Wednesday, June 30, 2010

Tahi lalat

Dia : Awak, jawab teka-teki ni. Banyak-banyak mi, mi apa yang ada tahi lalat?

Aku : Mi bandung Muar?

Dia : Salah.

Aku : Mi Jaafar Onn?

Dia : Salah.

Aku : Minami?

Dia : Salah jugak.

Aku : Mimi Suhaiza?

Dia : Salah jugak.

Aku : Ming-ming juga, wonderpets datang membantu?

Dia : Salah la!

Aku : Hish...abis, apa jawapannya?

Dia : Mila~


***

Sebenarnya, bila cakap tahi lalat, aku teringat Sharifah Aini. Merepek pula Sharifah Aini tukar jadi Sharifah Ai-MI.



Lepas tu terus aku menyanyi lagu Hapuslah Air Matamu. Peh, gila syahdu.

Yang lelaki, pandang tahi lalat sudah. Yang pandang tempat lain siapa suruh?


***

Aku SMS Mila.



Mila cakap,

" Itu bukan tahi lalat la Sani, itu tahi semot..."



Awak jahat! Itu bukan tahi lalat la, awak. Mila sendiri cakap tau. Ganti balik kredit. Namposen tau abis.



* Kenapa aku tulis macam manja manja gedik? Aku baca balik pun aku meluat dekat diri sendiri. Macam celaka.

Monday, June 28, 2010

Seluar yang tidak bersikap adil terhadap tuannya

Masa di kampung beberapa hari lepas, aku kekurangan seluar. Memang kalau balik kampung jarang aku bawak kain baju banyak-banyak. Berat. Kurang kain baju bermakna lebih ringan bila naik motor. Potong angin orang cakap.

Aku maksudkan sini adalah seluar panjang yang boleh bawak pergi Mahkota Parade dan kedai Subaidah. Setakat seluar pendek bawak tidur, ada lapan belas. Jadi, aku telah menyelongkar satu almari baju lama aku yang penuh dengan pakaian lama-lama aku sejak dari sekolah sampai dah boleh berlari selaju harimau kumbang.

Banyak juga seluar yang masih cantik kondisinya. Cuma keraguan terhadap saiz yang agak bersikap keji. Dulu masa sekolah-sekolah, kira badan aku macam Rosyam Nor jugak. Badan tengah-tengah sedap bergaduh orang cakap. Yelah, dulu masa sekolah pergi mana-mana naik basikal. Pergi sekolah naik basikal. Pergi pekan naik basikal. Pergi main bola naik basikal. Makan nasik naik basikal. Suruh mengaji malas.

Cari punya cari, aku terjumpa satu seluar kelabu poket tepi. Memang cantik dia punya kondisi. Setakat nak bawa melaram dekat kedai mamak memang dah boleh sangat. Tapi, keraguan hanya pada saiz.

Diingatkan di sini, seluar itu adalah seluar masa aku Form 3. Diulangi, Form 3.


Aku cuba pakai.

Peh. Muat! Muat dengan sempurna tanpa kejadian balut nangka!

Aku histeria sorang-sorang dalam bilik atas.


***


Aku letak seluar tu atas almari. Esok mau pakai. Seluar nombor satu aku tajuk Lee Cooper dalam mesin basuh lagi.


***

Bangun pagi esok, aku ingat nak pergi gunting rambut apa yang patut. Jadi aku mandi lebih kurang, terus cari seluar yang aku jumpa semalam.
.
.
.
.
.
.
.
Kenapa perlu kucing muntah dekat seluar itu?



***


Aku pergi gunting rambut pakai seluar nombor satu Lee Cooper yang basah. Luar dalam basah. Basah sampai ke sependa.

Amoi gunting rambut pandang-pandang, aku jeling tajam-tajam. Cepat-cepat dia cuci rambut pelanggan sampai masuk-masuk sabun dalam mata makcik tu. Aku gelak dalam hati.

Lagi-lagi Itali, England ke gaung juga

Beberapa minit selepas wisel tamat Itali vs Slovakia Khamis lepas, aku ada menerima banyak SMS menyakitkan hati dan maruah orang Itali seperti aku ni. Penat tau tak duduk dekat kedai makan order sate lemak ayam keras macam dinding 10 cucuk, air kopi O rasa macam jamu Hetty Koes Endang. Lepas tu kalah.

Dia punya terguris hati jangan cakap la.

Berkaca jugak mata aku balik rumah naik motor. Dah lah keluar pakai jersi Itali sorang-sorang. Nasib baik cover pakai sweater.


Paling sakit hati, Keril punya SMS,

" Hahaha...rileks la. Lu jangan ON facebook 2-3 hari ni. Tunggu reda. "


***

Phillip Lahm ada SMS aku semalam, Keril. Dia cakap nak belanja aku mee rebus Kampung Jawa. Dia cakap, ajak la sape-sape kawan sokong England tu join sekali bagi ubat duka. Ekstra tambah sate perut.

Kalau Phillip Lahm tak SMS aku semalam, sampai mati aku tak tau England kalah malam tadi. Kehkehkeh...

Sunday, June 27, 2010

"Pergilah mati sama mamak roti canai tu!" kata makcik sebelah rumah. (Tajuk sekadar hiasan)

Aku sedang melukis sekarang. Saja lukis-lukis buang masa. Aku bukan pandai lukis sangat pun. Kadang-kadang niat hati nak lukis gambar kereta, jadi pulak mesin rumput. Nak lukis makwe sedang berkelah tepi pantai, jadi gambar botol bedak sejuk. Jadi, aku hanya lukis mengikut gerak hati saja. Kalau kau orang ada masalah bermuram durja, tekanan darah, penat bekerja, penat shuffle, penat karaoke tak ingat azan, bolehlah ikut cara aku dengan melukis. Jika kau orang benak sangat tak reti melukis yang berat-berat, lukis saja mee goreng. Merepek sungguh kalau lukis mee goreng pun tak tahu.

Oh, ini bukan cerita melukis.

Sebenarnya, sejak aku start melukis tadi, aku agak terganggu dengan bunyi tv rumah bawah tingkat 1 yang bersikap biadap buka volume kuat. Sampai aku lupa aku nak lukis apa tadi.

Tiap kali selang 10 minit, aku dengar lagu bodoh dialog ini macam,


" Dia comel, dia hebat, lemon buah hatiku..."




Aku tension. Merepek apa bercinta dengan lemon tu? Jadi, aku tersangatlah ingin tahu.

Aku ON tv. Bukak TV3.




***

Aku kemas barang melukis, aku terus layan Mentor sampai habis.


***


Sebenarnya, aku suka tengok Nani ni je.





Mata dia 'mata nangis' orang cakap. Memang cair beb aku tengok mata dia.

Hah. Yang perempuan-perempuan kat luar tu tak payah la jam-jam tu kau pergi meja solek pergi buat 'mata nangis'.

Tengok wayang

Semalam, aku pergi tengok wayang. Dekat Alamanda Putrajaya. Sorang-sorang saja, oleh kerana aku agak bermuram durja beberapa hari lepas akibat kekalahan Itali di pusingan awal. Saja ubat duka tengok cerita Toy Story 3. Peh, gila rare aku layan Toy Story.

Bukan apa, nak layan Lagenda Budak Setan sorang-sorang takde makwe sebelah, apa pula kata budak-budak kaunter tiket. Jadi, demi menyelamatkan keadaan, aku ambil jalan yang tidak berisiko tinggi dengan menonton Toy Story 3. Ha? Dah gila nak layan Sex & the City? Dekat TV pun aku tak tengok.

Gossip Girl boleh la layan.


Baru 10 minit cerita start, handphone aku berbunyi. Aku lupa silent handphone.

Sakit hati betul. Cuba la jangan kacau.

SMS dari seorang brader. Aku curi-curi baca SMS tersebut


" Sani, lu mana? "

Aku balas.


" Alamanda. Tengah tengok wayang ni. Nape? "


" Wah...best ah. Tengok cerita apa? "



Aku naik baran. Mula rasa nak marah. Oleh kerana dalam wayang, tak manis pula marah-marah tak tentu pasal.

Aku terus balas SMS dia.

" Cerita Ariel Peterpan! "


Aku tekan SEND. Tak pergi. Sending Fail. Sen tak cukup.



