Wednesday, November 28, 2012

MAHA 2012


Jom layan MAHA. Aku teringin nak layan funfair dia, tapi takde member hati kering nak pegi. Setakat ni dah 2 kali aku pergi MAHA minggu ni.

Ala, setakat lembu susu muka macam Fahrin Ahmad tu, kat kampung aku banyak.

Tuesday, November 20, 2012

Jimi Asmara - Kisah Tragis Cinta 3 Segi

Jimi dapat kawan baru.

Nama kawan Jimi, Edward.

Edward besar sikit dari Jimi.

Mereka kongsi akuarium.

Malam itu, Jimi merajuk.

Akuarium terbuka.

Jimi panjat akuarium.

Jimi hilang.

Puas aku cari bawah rak pinggan, peti ais, sinki.

Takde.


Housemate cakap aku sorokkan Jimi dalam bilik.

Housemate selongkar bilik aku.

Sorokkan kepala bana dia.

Aku baru balik dari Kemeren Hailen.


Haih. Balik kerja kang aku try cari Jimi kat dalam laci.

Tuesday, November 6, 2012

Pengalaman saya membela lobster bernama Jimi


Beberapa hari lepas, aku memancing di lokasi rahsia bersama Yusni. Selain ikan lampam, keli, belida, baung, tilapia dan dolfin, kami dapat seekor lobster air tawar yang cantik bersaiz 7 inci.

 

Ha, tengok lah tu, tadi nak sangat makan pancing, sekarang dah menyesal. Tu la, pesan sang kancil jangan dibuat main-main.


 

















Tengok tu, baru dapat pancing dah jinak macam sugar glider. Nak riba-riba plak. Lempang karang.




















Bila dah timbul kasih sayang, sampai kat rumah je, aku pun berniat membela lobster itu dalam akuarium kecik kat bilik.


Nasib lobster itu memang baik tidak sama seperti rakan-rakannya yang berlainan spesies yang lain. Ini tangkapan hari pertama.
















Dan ini tangkapan hari kedua. Sebahagian dah selamat aku buat sambal.

***

Lobster itu bersikap baik selama aku membelanya dah 2 hari. Maka aku memberi lobster itu nama Jimi, sempena nama filem kegemaran aku semasa kecil iaitu Jimi Asmara.

Pagi tadi Jimi pesan suruh aku beli Kentaki. Kentaki acik kau. Aku pun makan nasik putih je.

Monday, October 22, 2012

Saya dan Hujan

Balik semalam hujan lebat. Aku pulang ke rumah setelah menghabiskan beberapa jam di opis. Dalam perjalanan balik ke rumah, hujan tiada tanda-tanda untuk mengucapkan goodbye dalam masa terdekat. Dalam kereta takde payung. Apa barang payung dalam kereta. Macam gadis.

Dipendekkan cerita, aku cari parking tempat paling dekat untuk berlari ke apartment aku. Dekat tak dekat jugak la. Ada la dalam 20 meter. Dalam kepala otak aku dah congak laluan yang bakal aku ambil sebentar nanti supaya peratusan kena hujan rendah. Oleh kerana aku bijak, congakan aku hanya mengambil masa 3 saat. 

Setelah OFF enjin kereta, aku mengucap bismillah lalu dengan pantas membuka pintu kereta, melompat bahagian yang takde air dan terus meluru seperti seekor memerang ke arah koridor apartment. Langkah aku atur dengah penuh cermat dan bergaya. Kurang 10 saat, aku sampai ke koridor apartment. Walaupun sedikit basah, tapi orang cakap basah-basah macho. Macam Fahrin Ahmad dalam iklan syampu. *ok, gua sendiri tulis pun gua rasa nak muntah*

Aku pandang kembali ke kereta untuk lock alarm.

Pintu kereta tak tutup.



Banyak jugak benda lucah aku cakap lepas tu. Sikit lagi nak kena sambar petir.

Thursday, October 18, 2012

Siri Berborak Dengan Housemate - Tivi

Ruang tamu rumah. Tengah makan nasik bersama housemate dan 5 orang lagi member dari Melaka yang standby untuk Konvokesyen MMU. Tivi dalam bilik aku terpasang seperti biasa takde orang tengok. Macam orang kaya.


Housemate : Hang tak tutup tivi ka?

Aku : Tak. Saja pasang.

Housemate : Awat tak tutup? Nak bagi sapa tengok?

Aku : Saka aku tengok. Dia nak tengok berita.

Housemate : Nak-haraammm...

