Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya yang ke-68


Pemalas punya worang...Chaiittt...

***

Baidewey, Selamat Hari Raya...Duit raya nak bagi budak-budak dah abis ke kereta.

Aku tahu,aku takde salah apa-apa ngan korang pun. Kan, kan? Tapi oleh kerana aku ni bertimbang rasa maka aku nak gak cakap Maaf Zahir Batin.

Wednesday, August 15, 2012

Raya

Aku makan kurma time sahur tadi. Lepas makan kurma dalam 3 bijik, aku buang bijik kurma tersebut keluar melalui tingkap. Harap agar bila aku dah pencen di MMU ini nanti, pokok kurma yang tumbuh itu akan memberi manfaat kepada warga MMU dan kanak-kanak khususnya dalam permainan tarik upih kurma yang biasa aku main semasa menetap di Madinah kelmarin.

Maaf, badan aku flat sangat. Aku sepatutnya dah boleh lelap dah ni.

6.05 am. 15 Ogos 2012.


***

Masih merancang cara-cara nak balik kampung tanpa naik kereta. Kereta buat hal. Time dah takde Ops Sikap, time tu la dia buat hal.

Apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri yang ke-26. Janji Diketupati.

Monday, August 13, 2012

Pisang

Brader : Ni orang panggil pisang awak. Kat tempat lain tak tau plak dia panggil pisang apa.

Aku : Kampung saya lain rasanya dia panggil.

Brader : Apa?

Aku : Banana you.

Brader : Babi...

Wednesday, August 8, 2012

Kueh, mi goreng

Masa kat Tampin dulu, ada satu makcik ni dalam lingkungan lewat 40-an meniaga makanan naik basikal keliling taman. Apa yang unik tentang makcik ni ialah cara dia menjual makanan dengan menyanyi lagu yang dia reka sendiri yang mempunyai lirik yang ringkas dan mudah diingati. Makcik ni dia tak meniaga tetap satu tempat, tapi dia akan kayuh basikal dan menyanyi lagu yang aku beri tajuk, "Kueh, Mi goreng". Maka jika makcik tersebut sedang mengayuh basikal dari jarak 15 pintu rumah teres pun, semua orang boleh dengar lagu yang dilontarkannya dengan not tinggi.

"Kuuuueeeeeeeehhhhh......miiiiiiiiiiiii goooreeeeeeeeennnngggg!!!" kata makcik tersebut mengikut iramanya sendiri.

"Kuuuueeeeeeeehhhhh......miiiiiiiiiiiii goooreeeeeeeeennnngggg!!!"


Pada suatu petang yang redup dan indah, aku teringin nak makan mi goreng makcik itu. Dari rumah aku boleh dengar makcik tu nyanyi. 


"Kuuuueeeeeeeehhhhh......miiiiiiiiiiiii goooreeeeeeeeennnngggg!!!"

Aku gamit tangan kat makcik itu. Makcik itu bagi signal tangan untuk berhenti.

"Kuuuueeeeeeeehhhhh......miiiiiiiiiiiii goooreeeeeeeeennnngggg!!!" masa berhenti, makcik itu sempat satu rangkap lagi.


"Ye dik, nak apa?"

"Mi goreng satu bungkus, cik..."

"Mi goreng dah abis, dik..."



***

"Kuuuueeeeeeeehhhhh......miiiiiiiiiiiii goooreeeeeeeeennnngggg!!!"

Makcik itu sambung mengayuh basikal. Petang itu aku makan kaktus depan rumah.

Thursday, August 2, 2012

Bergurau dengan bos



Lepas tu dia reply ...

  

*Sila klik gambar untuk tumbesaran pramatang.