Cis. Lu memang nasib baik bro.

Wanita dan bola

Sekarang aku terpaksa sokong Belanda dan Portugal.

Ada sorang makwe SMS aku.

Dia : Nape sokong Belanda?

Aku : Sebab ada Arjen Robben. Arjen Robben tu tak hensem. Dia botak tengah. Tapi dia power. U plak suka pasukan apa?

Dia : I suka England~

Aku : Kenapa England?

Dia : Sebab ada Fernando Torres. Dia hensem~


Aku dah syak dari mula-mula. Sah budak Liverpool. Aku geleng kepala tak respons SMS.



***


Malam tadi, ada makwe telefon. Kawan lama. Saja borak-borak sementara nak start bola. Dia ni punya IQ bola pun kira tinggi jugak la jika nak dibandingkan makwe-makwe lain yang hanya nak tengok player muka hensem.

Kami borak-borak pasal bola saja. Aku pun takde mood sangat lepas kejadian kekalahan Itali tempohari. Jawab pun nak tak nak.


Dia : Itali dah kalah hari tu. Sekarang kau sokong apa plak?

Aku : Erm. Tengok la. Belanda dengan Portugal.

Dia : Haha. Kenapa Portugal? Suka Cristiano Ronaldo plak dah?

Aku : Hish. Tak hingin aku.

Dia : Abis, nape suka Portugal?

Aku : Err...err...sebab Portugal pernah menjajah Melaka.

Puas hati tak?

Yelah...yelah. Aku update blog. Sekarang puas hati?

Sesiapa yang SMS aku semalam, aku takde kredit nak balas. Kredit handphone habis aku buat beli tayar motor.


Aku : Tokey, handphone pakai line apa?

Tokey : Digi. Nape?

Aku : Kredit Digi aku ada RM50, aku transfer dekat lu, kasi tukar tayar moto aku.

Tokey : Okay. Boleh. Tapi nanti tolak 15 sen macamana?

Aku : Takpe, 15 sen aku bayar cash.


***


Ramai rupanya marah dekat aku pasal blog dan formspring. Rileks la. Aku kan suka gurau. Aku sayang korang semua. Tak payah la nak lepas geram pakai SMS.

Orang kata marah tanda sayang. Jangan la tak mengaku. Hehehe.

Wednesday, June 23, 2010

Esok aku tiada

Jauh di sudut hati aku, mula menyesal kerana letak formspring.me dekat blog ni. Aku menimbangkan untuk delete di kemudian hari. Aku takde masa minggu ni. Aku nak balik kampung, lepas tu pergi gembira-gembira, gelak-gelak terpekik terlolong tak ingat maghrib. Lepas tu aku kembali ke Cyberjaya, pada hari gaji. Lepas tu nak tengok wayang sorang-sorang. Woh, lama aku tak tengok wayang weh. Last aku tengok cerita Shrek dengan Lisa Surihani dekat One Utama.

Aku harap, panggung wayang masih cam muka aku. Aku dah kurus macam Afdlin Shauki.

Kau agak, boleh ke aku tinggalkan blog aku ni sorang-sorang masa ulangtahun pertama dia? Agak-agak dia nangis tak? Susu dia siapa nak bancuh? Karang tukar lampin siapa nak buat?

Sekarang, aku nak pergi supermarket, beli kereta hotwheels bagi dia tak bosan duduk sorang-sorang dalam buaian.

Tuesday, June 22, 2010

Formspring yang bersikap keji #2

Aku bukak formspring, dan berderet soalan yang buat aku gelak sorang-sorang. Makin bertambah bukan-bukan punya soalan. Sampai ada tahap-tahap Tun Dr Mahathir punya soalan pun ada. Nasib baik aku tak mudah cemas.

Okay, berbalik kepada formspring, ni antara soalan-soalan terpilih. Wah, ramai sungguh nak rebutkan hadiah kacang tumbuk aku ni.



Tinggi kau ada macam orang-orang dekat sawah tak?
Bengong punya soalan. Kalau kau tanya soalan ni dekat Peter Crouch pun mungkin dia sentap moral jatuh tak nak main bola. Kalau kau tanya soalan ni dekat aku, aku cakap tak tau. Percaya tak? Aku last sekali sukat aku punya tinggi secara betul ialah masa nak interview masuk sekolah Tentera Darat dekat Port Dickson masa form 3 yang mana aku tidak terpilih kerana aku kekurangan umur 2 hari. WTF? Serius bai. Aku pernah mintak sekolah Tentera Darat ni. Umur tak cukup 2 hari pun berkira ke? Karenah birokrasi betul.

Ha, kan dah lari tajuk. Sejak dari itu, aku membesar sihat dan kuat. Aku tidak lagi berkecimpung dalam sukat-sukat tinggi ni. Lagi satu, masa aku sekolah dulu, atuk aku pernah ajar aku buat orang-orang(scarecrow) untuk takutkan kera dan tupai di dusun durian. Orang-orang tu dibuat pakai kayu dan jerami. Atuk aku buat agak tinggi jugak la orang-orang tu.

Aku sound atuk, " Atuk, kita kena buat orang-orang dengan ketinggian yang logik. Barulah real macam manusia."

Atuk aku bersetuju. Aku rendahkan sikit orang-orang tu bagi sama tinggi dengan ketinggian manusia asia. Aku sarungkan dengan baju kemeja Hawaii, kepala pakai kelapa tua lepas tu ambil topi jerami letak atas kepala dia. Dia tak pakai seluar, jadi, bagi mengelakkan orang-orang itu jatuh maruahnya kepada kera dan tupai, aku sarung dengan kain pelikat. Tangan orang-orang tu, aku letak kayu cangkul lebih kurang panjang sedepa. Dekat kelapa tu, aku lukis pakai kapur kasut sekolah gambar muka tengah marah. Lepas tu aku lukis kotak dialog yang menunjukkan orang-orang itu tengah marah. Dalam kotak dialog itu aku tulis,

" Ha, kau datang, aku sebat pakai kayu ni tengah belakang kau kang!!!"

Percaya?

Okay, ketinggian aku enam kaki lapan.


Orang yang paling kau benci.

Aku paling benci orang yang keluar simpang naik kereta tak bagi signal. Lepas tu buat muka tak bersalah. Ramai jugak yang pernah aku pergi dekat tepi tingkap dia kasi sound ini macam,

" Bang, kereta baru-baru signal dah rosak? Ke abang ni OKU? "

Aku berlalu sambil biarkan mangsa terkapai-kapai menahan makan dalam.

Lagi satu, aku benci penyangak yang suka kacau heroin dalam filem atau drama. Jenis mengacau orang tak serik-serik. Jenis kalau hero tembak lapan kali dekat dada dia pun masih ada niat jahat tanpa sebarang perasaan ingin bertaubat. Dahlah heroin tu sayang gila dekat hero dia. Nak-nak hero dalam filem itu ada iras-iras muka aku.

Lain-lain orang yang paling aku benci, takkan nak cakap aku benci Tomok lagi. Bosan pulak kau orang. Lagipun, buatnya kau orang check lagu dalam handphone aku tiba-tiba ada lagu New Boyz pulak kang. Tak ke edisi siasat punya hal?


Saiz seluar kau XXL ke? Tolong approve soalan ini. Hahahaha.

Oleh kerana aku nak jaga hati punya pasal, aku approve je la. Ni negara apa kau pakai saiz seluar pakai huruf ni? Timor Leste? Orang saiz seluar pakai inci sekarang. Lainlah aku pergi mana-mana 24 jam pakai seluar bola. Apa gampang aku nak pergi opis pakai seluar bola saiz XXL? Azman Adnan pun tak buat itu macam. Bengong betul.

Saiz seluar aku adalah free saiz. Terima kasih.


Minyak hitam apa kau pakai dekat motor kau?
Bila aku pergi kedai kembar dekat Tampin masa nak tukar minyak hitam, tokey dia cakap ini macam.

Tokey : Apa masalah?

Aku : Tukar minyak hitam la, kembar.

Tokey : Okeh, minyak apa U mau?

Aku : Ia bukan sekadar pelincir. Ia kejuruteraan bendalir.

Tokey itu angguk dan senyum nipis tanda faham sambil buat kerja tak banyak cakap.