Wednesday, October 17, 2012

Lesen

Badan aku dah naik untuk beberapa bulan ini. Sebelum ni, aku dilarang untuk menguruskan badan oleh Cik Nora. Beliau kerap berkeras bila aku menyuarakan hasrat hati untuk kuruskan badan sikit. Untuk rekod, Cik Nora tak mahu aku kuruskan badan kerana dia cakap aku comel dengan badan macam ni. Cik Nora yang cakap, bukan aku cakap. Tuan-tuan nak muntah pergi jauh sikit.

Pada suatu petang yang hening dan suam-suam kuku, Cik Nora bagitahu aku,

"Abang, abang boleh kuruskan badan...tapi janji, kurus sikit je tau..."


Aku punya gembira, rasa macam nak takbir kuat-kuat. 



*Sekadar gambar hiasan untuk memberi gambaran definisi comel.

Tuesday, October 16, 2012

Siri Berborak Dengan Housemate - Air

Aku : Aku tak berani la pakai air paip tu masak nak buat minum.

Housemate : Kenapa?

Aku : Kalau simpan lama-lama air tu dia jadi macam kuning.

Housemate : Ala hang ni, aku togok air tu selamba ja, sihat ja....

Aku : Tu sebab kulit hang tak putih-putih...

Housemate : Nak-haroommm...

Monday, October 1, 2012

Siri Berborak Dengan Housemate - Ikan

Housemate aku bawa seplastik ikan sungai, dia pegi mancing kat lombong.

Housemate : Sani, hang tolong la masak ikan ni. Masak la apa-apa pun.

Aku : Dah siang ke belum ikan tu? Aku busy ni.

Housemate : Belum siang lagi...

Aku : Hang tolong la siang ikan tu. Nanti aku masak.

Housemate : Aku mana reti siang ikan...

Aku : Tak guna hang jadi askar bertahun-tahun. Siang ikan pun tak reti.

Housemate : Nak-harrooommm...

 ***




















Menu Sabtu hari tu, ikan belida goreng berlada dengan kacang buncis goreng malaikat. Lauk orang malas. (Gambar selepas separuh lauk dah masuk perut)

Friday, September 21, 2012

Kais pagi kais petang

Lambat sangat rasanya nak gaji. Maklumlah, sebelum raya hari tu dah dapat gaji awal, nak tunggu hujung bulan lepas tu, punya la azab. Dah la lauk dalam peti sejuk semua dah abis. Jadi, nak tak nak terpaksa la tahan lapar buat seminggu dua ni. Bagi nak hilangkan rasa lapar zaman sekarang mudah saja. Banyak aktiviti boleh dilakukan bagi menghilangkan rasa lapar.

Ibarat kata pepatah, kais pagi buka fesbuk, kais petang buka fesbuk. Malam makan megi.

Betul tak tuan-tuan?

Thursday, September 20, 2012

Berborak di pasar malam

"Pasar malam ni semua benda ada jual... Dari makanan, barang dapur, barang mentah, kain-kain, baju, barang kereta, barang kemas, semua ada . Mak bapak je takde jual tahu tak?" kata seorang kutu.

"Aku rasa tak semua benda dijual kat sini..." kata aku.

"Apa dia?"

"Cinta. Kerana cinta bukan untuk didagang..." jawab aku.


Kutu tersebut buat-buat berborak dengan tiang letrik.

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya yang ke-68


Pemalas punya worang...Chaiittt...

***

Baidewey, Selamat Hari Raya...Duit raya nak bagi budak-budak dah abis ke kereta.

Aku tahu,aku takde salah apa-apa ngan korang pun. Kan, kan? Tapi oleh kerana aku ni bertimbang rasa maka aku nak gak cakap Maaf Zahir Batin.

Wednesday, August 15, 2012

Raya

Aku makan kurma time sahur tadi. Lepas makan kurma dalam 3 bijik, aku buang bijik kurma tersebut keluar melalui tingkap. Harap agar bila aku dah pencen di MMU ini nanti, pokok kurma yang tumbuh itu akan memberi manfaat kepada warga MMU dan kanak-kanak khususnya dalam permainan tarik upih kurma yang biasa aku main semasa menetap di Madinah kelmarin.

Maaf, badan aku flat sangat. Aku sepatutnya dah boleh lelap dah ni.

6.05 am. 15 Ogos 2012.


***

Masih merancang cara-cara nak balik kampung tanpa naik kereta. Kereta buat hal. Time dah takde Ops Sikap, time tu la dia buat hal.

Apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri yang ke-26. Janji Diketupati.

Monday, August 13, 2012

Pisang

Brader : Ni orang panggil pisang awak. Kat tempat lain tak tau plak dia panggil pisang apa.

