenal Muhammad Amri Yahyah.
Okay, aku tipu...

adakah seperti rambut budak ini?


minggu lepas,aku sedang asyik membuat ID card student. bos aku lalu di depan opis aku dengan laju. tiba-tiba,dia berhenti.
"waaa...cantik rambut sani.mane buat??"dia bertanya.

lepas tu,dia pergi ke student ramai-ramai sedang berkumpul di luar.

"u semua mau buat ID card ka? OK,u tunggu dulu kejap,after that,u boleh jumpa sama itu 'The Last Mohicans'."

Yes...dia panggil aku The Last Mohicans.
aku tak tahu itu puji atau perli.
tapi, aku tetap senyum...

dan bila aku search google, aku lihat filem The Last of the Mohicans,
aku lihat, tidak seorang pun pelakon filem itu yang hensem.

dan aku tau, bos aku telah perli,bukan puji....



dan di bawah ini adalah aku.dengan gaya paling lucah.
aku tidak mahu mendedahkan bahagian itu...
sorry...
sungguh lucah.
perlu bimbingan ibu bapa untuk melihatnya...

siapkan kayu hoki,cangkul dan troli buah oren.
sebab,lepas ni,
adegan tumbuk menumbuk ala hindustan bakal berlaku.
jangan panggil aku The Last Mohicans.
sebab,
The Last Mohican tak tengok drama Nur Kasih.
Aku tak hipokrit,ok!
Awek dia cun~
*kamu jangan marah eh sayang~

**

2 comments:

Faridzul said...

haha,rambut kaw ni bole menakutkan kanak2 di bawah umor ni wea.
tp den nk togur ckit yg pasal amri yahyah 2
kaw da minat selangor ekk?
haha

en.sani said...

amri yahyah tu bukan seorang penari latar ko?

den nak tanyo kau 1 soklan peribadi...
kau tgk x drama nur kasih?
jgn hipokrit k~
hahahahah!!!!