Sekarang kau orang teka sendiri minyak apa. Ha? Minyak urut? Minyak urut kasi tenyeh kat dahi kau banyak-banyak, lepas tu kasi bapok urut ramai-ramai sampai lebam. Kau nak?


Awak, katak bulan tu katak apa?
Hahaha. Siap berawak-awak tu tak tahan. Orang bandar sekarang dah tak kenal dengan katak rupanya. Aku pun tak tau lah nama sebenar katak bulan tu apa. Aku try google carik gambar pun takde. Macam mana eh aku nak terangkan?

Okay, katak tu secara fizikalnya berwarna coklat. Lepas tu ada belang-belang dekat tepi dia warna hitam atau coklat gelap. Bergantung kepada musim. Katak ini taklah besar sangat. Lebih kurang besar buah jambu air. Tapi bentuk badan dia bulat tak macam katak biasa yang kita jumpa. Memang aku geli gila dekat katak ni. Badan dia macam berkilat dan berlendir. Dan dia jarang melompat tak tentu pasal. Ada masanya jika ingin menghilangkan boring, katak ini juga suka merangkak. Tak melompat. Dan katak ni tak minat shuffle.

Habitat katak ini, dia suka duduk celah-celah bucu sempit. Selalunya kalau tandas bilik air kau tu, hati-hati celah baldi tu. Ha. Pergi check cepat. Aku cukup waspada dengan katak bulan ni. Pernah sekali aku sedang mandi, tiba-tiba rasa benda melompat dekat kaki aku. Lembut, berair dan sejuk. Aku terus terkejut kasi sepak itu benda, sampai kaki aku terlangsung kena bucu tangki air. Aku tengok balik benda tu, hanyalah seketul span basuh pinggan. Dan jari kaki aku berdarah. Bengong betul.

Katak ni memang suka duduk tempat lembab, berair dan sejuk. Ha, dekat celah ketiak kau yang berlecak tu tolong check sekarang. Mana tau ada katak bulan.


Oleh kerana dua tiga orang yang bagi soalan yang bernas, tapi, masih tidak menonjolkan nama masing-masing, hadiah kacang tumbuk ni terpaksa aku hold dulu. Izinkan saya melontarkan serangkap pantun(wah macam pengerusi majlis)...

Kalau tuan ke pasar pagi,
Jangan ditegur indon bustand,
Kalau ingin hadiah lagi,
Mintak dekat indon bustand.

Sekian.

Monday, June 21, 2010

Waka waka eh eh skreeettt tebabo...

Kawan : Sani, pukul 10 nanti bola siapa main?

Aku : Ireland vs Republic Czech.

Kawan :
Ooo...best game tu. Aku tengok dekat Cyberia la nanti.


Aku ambil bantal, aku gelak bawah bantal. Dia tak perasan.

Bangang betul. Dua-dua team tu tak layak World Cup dol!

Nampak sangat tengok bola ikut musim tengah lebat.

Formspring yang bersikap keji

Sorry kepada mereka-mereka yang bertanyakan soalan kepada aku melalui formspring aku. Aku bukan taknak jawab. Tapi, banyak aku terima soalan yang kurang berkualiti dan tidak kurang soalan yang teramatlah peribadi. Aku kurang terima untuk menjawab soalan seperti dah makan belum, aku dengar kau suka makan kepala ikan siakap, saiz seluar kau 46 ke atau dah sunat ke belum. Lucah betul orang Malaysia sekarang.

Okay, oleh kerana aku teliti setiap soalan yang diberi, antara lima puluh juta soalan yang diberi peminat(lima puluh juta soalan ke malaun?), hanya beberapa yang melepasi kelayakan lembaga penapisan yang diterajui oleh saudara Johnny Depp dan saudara Jalil Hamid.

Antara soalan yang boleh aku jawab adalah,


Artis mana yang pernah lu jumpa secara live?-karibu
Okay, ramai jugak la. Yang paling aku kenang adalah jumpa Lisdawati masa aku form 3 dekat Tampin masa promosi filem KL Menjerit. Masa tu, Lisdawati cakap I love U kepada semua, dan aku syak, dia ucap kepada aku sorang. Malam tu terus aku mimpi basah. Okay, aku tipu.

Lepas tu, aku pernah baling ketul ais dekat Tomok masa dia nyanyi dengan New Boyz dekat Tampin. Nasib baik tak bocor otak Tomok aku baling. Sipi-sipi je tu. Kalau tak, tak merasa la makwe-makwe nak habis kredit undi Tomok masa One In A Million tu kan?

Sekarang ni, setakat jumpa Salleh Yaakob, Kris Dayanti, Hasbullah Awang, kumpulan KRU, Rozita Che Wan senang-senang sangat diorang ada shooting dalam MMU ni. Oh ya, aku minat sama KRU. Tolong jangan bagitau orang. Itu hari aku jumpa diorang shooting dekat sini, tapi aku terpaksa tahan nafsu buat tak tahu. Aku minat KRU sejak kecik okay. Membesar dengan lagu-lagu romantik diorang. Sweet-sweet je orang cakap. Ha, kan dah kantoi.


Kau pakai sandal Croc kaler ape?-mira humaira
Weh, macam mana kau tau aku pakai Croc ni? Croc cap itik nila je pun. Beli dekat uptown la cilake. Buat malu je. Croc aku warna putih. Aku nak beli warna pink untuk kegunaan sendiri. Tapi masih tidak berkesempatan. Kerana tiap kali aku belek warna pink, brader tokey tu pandang serong dengan aku ibarat aku ni George Micheal. Vavi.

Lagi satu Croc aku warna hitam dan kelabu untuk bawak pergi turun sawah dan menoreh getah. Kadang-kadang pergi cari cengkerik pun aku sarung itu Croc. Gila tahan lasak.


Binatang apa paling kau takut?-karibu
Katak bulan. Sesiapa kenal katak bulan? Katak licin warna coklat dan belang hitam. Sebenarnya, aku tak la takut, tapi geli je. Dengan katak puru, aku tak geli sangat. Malah, dengan katak buat pancing haruan memang aku tak geli pun. Siap boleh pegang cium molot(ha, kan dah macam Azwan Ali dah). Katak bulan ni memang macam gampang dia punya geli. Aku tak payah pegang la, takat tengok kelibat dia aku dah menggelinjang kembang tekak. Sebab, sejak kecik, dulu aku tak takut katak ni, bila sekali tu aku cucuk pakai ranting kayu, dia terus gigit kayu tu kuat-kuat. Dan aku terus terperanjat. Bodoh betul. Sejak peristiwa itu, katak bulan ni menghantui hidup aku. Di mana saja dia mengekori aku.

Pernah sekali aku tengah naik basikal masa kecik dengan kawan-kawan, tiba-tiba katak bulan ni melintas betul-betul dekat tayar basikal aku. Terus kena gelek. Aku menjerit fobia. Sambil rakan-rakan lain terpinga-pinga ingatkan aku telah disembur pontianak. Malam itu aku mengigau kencing malam. Bengong.

Oh ya, sebelum terlupa, minggu lepas aku masuk bilik air. Tiba-tiba, katak bulan ni muncul dari mana entah duduk betul-betul bawah sinki. Kau bayangkan apartment tingkat 2 katak tu boleh carik aku. Mana entah dia dapat alamat rumah aku dekat Cyberjaya ni. Aku menjerit tak keruan. Rakan serumah bertanyakan apahal, tapi aku merahsiakan perkara sebenar dengan mengatakan aku sedang berlatih lagu Ramli Sarip dalam tandas. Aku pun ambil batang mop sepanjang 2 depa, terus tolak-tolak katak tu menuju ke lubang jamban. Bila dia betul-betul dah masuk, aku tarik flush jamban. Setel. Aku harap pihak World Wildlife Fund(WWF) tidak menyiasat perkara ini. Jika nak rasuah, aku bagi. Please.


Bagi gambar paling buruk dan paling kacak kau.
Harap maaf, gambar yang buruk-buruk semua aku dah delete bagi mengelakkan kejatuhan moral kelak. Yang tinggal hanya ini.

Gambar paling buruk aku.




Gambar paling kacak aku.


Okay, diam. Jangan cakap apa-apa.