Aku : Kampung saya lain rasanya dia panggil.

Brader : Apa?

Aku : Banana you.

Brader : Babi...

Wednesday, August 8, 2012

Kueh, mi goreng

Masa kat Tampin dulu, ada satu makcik ni dalam lingkungan lewat 40-an meniaga makanan naik basikal keliling taman. Apa yang unik tentang makcik ni ialah cara dia menjual makanan dengan menyanyi lagu yang dia reka sendiri yang mempunyai lirik yang ringkas dan mudah diingati. Makcik ni dia tak meniaga tetap satu tempat, tapi dia akan kayuh basikal dan menyanyi lagu yang aku beri tajuk, "Kueh, Mi goreng". Maka jika makcik tersebut sedang mengayuh basikal dari jarak 15 pintu rumah teres pun, semua orang boleh dengar lagu yang dilontarkannya dengan not tinggi.

"Kuuuueeeeeeeehhhhh......miiiiiiiiiiiii goooreeeeeeeeennnngggg!!!" kata makcik tersebut mengikut iramanya sendiri.

"Kuuuueeeeeeeehhhhh......miiiiiiiiiiiii goooreeeeeeeeennnngggg!!!"


Pada suatu petang yang redup dan indah, aku teringin nak makan mi goreng makcik itu. Dari rumah aku boleh dengar makcik tu nyanyi. 


"Kuuuueeeeeeeehhhhh......miiiiiiiiiiiii goooreeeeeeeeennnngggg!!!"

Aku gamit tangan kat makcik itu. Makcik itu bagi signal tangan untuk berhenti.

"Kuuuueeeeeeeehhhhh......miiiiiiiiiiiii goooreeeeeeeeennnngggg!!!" masa berhenti, makcik itu sempat satu rangkap lagi.


"Ye dik, nak apa?"

"Mi goreng satu bungkus, cik..."

"Mi goreng dah abis, dik..."



***

"Kuuuueeeeeeeehhhhh......miiiiiiiiiiiii goooreeeeeeeeennnngggg!!!"

Makcik itu sambung mengayuh basikal. Petang itu aku makan kaktus depan rumah.

Thursday, August 2, 2012

Tuesday, July 31, 2012

Jumpa kubur


"Danny, kalau kita jumpa kubur, kita cakap apa?" tanya ibu.

"Terima kasihhh..." Danny menjawab pantas.

"Woi, bukan lah...cakap Assalamualaikum..." kata ibu.

"Waalaikumsalamm..." jawab Danny.


Hadoiii....

Thursday, July 26, 2012

Membasuh baju

Ada sorang mamat baru lapor tugas menginap satu rumah dengan aku sejak 3 minggu lepas. Mamat ni aku kenal. Bekas askar, orang Kedah, famili kat Melaka, kulit hitam manis(masin), dan bawak teddy bear warna coklat masa tidur. Aku tanya, sape punya teddy bear, dia cakap tu anak dia punya. Rindu punya pasal. Maklumlah, anak jauh.

Serba-serbi dalam rumah tu aku kasi kongsi dengan dia, termasuk dapur masak, mesin basuh, tivi, megi, beras, dan asap rokok(aku tak hisap rokok,tapi terpaksa berkongsi asap dengan beliau).


"Hang nak pakai mesin basuh, pakai la..." kata aku selaku housemate yang baik, bertolak ansur dan hensem.

"Aku tak gheti la nak guna mesin tu..." jawab beliau.

"Ni aku nak basuh baju ni, hang ada baju tak, nak basuh sekali jalan je ni?" aku offer.

"Ada, hang suma basuh baju gelap ka? Aku suma baju putih ni..." dia.

"Takdak baju gelap-gelap ka? Takut turun kaler nanti kat baju putih hang tu..." kata aku.

"Takdak baju gelap dah..." sambil dia cari-cari dalam baldi kain dia.

"Kalau takdak baju gelap, hang la masuk sendiri dalam mesin basuh ni, hang kan gelap..."

"Nak-harammm..."

Thursday, July 5, 2012

Lukisan saya


Banyak kerja, tapi tiada idea nak buat macam mana. Sesiapa ada jual idea, saya nak beli. Tapi tolong bagi diskaun.

Monday, June 11, 2012

Bacikal


Mula-mula ok je. Aku ajar la lukis-lukis.


Lepas tu dia dah naik sheikh, dia buat gambar x-ray tulang dekat tangan aku.



***


"Uncle, jom la bawak Danny beli bacikal..."

Aku nak beli sependa yang beropol sikit pun tak lepas ha. Dulu uncle besar-besar Danny, uncle main pasir je tau tak?