Awak pernah ada berapa orang girlfren(ex) dari sekolah sampai sekarang?
Masa zaman sekolah aku takde makwe. Lepas sekolah baru ada makwe. Dari dulu sampai sekarang ade 3 orang saja bekas makwe tak termasuk Julia Rais dan Megan Fox. Sekarang takde. Kenapa, kau nak masuk line ke? Borang pergi beli dekat pejabat kebajikan masyarakat terdekat dengan harga RM2.


Siapa awek yang awak selalu cerita kat blog uh?
Okay, aku syak yang tanya soalan ni orang yang sama dengan yang atas punya soalan. Soalan pun dekat-dekat.

Itu kawan aku. Kawan special. Aku tak boleh bagitahu kat sini. Dia cantik. Mata dia pun cantik. Suara dia manis-manis je orang cakap. Aku kenal dengan dia dah setahun lebih. Dan dia bukan kekasih aku.(Kalau jadi apa salahnya<---DUSHH!!!). Nama dia rahsia. Dan dia adalah pembaca rahsia dalam blog aku ni. Dia tak pernah cakap yang dia baca blog aku, sampailah dia jeles aku tulis bab makwe-makwe dalam blog, tau-tau dia marah aku dekat YM. Hahahaha...Okay, sekarang lempang aku sebab tulis syok sendiri.

Erm. Aku bagi klue kat korang eh. Nama dia mula huruf S. Hah, mula la tu nak fikir Sandra Bullock. Bukan la.



Terima kasih kepada kawan-kawan yang bertanyakan soalan. Yang tidak diketengahkan soalan mereka, sila cuba di lain hari. Kebanyakan soalan aku terima tak disertakan nama. Macam mana aku nak bagi hadiah? Aku dah siap packing hadiah dah ni. Kacang tumbuk sorang satu. Kalau lambat tuntut, bersemut la kacang ni karang.

Saturday, June 19, 2010

Lagenda Budak Atan #1

" Atan, tolong berdiri atas kerusi! " jerkah Cikgu Intan.

Perangai Atan yang suka mengacau budak-budak perempuan sekelas memang seringkali membawa padah. Siapa tak kenal Atan. Dari kelas Darjah 3 Tembikai sehingga kelas-kelas berdekatan yang berjiran dengan kelas Darjah 3 Tembikai sudah naik jelak dengan jerit pekik cikgu mengajar hari-hari. Pasti ada saja nama Atan disebut. Atan itu. Atan ini. Pendek kata, nama Atan lebih banyak disebut daripada matapelajaran wajib hatta kempen selamatkan Gaza sekalipun tidak disebut sebanyak nama Atan.

Atan akur. Dia perlahan-lahan naik di atas kerusi. Baginya, berdiri di atas kerusi adalah matapelajaran keduanya hari itu. Walaupun secara betulnya, beliau suka dengan matapelajaran Bahasa Melayu kerana cikgu yang mengajar memang iras-iras Norshiela Amin. Sebut saja lagu Norshiela Amin yang mana, semua berada dihujung bibirnya.

Dalam kelas 3 Tembikai, Atan ada menaruh hati kepada seorang makwe pakai tudung yang bernama Ayu. Oleh kerana minat, Atan selalu mengacau Ayu dengan harapan dapat melihat wajah Ayu yang comel ketika marah. Tapi, nak 3 tahun berada dalam satu kelas, Ayu tetap tak pernah menunjukkan reaksi minat dengan perangai Atan. Bagi Ayu, sikap Atan sangat kebudak-budakan. Ayu faham, ustazah ada mengatakan bahawa budak perempuan lebih cepat matang daripada budak lelaki. Kalau ustazah tipu, tipu jugalah dia. Tapi, mustahil pula ustazah itu nak menipu. Disambar petir pula ustazah tu nanti.


Kriiiinngggg!!!!


Tamat sesi persekolahan. Atan dan rakan sparringnya, Remi pulang berdua melalui jalan ladang getah. Remi adalah teman sejak kecil Atan. Rumah mereka pun dekat-dekat. Mereka membesar bersama. Main pasir bersama. Lastik burung bersama. Curi rambutan ketua kampung bersama. Mandi sungai bersama. Pendek kata, Atan dan Remi memang sudah serasi bersama. Walaupun begitu, tahap kenakalan Remi tidaklah boleh disamakan dengan Atan. Kalau nakal itu bertahap 1 hingga 5, Remi hanya berada pada tahap 2, tidak setanding Atan yang berada pada nakal tahap 5. Lagipun, Remi berada di kelas Darjah 3 Manggis, kelas nombor 2 pandai berbanding kelas Atan 3 Tembikai iaitu kelas nombor 2 tercorot antara 5 buah kelas.

Semasa pulang, mereka perlu melalui ladang getah. Ada lagi satu jalan yang perlu melalui pekan, tetapi amatlah jauh. Terasa pergi sekolah 5 kali ulang alik dia punya jauh. Mahu berlecak ketiak kalau ikut jalan pekan ditambah dengan cuaca panas seperti di Uganda. Hari itu, memandangkan mereka tidak banyak masa, mereka memutuskan untuk melalui jalan ladang getah. Ladang getah itu memang banyak sangat nyamuk. Malah, ada juga cerita orang kampung yang mereka dengar bahawa pernah terjumpa nyamuk sebesar anak ayam. Memang menakutkan kalau dia gigit. Mau besar telur burung unta dia punya bintat.

Salah satu sebab yang Atan tidak suka melalui jalan ladang getah ini bukanlah kerana lagenda nyamuk-nyamuk besarnya. Tapi, dia lebih takut untuk melalui kandang lembu ketua kampung. Ada seekor lembu jantan warna perang kepunyaan ketua kampung yang tidak ditambat. Lembu itu memang anti sangat kepada Atan. Mungkin dendam lama kerana Atan pernah membaling batu bata tepat ke tengah belakangnya yang mengakibatkan lembu itu hilang selera makan dan keinginan untuk mengawan.

Mereka berdua sampai betul-betul di kawasan kandang lembu ketua kampung. Atan lihat lembu jantan warna perang itu betul-betul menghalang jalan bersidai di bawah pokok kuini sebesar dua pemeluk.


" Remi, kita ikut jalan lainlah..." kata Atan.

" Mana ada jalan lain dah... " balas Remi.

" Aku ada satu jalan rahsia. " kata Atan lagi.


Remi mengangguk saja memandangkan beliau juga amat takut dengan pandangan mata lembu jantan itu. Belum lihat pada paras rupa tanduknya yang panjang seperti lembu rodeo lagi. Kalau tertusuk dekat buntut, mahu hilang nikmat untuk meneran berak kelak, fikir Remi dalam hati.

Atan melencong ke kiri menuruni sedikit bukit yang bersemak-samun. Dari cara dia jalan, memang menunjukkan bahawa dia yakin terdapat jalan pintas di situ. Remi hanya mengekori jejak langkah Atan yang sudah jauh di depan.

Lebih kurang 200 kaki dari kandang lembu, Atan berhenti di tepi sebuah paya. Atan kenal sangat dengan paya tersebut. Paya ini walaupun agak dalam dan airnya berbau puaka, tetapi, hanya ini saja satu peluang mereka untuk pulang awal ke rumah untuk mengejar siri telenovela amerika latin yang dia tak pernah miss walau satu episod pun.

" Sekarang, kita kena redah paya ni. " kata Atan kepada Remi.

" Paya ni? " jawab Remi terkejut.

" Yelah. Paya ni, takkan kau tak cam? Kalau menuju ke barat, boleh tembus sampai paya belakang rumah aku. " kata Atan lagi.

" Tapi, macam mana nak redah? " tanya Remi lagi.

" Kita berenang je. Kita kan pakar. " jawab Atan.


Belum sempat Remi bertanyakan bagaimana dengan baju sekolah yang kotor nanti, Atan terus menolak Remi ke dalam paya, mengakibatkan gaya Remi jatuh ke dalam paya adalah gaya backdive. Amat bergaya gaya itu jika dimasukkan dalam filem-filem melayu zaman sekarang yang ketandusan lagak ngeri sejati. Balik-balik lagak naik motor besar. Balik-balik gaduh dalam hujan. Macam filem Sembilu.

Remi nak marah pun dah terlambat. Terpaksalah beliau mengekori kehendak Atan. Beliau sudah masak dengan perangai Atan. Lagi dia tak suka, lagi itulah Atan akan paksa dia lakukan. Jauh di sudut hati Remi, menyesal kerana berkawan dengan Atan.

Atan juga sama terjun tiruk dalam paya tersebut dan terus menyelam ke dasar. Remi turut mengikut belakang Atan menyelam. Mereka sudah biasa menyelam di sungai.


" Atan, jauh ke tak nak sampai paya belakang rumah kau? " jerit Remi dalam paya tersebut.


Malangnya Atan langsung tidak menyedari pertanyaan Remi. Remi pula kelihatan kelat wajahnya kerana akibat pertanyaannya tadi menyebabkan 3 kilo air paya masuk ke dalam mulutnya. Fikirannya mula membayangkan penyakit taun yang merbahaya.




BERSAMBUNG...

Mata

Seringkali aku hanyut dalam bayangan,
berterbangan perasaan ini,
walau, kau ku gambarkan dalam lamunan.

Diri ini selalu ingin bersamamu,
bilaku terkenang kemesraan bersamamu sayang,
masihkah aku di hatimu.



Pertama kali aku menatap matanya secara terus menceritakan segalanya. Walaupun sukar untuk tetap satu pandangan statik kerna dia selalu melarikan pandangannya ke tempat lain, aku tetap terpesona.

Dari sepasang mata yang cantik itu aku lihat dia bersedih. Dari mata itu aku lihat dia menangis. Dari mata itu aku lihat dia bercelaru. Dari mata itu dia berkata kepadaku tolong jauhkan pandanganku yang terus ke hatinya. Matanya berkata tidak. Tapi, hatinya berkata ya.

Kau tidak perlu bersedih. Aku rela menjadi badut dihatimu demi tidak melihat kau berduka. Kerana matamu yang cantik itu tidak boleh disia-siakan dengan air mata.


Aku mengakui. Aku sukakan kau sejak kali pertama.




*Harap kau tak baca. Jika kau baca sekalipun, tolong buat-buat tak tahu. Kerana, aku masih tiada jawapan untuk ini.

Friday, June 18, 2010

Renjis-renjis digilis stimroll

Aku bangun dari tidur. Mata masih kelat. Gosok-gosok mata.

Aku terkejut. Aku perhati betul-betul dari jarak close-in. Dekat jari sudah merah!

Inai?!



Tiba-tiba.

" Awak, cepat la siap. Pukul 12 dah nak bersanding dah ni! Saya dah siap dah... " katanya yang sedang disiapkan mak andam di hadapan meja solek.

Aku pandang kiri kanan. Berhias bagai dengan rona putih.

Aku panik. Aku terus pengsan.



Aku bangun pukul 12 tengahari. Check jari. Peh. Nasib baik masih coklat seperti biasa.


***


Hanya seorang dalam dunia ni buat masa sekarang aku panggil 'awak'. Dan aku bahasakan diri aku 'saya'. Begitu juga dia. Jadi, paham-pahamlah.

Peh. Ini betul punya mimpi ngeri(indah sebenarnya...).

Baru nampak dia tengah mekap. Belum aku pergi shake tangan tok kadi lagi.

" Aku terima nikah ................. dengan mas kahwinnya RM25, kredit. "


" Sah? "

" Tak sah. "




Ah dengki.

Thursday, June 17, 2010

Masa aku tingkatan 1, aku tak buat rambut belah tengah

Brader : Sani, cuba kau teka ni.

Aku : Apa dia?

Brader : Banyak-banyak lagu dalam dunia, lagu apa paling banyak dengung daripada lirik?

Aku : Entah. Lagu tebuan tanah kot.

Brader : Salah. Lagu New Boyz.


***


Pakcik aku satu hari pernah menonton tv bersama-sama. Tiba-tiba terbukak rancangan One In A Million. Tomok sedang menyanyi. Pakcik kerut muka.


Pakcik : Eh, dia ni?

Aku : Siapa?

Pakcik : Budak ni ada band kan? Yang nyanyi sengau tu kan?


Haa. See, see, see. Pakcik aku yang berumur 50 tahun pun cakap Tomok tu sengau. Inikan pula remaja seperti aku. Kehkehkeh.

Sesiapa pengundi Tomok masa One In A Million, sorry eh. Ha, kau, jangan tak mengaku.

Jika kau rasa panik, selalunya kau akan lambat

Aku bangun dari tidur. Dah lewat untuk pergi kerja. Capai tuala terus mandi gosok gigi cuci muka ejas rambut pakai sabun buat rambut ala-ala Hitler. Macam cilake muka aku buat rambut tu. Ah. Lambat. Bilas-bilas badan cepat.

Pakai baju cepat-cepat. Seluar kecik seluar besar. Sapu gel kat rambut. Buat gaya biasa. Sembur minyak wangi sikit. Lepas tu taruk ubat dekat bawah mata sikit bagi mengelak mata macam mata lebah tualang. Terus pakai stokin, capai botol air dan kunci rumah. Keluar dari bilik. Sambil tu bukak beg duit, check berapa baki duit tinggal.

Hari itu aku rasa agak tak sedap hati. Duit tinggal sikit. Sebelum keluar dari pintu besar, baru aku teringat akan kejadian tempohari di mana aku telah kena pow oleh auntie cleaner india. Ini kalau perkara ni terjadi lagi sekali hari ni memang nasib kurang baik. Jadi, aku mesti berhati-hati hari ni.

Aku bukak slow-slow pintu rumah. Bukak sikit-sikit. Mana tau auntie tu tengah menyapu depan pintu rumah aku pulak kang. Tak ke malang?

PANGGG!!!

Kuss semangat. Kucing kelabu betul-betul duduk depan pintu rumah. Dia terkejut, aku lagi la terkejut. Bungi 'pang' tadi tu bunyi aku hempas pintu sebab panik. Buat terkejut aku je kucing ni. Lancang kuning betul!

Aku buka balik pintu. Line clear. Kelibat auntie cleaner takde. Cepat-cepat aku keluar dari rumah. Kunci pintu dan jalan cepat-cepat turun dari tingkat 2 menuju ke bawah menggunakan tangga. Sambil tu mata liar mana tahu auntie cleaner muncul tiba-tiba.

Okay. Selamat. Sampai dekat motor. Aku nampak auntie cleaner di blok sebelah. Dia tak perasan aku. Cepat-cepat aku keluarkan kunci motor dan terus start motor.

Tiba-tiba rasa tak sedap hati. Aku pandang bawah.



Ini apahal pulak aku pergi opis pakai selipar Croc ni? Sependa betul la!

Wednesday, June 16, 2010

Ambik tag ni lepas tu tepek dekat dahi kau orang satu-satu

Aku telah di-tag! Wah. Macam bodoh dia punya rasa.

Soalannya berbunyi begini.

Jawab 8 soalan di bawah secara jujur dan saksama. Lepas tu tag pula 8 rakan anda yang lain.

1. Pakai handphone jenama apa? Line apa?
2. Ringtone anda lagu apa?
3. Apakah nama gelaran paling unik untuk senarai phonebook anda?
4. Siapa last sekali call anda dan anda call?
5. Apakah SMS terakhir yang anda terima dan dari siapa?
6. Apakah SMS terakhir yang anda hantar dan kepada siapa?
7. Apakah SMS yang paling last sekali dalam inbox SMS anda?
8. Apakah SMS yang paling last sekali dalam outbox SMS anda?



Jawapan :

1. Pakai handphone jenama apa? Line apa?
Aku ada 2 handphone. Sony Ericsson W705i dan W320i. Pakai line Celcom dan Digi. Kalau ada line kabel bawah tanah memang aku pakai.

2. Ringtone anda lagu apa?
Satu handphone lagu My Fafourite Game-The Cardigans. Lagi satu lagu You Look Wonderful Tonight-Eric Clapton. Ada jugak aku set special ringtone untuk teman-teman istimewa<---wah macam iklan Celcom. Lagu Aku Masih Di Sini-Mael XPDC, I Dont Wanna Talk About It-Rod Steward dan Jika Aku Tak Bangun Esok Pagi-Yusri. Celaka. Dah kantoi. Sah-sah letak dekat nombor makwe.