Wednesday, May 30, 2012

Nazmi Faiz

Sekarang di Malaysia ada fenomena baru iaitu Nazmi Faiz Mansor. Anak kelahiran Kolumpo yang main bola macam Pablo Aimar, dapat kontrak main bola dengan kelab bola sepak Portugal, Biera-Mar. Dikhabarkan, gaji budak Nazmi Faiz ni mencecah RM300 ribu sebulan sebelum ditolak income tax, Tabung Haji dan KWSP cawangan Portugal.

Komen aku sikit je, kalau nak berjaya dalam sesuatu yang kita lakukan, hendaklah betul-betul ada keinginan mahu jadi nombor satu. Tak kira la bermain bola sepak ke, posmen ke, tukang jahit ke, pengutip wang zakat dan drebar bas sekalipun, hendaklah berusaha mahu jadi nombor satu. Maka, kejayaan hampir pasti dapat dikecap, insyaallah.

Nazmi Faiz Mansor telah membuktikan kepada dunia belia bahawa beliau adalah segelintir budak Kolumpo yang tidak terjebak dalam budaya kurang sihat seperti shuffle, rambut kuning, beratur pertandingan menyanyi dan Lorong Haji Taib. Pesan aku, dah elok-elok macam ni, jangan lepas ni kau dok terlibat dengan majalah URTV ke, bergambar tepi kolam renang dalam majalah hiburan ke. Memang aku lempang sampai berpusing, tuan-tuan.

Wednesday, April 25, 2012

Awesome ass

Botol ni mempermainkan perasaan betul. Benci.

Nota kaki: Badan tak berapa nak mantap hari ni.Nak pergi urut, malu.

Monday, April 23, 2012

Keris dan peha

Aku ada keychain yang disangkut pada gugusan kunci rumah berupa sebilah keris sepanjang 2 inci lebih kurang.

Dipendekkan cerita, pada suatu hari, aku sedang kepenatan membuat kerja di opis, jadi aku pun menghempaskan punggung atas kerusi empuk opis. Lalu keychain keris yang ada di dalam poket seluar aku secara otomatik telah mencucuk peha aku yang mulus dan agak Vin Diesel ni. Darah. Sakit tuan-tuan. Dia punya sakit, boleh lupa kejap kesakitan masa sunat masa darjah 5 dulu(okay sesiapa cakap sunat tu macam gigit semut, memang dia tak pernah sunat...jenis kencing bercabang. Gotcha! Ceh, dan dan tu cakap sakit...).


Keris ini pernah menjadi alat McGyver untuk mengumpil tombol pintu tatkala tertinggal kunci rumah dalam bilik.

Monday, March 19, 2012

Telur

Makan nasi lemak sedap kat Dengkil.


"Bang, kasi nasi lemak satu. Telur mata. Telur kasi goyang..."

"Nak telur belah kiri ke kanan?"



Kuali roti canai tu nampak kecik je tang aku.

Friday, March 16, 2012

Hari Wanita

"Dengan ini saya mengumumkan di depan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, saya dari kementerian meluluskan sebanyak RM50,000 untuk pembangunan pelajar di Universiti Multimedia," kata Datuk Seri Shahrizat Jalil di Dewan Tun Chancellor sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2012.

Maka gegak gempitalah seisi dewan dengan tepukan tangan. Ada yang terlalu teruja sampai melaungkan takbir beberapa kali.




Beberapa hari selepas kejadian itu, beliau mengumumkan perletakan jawatan.

Keh keh keh...

Thursday, March 15, 2012

The Budak and I


Ada sorang budak. Comel. Umur 4 tahun.


"Uncle, nak ikut pergi kedai..." kata itu budak.

"Tak payah la ikut...kejap je ni..." balas aku sebab nak cepat.

"Ala, nak ikut. Nanti Baby bagi kiss..."



Amboi, kecik-kecik dah pandai rasuah.



*Sekadar gambar hiasan.

Saturday, February 25, 2012

Undang-undang rumah saya

Sempena pemergian wan, ibu dan 2 orang lagi makcik untuk menunaikan umrah Isnin lepas, beberapa peraturan dan peringatan sepanjang 2 minggu telah di buat oleh ibu untuk rumah kami di Tampin memandangkan yang tinggal hanyalah budak-budak perempuan termasuk adik aku. Aku kena sesekali balik Tampin untuk membuat spot-check. Ada tak kena, memang aku naik tangan. Cewah.



Peringatan nombor 3, Syafiq, Comel dan Shafiqah itu ialah nama kucing kami.


"Ala, abang...Nia nak letak nama anak kita nanti Syafiq dengan Shafiqah!" kata Cik Nora sambil gelak bawah meja.

Thursday, February 23, 2012

Shopping list wan saya

Ha, hambik.


"Ah, asalkan boleh je kau...Akak panggil Cico suruh belasah kang, tau la korang..."


Okay, ikan Hail Amir dia pakai spek.

Wednesday, February 1, 2012

Mamat lembut dan CIMB

"Selamat petang, boleh saya bercakap dengan Encik Mohd Hairussani?" kata sorang mamat lembut di hujung talian. Dari gaya dia bercakap, aku dapat bayangkan mamat tu jenis pergi kerja pakai losyen dan lip gloss. Baju kemeja dia punya lipat kalau kena tangan boleh luka.

"Ye, saya..."

"Ok, boleh panggil En. Mohd?"

"Ye boleh..."

"Saya dari CIMB bank ye En. Mohd, ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana menggunakan perkhidmatan CIMB Bank sejak 10 tahun yang lalu ye En. Mohd. Oleh itu, saya mewakili CIMB Bank dan CIMB Aviva ingin memberikan sedikit penerangan tentang tawaran-tawaran terbaru dari pihak kami ye En. Mohd. Ok, untuk pengetahuan En.Mohd, perbualan kita ini akan dirakam bagi rekod dan bagi....

"Eh, lama ke ni?"

"Eh, tak lama En.Mohd. Saya ambil masa 10 minit sahaja untuk En.Mohd."

"Gua tengah meeting ni, bro..."

"Oh, yeke...bila habis meeting tu En.Mohd?"

"Dalam pukul 5.30 petang nanti."

"Kalau macam tu, saya call En.Mohd lepas habis meeting?"

"Ok..." terus letak henfon.


***

5.30 petang.


"Hello, selamat petang En.Mohd, saya dari CIMB tadi, ingat lagi saya call tengahari tadi?"

"Aha, ye..."

"Okay, saya mula balik apa yang saya terangkan tadi..."

"Ala, bateri henfon habis pulak...tet tet tet..." kata aku pantas sambil tekan butang letak. Yang bunyi tet tet tet tu aku cuba gayakan pakai mulut seikhlas mungkin.


Darah aku cepat naik kalau dengar orang cakap banyak. Lagi satu, Encik Mohd kepala bana kau.

Tuesday, January 31, 2012

Nota kecil untuk Sang Pencipta

Minta bantuan, sikit je.

1. Perlahankan sikit peredaran masa sebab banyak sangat benda aku perlu catch up.

2. Tenteramkan jiwa ini seperti dulu.

3. Kau berilah kesihatan kepada orang sekeliling yang aku sayang, kerana kesihatan mereka adalah kesihatan aku.

4. Kau peliharalah si dia, aku ingin dia berubah jadi sebaik insan dengan umur yang panjang, rezeki yang murah.

5. Dan aku, cuma mahukan kegembiraan abadi.


Wednesday, January 18, 2012

Tahun Baru Cina

Pergi kedai kereta kat Dengkil nak tampal tayar. Tampal tayar ada la dalam RM6 je. Aku ambik limau mandarin sampai 4 bijik dengan air 2 kotak tapau masuk dalam kereta. Amoi kedai kereta pandang aku kecik besar kecik besar.

Maaf zahir batin la, amoi!

Wak lu

Pagi ini buka emel, masuk satu emel daripada En. Azhar tentang kejadian petang semalam.

Salam shbt2ku,
Semalam semasa saya dan en. Sani nak ke Dengkil, kami telah ternampak WAK dekat lampu isyarat berhampiran balai bomba. WAK dalam keadaan resah. Saya telah mendekati WAK dan bertanya "kenapa dengan WAK"? WAK berkata dia telah menjadi mangsa langgar lari. Saya dan en.Sani telah menemani WAK seketika kerana WAK berada dalam keadaan pening dan kesakitan. WAK telah meneruskan destinasinya ke klinik Harmoni dengan diiringi oleh kami.
Sila lihat lampiran untuk melihat keadaan Wak.



Geli hati pulak pagi-pagi ni baca ayat macam tu. Kepada Wak Din, moga kecederaan cepat sembuh. Dan jangan degil-degil macam semalam. Orang nak bawa naik kereta tak mahu. Cedera di tangan nampak di mata, cedera di hati, siapa yang tahu? Amboi.

Wednesday, January 4, 2012

Veto

Entahkan hujah dia yang terlalu kuat, atau idea aku yang terlalu lemah. Aku tak tahu. Tapi yang selalu menang, adalah dia.

Untuk sekian kalinya, kau menang lagi...

Kerana veto.