3. Apakah nama gelaran paling unik untuk senarai phonebook anda?
Shah K***k. Ratu Air Mata. Penghulu Maki. Dan tak lupa Si Bengong. Nama-nama sebenar adalah dirahsiakan bagi mengelak saman-menyaman. Lisa Surihani punya takde. Tomok lagi la takde.

4. Siapa last sekali call anda dan anda call?
Last sekali call aku adalah S*****ah. Ni rahsia. Borak hal-hal remaja masakini seperti pemanasan global, pembentukan bimasakti, kenaikan indeks ekonomi Dow Jones dan kesan politik di Great Britain. Weh, borak dengan makwe kalau macam tu, sah kau kena tinggal la! Fikir sendiri. Malas bagitau.

Dan last sekali aku call adalah pejabat Astro. Nak mengurat sama itu makwe operator Astro. Weh bodoh. Mesti la pasal hutang Astro! Aku nama je ada Astro, tapi orang lain yang bersilang panggung tengok hari-hari tu apahal?!

5. Apakah SMS terakhir yang anda terima dan dari siapa?
Ape? relax la, saje nak tengok awak sayang saya ke tak...hehehe... Dari siapa? Rahsia. Bukan kekasih. Klue dia ada kat atas.

Handphone lagi satu SMS berbunyi, Macam sial! Dari Keril. No komen. Tanya Keril sendiri. Hehehe.

6. Apakah SMS terakhir yang anda hantar dan kepada siapa?
Sebab tak naik motor lagi. Okay, sekarang dah naik. Lariiiiikkkk!!! Kepada rahsia. Makwe. SMS semua jenis takde motif.

Handphone lagi satu, agak pelik sikit. Efisyen. Dey mana tangki kilometer teylalam. This is great for my engine orang kata... Okay. Kepada sesiapa yang tak paham, sila tanya Keril. Aku SMS dekat dia menda ni. Aku baca pun boleh gelak balik. Sendiri pun tarak paham la dey! Hahaha.

7. Apakah SMS yang paling last sekali dalam inbox SMS anda?
Aku ni jenis malas nak kosongkan inbox SMS. Kalau check baru perasan dah bertahun duduk dalam inbox pun ada.

SMS dari Vee Sabrina berbunyi begini, Haha, pig betul. Kau tau Taman Pokok Mangga? Masuk taman tu straight sampai ada warung belah kiri, masuk lorong kiri tu and straight lagi sampai ada guard house belah kanan. Rumah tu depan sikit dari situ, tapi kau tunggu jela kat situ noks. Nanti aku jalan kaki sana. Boleh tak? Bukan main panjang dia punya SMS. Ni masa aku kat Melaka aritu. Nak jemput Vee pergi berpeleseran bersama Keril dan Safar sementara aku ada kereta time tu.

Handphone lagi satu, SMS berbunyi, Did U falling in love with me? I mean, for this time? Pehh....Sumpah lucah. Rahsia.

8. Apakah SMS yang paling last sekali dalam outbox SMS anda?
I tak suke mandi kena cakar ketam. Kelakar gile dia punya rasa. Macam bodoh je ayat. Aku hantar kepada rahsia.

Handphone lagi satu, Dah agak dah, dorang tu memang takleh bawak majlis. Kalau pegi memekik tak ingat maghrib, pegi shuffle, ajakkan dorang. Hidup nyawa masing-masing. SMS ni aku tujukan kepada sepupu aku, Haikal. Beliau berjanji untuk bawakkan beberapa orang rakan untuk membantu basuh pinggan rumah sepupu aku yang kawin dekat Melaka hari tu. Tapi haram, kawan lebih cenderung kepada tidur.



Okay, dah. Sekarang, aku tag sama Keril, Cikzuzu, Leia, Syeida, teksi kuning dan sesiapa yang rasa-rasa telah terbaca ini entry. Malas aku nak cari link korang satu-satu. Line internet macam kena kencing manis ni apahal? Slow gile.

Ambik tag ni sorang satu. Lepas tu main jauh-jauh.

Tuesday, June 15, 2010

Kerajaan

Weh, kenapa bila orang cakap dia kerja kerajaan, mesti aku terbayang dia mesti bawak Pajero? Abis, yang bawak EX5 tu mana kau nak letak?

Stereotaip sungguh.

Peristiwa paling dekat aku dengan zaman kanak-kanak

Petang tadi, aku pergi Old Town. Pergi minum-minum sikit. Perut dah lapar. Lama dah aku tak jejak Old Town Cyberjaya ni.

Aku order mee je. Tang air aku ada masalah. Muak pula asik-asik datang Old Town minum float. Jadi, di list menu aku ternampak satu air yang agak mempersonakan apabila disebut dengan mulut. Spirulina. Rasa ringan je lidah sebut spirulina tu. Mesti sedap.

5 minit kendian, sampai la mee dengan air spirulina. Warna hijau air tu. Macam air tebu kot rasanya. Ni first time aku minum ini benda spirulina. Memang aku kenal spirulina ni dah lama. Masa aku kecik-kecik dulu selalu masuk tv itu tajuk. Macam sedap gila orang dalam tv tu minum.

Ambil straw, kasi sedut itu air.

Aku diam.

Muka macam kumbang.



Pergghh...

Serupa itu gampang dia punya rasa noks! Itulah the first and the last aku minum itu spirulina(wah, cakap orang putih kau celaka?). Rasa rumput lagi best kau!

*Aku pernah makan rumput masa kecik-kecik masa main masak-masak. " Abang, makan la lauk kari daging ni...Sedap tau ayang masak~"

Rumput+tanah liat=kari daging.

Macam haram!

Monday, June 14, 2010

Kalau padi katakan padi

Aku mengalami tekanan darah tinggi. Kepala sakit gila. Mungkin terkejut dari tidur tiba-tiba. Lepas tu terus pergi kerja dengan muka labah-labah. Macam bodoh dia punya rasa.

Kerja sampai malam. Kena buat OT. Dah la sakit kepala. Letak kepala atas meja opis. Sambil layan lagu Sheila Majid. Ini kalau sesiapa tegur aku memang kena libas senang-senang je.



Tiba-tiba, handphone berbunyi. Kawan serumah telefon.


Kawan : Hello, Sani!

Aku : Ha, ape?

Kawan : Kunci bilik kau mana? Tolong bukak! Cepat!

Aku : Kenapa? Ada kecemasan ke?

Kawan : Aku nak tengok tv la! Arjuna dah start dah ni! Cepat!



Aku terus tekan off. 4 ekor semut hitam di atas meja menjadi mangsa amukan aku malam itu. 2 ekor lagi cedera parah. Aku sorok mayat mereka dalam bonet.

Entry jangan tak ada

Awek : Awak dah makan malam?

Aku : Dah.

Awek : Makan ape?

Aku : Makan asam kulit limau.


Tu je untuk hari ini. Terima kasih kepada siapa yang membaca dan mendesak aku untuk update entry.

Aku sakit kepala. Darah tinggi naik lagi. Jumpa esok.





Gambar hiasan untuk cuci mata.

Friday, June 11, 2010

Menimbang bola

Aku dan kawan-kawan minum di kedai mamak pukul 4 pagi semalam. Terpandang 1 banner yang agak besar di tengah kedai tersebut. Beserta beberapa kotak hadiah yang besar-besar budak di atas sebuah meja. Banyak jugak hadiahnya. Siling penuh dengan belon dan riben.

Banner itu berkata,




Pertandingan Menimbang Bola Sempena Piala Dunia Afrika Selatan 2010.

Tarikh : 11 Jun 2010
Masa : 7.00-9.30pm

Bersama-sama memeriahkan kejohanan bola sepak terbesar dunia bersama kami.
Hadiah lumayan menanti pelanggan!






Seorang pekerja kedai datang ke meja kami untuk mengambil order.

Mamat itu berkata,

" Bang, esok datang la sini ye. Ada pertandingan menimbang bola. " katanya sambil sedia untuk tulis order.


Rizal yang baru perasan banner tersebut buat-buat teruja. Dia menoleh kepada aku.

Rizal : Sani, kau terer kan timbang bola?

Aku : Terer. Terer sangat.

Rizal : Catatan kau timbang bola yang terbaik berapa?


Aku pandang ke mamat ambil order yang dari tadi memerhatikan kami penuh minat. Mungkin dia tak percaya dengan keadaan fizikal kami yang agak sumo ni mempunyai skil menimbang bola yang terpuji.


" Catatan terbaik aku pernah timbang bola pernah cecah 35 kilogram. Weh, dacing disediakan ke atau kita kena bawak sendiri? " kata aku ke mamat ambil order.




" Minum apa bang? "

" Teh 3 layer satu. "


***

Siapa yang pandai-pandai guna ayat 'menimbang bola' ni? Bagitau aku, biar aku jek perut dia sebelum Rais Yatim dapat tau.

Pengalaman aku dan auntie cleaner yang tidak menepati janji

Aku turun tangga. Aku menuju ke motor. Start enjin. Rasa lain macam. Pandang bawah. Damn! Tayar motor pancit.

Cilake. Aku turun. Belek tayar belakang tersebut. Mana tahu ada paku pulak. Pelan-pelan aku pusing tayar, cari samaada ada paku atau khazanah lain yang membuat onar dekat tayar motor aku.

Auntie cleaner india tengah cakap dengan handphone kira-kira 10 meter dari aku. Pung pang pung pang dia punya cakap. Sah cakap dengan laki.

Aku teruskan misi mencari paku dekat tayar. Ini kalau aku dapat itu paku, memang aku terajang rusuk dia. Maksud aku, rusuk paku, bukan rusuk auntie cleaner.

Pusing tayar slow-slow. Hati makin panas. Cuaca pun tak sepanas hati aku.


Tiba-tiba, auntie cleaner lalu belakang aku,

" Adey, ada RM10 tak? Kasi auntie pinjam..."


Aku tolak motor kasi jatuh, aku capai besi paip yang melekat dekat dinding, aku bengkokkan paip itu sampai jadi macam huruf U, aku ambik side jauh sikit. Lari laju-laju ke arah auntie cleaner, dan terus melayangkan batang paip tersebut tepat ke tulang belakang auntie cleaner. Auntie cleaner menggelupur. Aku terus pandang ke langit, dan terbang menuju ke planet marikh bagi mengelak dikejar Interpol.

*Perenggan terakhir hanya rekaan semata-mata.



***

Itu hari, dia dah pow aku RM2, dia cakap nak bayar, sampai la ni tak ganti balik. Takpe la. Aku bagi je. Tak banyak.

Hari ni dia pow RM10. Kalau aku bagi tadi, esok esok mungkin dia pow RM50 pulak. Wah. Tokey balak pun kurus.









" Adey, ada RM10 tak? Kasi auntie pinjam..."

Kalau auntie tu gaya ini macam, RM100 aku hulur.

Thursday, June 10, 2010

Kek cantik

Sedang aku mengangkat lauk pauk dari dapur nak ke khemah kahwin, ada 2 orang makwe sedang memotong kek pisang dalam talam besar. Majlis kahwin sepupu aku walaupun sederhana, tetap meriah.

Makwe 2 orang ini sedang berbalah mengenai cara pemotongan kek pisang yang tidak memuaskan hati. Dua kali aku lalu depan dia, tiga empat kali dia bising-bising. Mengatakan bahawa dia tidak dapat memotong kek pisang tersebut dengan cantik.

Aku hairan juga perempuan ni. Potong biasa-biasa sudah la. Tak payah la nak cantik-cantik. Masuk perut karang, serupa gampang juga bentuknya.

" Tak cantik la aku potong kek ni. Ish..." makwe pertama tadi merungut ke makwe kedua.

Makwe kedua lihat saja sambil membetulkan cara dia memotong kek berdasarkan pengalaman makwe pertama tadi yang agak tidak cantik gaya pemotongannya.

Aku tertunggu-tunggu juga kek itu habis dipotong untuk diletakkan di khemah luar. Lambat betul dia potong. Heboh tak cantik saja. Orang yang datang dekat luar tu bukan kisah pun kek potong cantik ke tak. Kalau tak cantik kek tu, bukan diorang buat aduan ke pihak majlis perbandaran pun.

" Susah la potong kek ni. Tak cantik jadinya..." makwe pertama sekali lagi merungut.


Aku sound dari jauh,

" Nak kasi cantik, pergi lilit kek tu dengan lampu kelip-kelip. Cantik la dia karang! "


Terus makwe tersebut senyap dan cepat-cepat potong kek tanpa pandang kiri kanan. Pakcik sebelah aku dah tertumpah-tumpah air sirap tahan gelak.

Wednesday, June 9, 2010

Terima kasih daun keladi

Bulan ini dan bulan depan banyak peristiwa hari jadi berlaku. Tolong bagi cadangan aku nak bagi hadiah apa dekat sorang makwe ni. Aku bab bagi hadiah ni memang tiada rekod yang membanggakan. Kalau suruh aku makan nasik, boleh la.

Bulan Julai pula, sedar tak sedar, blog aku dah berusia setahun. Bila dikenang-kenang balik, ada beberapa orang yang menjadi tulang belakang memberi semangat aku mewujudkan blog yang macam kandang kambing ni. Jika lihat senarai followers aku yang baris bawah-bawah sekali tu, sila berikan tepukan kepada dia. Tanpa dia dan mereka-mereka yang paling penting ni, takkan ada kot blog aku ni.

Izinkan aku menyebut nama-nama mereka. Cik Kanabis a.k.a Su***bah, Cik Miera, Cik Hani dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung. Hey, kamu jangan gaduh-gaduh ya. Nanti kancil tersepit di tengah-tengah. Aku tahu, ada orang yang tak suka aku menyebut sesetengah nama di atas, tapi, be positif ye. Kalau dia takde, mungkin takdir kita tak sampai sini. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Tak guna bersangka buruk. Tapi, memang aku sayang korang semua. Macam adik-adik aku jugak.

Banyak rintangan masa kewujudan blog ni setahun yang lepas. Yang berkecil hati. Yang bergaduh sesama mereka. Yang menyuruh aku melupakan 'adik-adik' aku. Oleh kerana cemburu dan sakit hati. Lupakan semua tu okay. Itu cerita lama.

Dari merangkak tulis syok sendiri, sampai dah macam-macam orang yang follow. Terima kasih kepada kamu semua. Aku kalau ada kredit lebih, memang aku telefon sorang-sorang cakap i love u.

Sekarang, aku ingat nak belikan hadiah buku fardhu ain untuk blog aku sempena hari jadi yang pertama nanti. Semoga blog aku ni menjadi blog yang soleh dan menurut kata orang tua.

Cinta

Hey lelaki seangkatan.

Orang kata, cinta perlukan pengorbanan dan kesabaran. Jika makwe kau secantik Natalie Portman sekalipun, jika tiada kesabaran, ke rumah urut juga cinta kau akan pergi.

Bodoh punya pepatah. Macam mana aku boleh mimpi pepatah ni petang tadi?

Ah, banyak sangat tengok 999 la ni kot.

Pengalaman aku ditahan makwe Iran yang seksi

Senja tadi aku keluar dari rumah untuk mencari suratkhabar. Memang tabiat aku baca suratkhabar malam-malam. Semasa melalui parking di depan sebuah fakulti, aku ternampak seorang makwe warga Iran berlegar-legar di parking kereta tersebut. Kelihatan juga sebuah kereta Kancil kira-kira 10 kaki dari lokasi makwe Iran tersebut.

Tiada siapa-siapa lagi di situ. Aku memerhatikan dari jauh makwe Iran tersebut yang kelihatan berpakaian agak seksi di mata, seksa di jiwa. Skirt pendek warna merah. Baju 2 jengkal. Dan stoking jarang warna hitam. Dekat kampung aku, kain jarang tu buat tangguk anak udang je. Dekat Iran tak musim udang kot?

Aku hanya berlalu dan terus ke kedai runcit.

10 minit berlalu. Senaskhah surat khabar Kosmo dan sekotak air jus oren.

Aku pulang melalui jalan tadi.

Sampai di simpang parking fakulti tersebut, aku sekali lagi terpandang makwe Iran itu tidak berganjak. Memerhatikan dari jauh kereta Kancil tersebut. Aku syak memang dia punya kereta berdasarkan dia memegang kunci kereta dari tadi.

Aku terus bawak motor seperti biasa. Melalui depannya.

Tiba-tiba, makwe Iran tersebut menghalang perjalanan aku. Beliau menahan aku dengan muka agak cemas. Aku dah fikir lain macam.

Aku turut cemas.

Dia lagi cemas.

Aku brek kecemasan sehingga bunyi tayar.

Lagi la dia cemas.




" Excuse me, can you put that cat down from my car? " kata makwe Iran tersebut sambil menunjuk ke keretanya.

Aku lihat ke keretanya. Seekor kucing warna kelabu sedang bersidai di atas bumbung Kancil itu.

Aku syohh sekali, kucing itu mencanak mencari tempat perlindungan.


" Thank you..."



***


Dekat negara Iran memang takde kucing eh kawan-kawan? Setahu aku, warga Iran ni dengan askar Amerika bukan main berani lagi. Dengan kucing pulak takut?

Dah tahu dekat Malaysia ni banyak 'kucing', yang pakai seksi-seksi siapa suruh.

Tuesday, June 8, 2010

Hantu itu pun mencakar aku...

Semasa aku baru nak masuk tidur malam tadi, dengan seluar pendek, telah menampakkan kesan-kesan calar di kaki yang agak tragik.

Rakan serumah semasa menjenguk aku dalam bilik, terperasan dengan keadaan kaki aku yang calar balar.


" Sani, kenapa kaki kau? " soalnya.

" Kena cakar hantu..."

" Wah, betul ke? Ishh..." jawabnya dengan muka terkejut sambil datang dekat dan membelek kesan calar tersebut.

Aku tahan gelak. Sehingga betul-betul dia keluar dari bilik.


Dan aku terus ambil bantal lalu gelak bawah bantal selama 10 minit. Basah bantal itu. Sampai terlelap aku gelak bawah bantal.



Pagi ini, dia masih percaya aku dicakar hantu. Bodoh betul. Tu sebab jangan banyak sangat tengok drama Jidin.

Monday, June 7, 2010

Pengalaman aku digigit lintah

Semalam masa dekat kampung, aku pergi mandi sungai. Dari pukul 10 pagi bawa ke 4 petang. Kejadah apa mandi sungai sampai berjam-jam tu? (Mandi sampai lebam kau Sani?) Itu semua taktik nak tenangkan fikiran. Korang mana tau.

Selama tempoh mandi sungai tersebut, aku telah diserang 2 ekor lintah yang agak tidak besar. Besar jari kelinking. Satu dia gigit dekat kaki. Dan satu lagi di siku. Bodoh punya lintah. Gigit la bahagian yang bijak sikit. Otak ke, bibir ke, kening ke.

Oleh kerana aku tidak takut dengan haiwan naif bernama lintah ni, aku dengan selamba telah mencampakkan lintah tersebut di tengah jalan tar panas.

Orang tua-tua cakap, nak bunuh lintah ni senang je. Letakkan garam. Bagi mati. Bagi lintah tu kena darah tinggi barangkali.

Tapi, itu jika lintah tu gigit dekat bahagian badan yang mudah dicapai. Kalau dibuatnya lintah tu gigit dekat dalam buntut? Satu hal pulak nak masukkan garam dalam buntut. Pedih kot.

Weh. Tak senonoh betul.


***

Aku rasa, badan aku yang rasa lain macam ni mungkin ada kena mengena akibat digigit lintah semalam. Gatal-gatal. Kaki rasa lemah. Badan rasa sengal-sengal. Dari kecik aku kena gigit lintah beratus-ratus ekor, tak pernah pulak rasa macam ni.

Aku harap, aku tak menjelma jadi superhero seperti cerita-cerita klise barat. Mana lah tau, aku menjelma jadi Lintahman pulak. Dah la nama lucah. Satu hal pulak nak reka kostum. Merepek betul. Korang ada idea kostum Lintahman macam mana rupa dia?

Gerakan finishing dia aku dah terfikir nak letak nama 'Sedutan Maut'.

Ini kalau RTM dengar, boleh kena gam. Baik aku diam bagi mengelak insiden saman-menyaman di kemudian hari.

Hilang fokus dan BMW

Bermula hari ini, aku rasa agak moody. Cepat marah. Cepat terkuit. Cepat cemburu. Cepat sakit hati. Seorang student MMU hari ni dah kena maki dengan aku. Minta maaf ye bro. Tapi padan muka lu.

Kepada siapa-siapa yang call dan sms aku semalam, nada aku agak berlainan. Aku cepat hilang fokus. Cepat sangat merepek. Cakap bukan-bukan. Lepas tu cepat kecik hati. Macam budak-budak.

Hari ini pula. Badan aku rasa sengal-sengal. Aku bangun dari tidur, aku lihat kaki dan tangan tidak berada dalam kondisi yang sempurna. Tangan dan kaki penuh kesan calar. Aku ingat nak kasi korang tengok keadaan kaki aku, tapi, memikirkan ianya agak lucah untuk dilihat, baik korang sendiri bayangkan. Calar-calar penuh dari betis bawa ke peha. Tangan pun sama. Macam baru lepas kena cakar dek langsuir. Muka aku pulak ramai yang tegur agak merah.

Lepas tu, tapak kaki yang aku beritahu korang tadi, telah terbelah sepanjang 2 inci. Aku belek-belek tempat yang cedera tadi, makin luas pula luka tu. Aku dah sapu pinisillin. Harap ianya berkesan. Lebih berkesan dari sticker Mydin.

Badan aku menggigil. Mata pula macam lari-lari pandangannya. Tak fokus satu tempat. Cakap dengan orang pulak kurang yakin. Badan sakit-sakit. Jalan pun macam bersepah semacam.

Pasti kau orang nak tahu apa yang terjadi kan? Tapi, aku tak mahu bagi tahu.

Aku merajuk.


***

Aku mahu sendirian malam ini. Handphone dua-dua bijik kasi off. Dan mahu merenung bintang sendirian.



*Aku bawak motor tadi pun hilang fokus. Nyaris-nyaris aku nak sodok belakang BMW 3 Series tadi. Celaka. Manjang nak eksiden je, mesti aku akan jumpa kereta mahal-mahal. Lain kali, kalau aku hilang fokus, aku nak follow belakang Toyota KE20, tak pun Datsun 120Y.

Mydin. Kau pengubat luka.

Minggu lepas, aku rasa, akulah manusia paling bahagia. Bermula minggu ini, aku rasa, aku manusia paling membosankan dan hilang pedoman. Benar orang cakap, bergembiralah selagi ada bahagia. Kerana esok belum pasti. Wah, entah siapa cakap entah. Tu aku yang reka sendiri.


Tapak kaki aku terkoyak. Besar jugak. Nak 2 inci. Bayangkan. 2 inci lubang memanjang dekat tapak kaki. Sakit gile. Nak jalan pun tak boleh. Nasib baik makan nasik boleh.

Aku mengadu dekat wan.

" Kau sapu la luko tu dongan mayodin..."

Mayodin?

Aku mendapat satu akal. Aku terpandang plastik beras yang ada sticker.

Aku menampal sticker itu ke luka.

" Wan, macam ni eh? " kata aku sambil tunjukkan kepada wan.


DUSHH!!!


Wan mengetuk tengah belakang menggunakan senduk.

" Den suruh sapu yang ubat kuning tu! Yang kau tampal ni buek apo??"



Sticker itu berkata, 'PAID MYDIN, PAID MYDIN'


***

Wan aku kira pandai la sebut benda-benda moden ni. Wan korang macam mana?

Friday, June 4, 2010

Jatuh

Pagi tadi aku jatuh dekat bilik air. Biasa la, mengantuk. Tak sangka pulak aku jatuh bilik air ni tak best. Tak macam jatuh cinta. Kalau tak, boleh aku jatuh banyak kali. Adeh...

Thursday, June 3, 2010

Malam Jumaat yang true

Okay. Esok aku cuti. Nak balik kampung.

Malam ini malam Jumaat. Oleh kerana aku bujang, malam ini adalah malam yang sama seperti malam-malam biasa. Bosan.

Takkan aku nak ajak Lisa Surihani keluar berpeleseran dekat Mid Valley pulak. Tak manis pula orang kampung tengok.

Sejenak Piala Dunia

Sudah agak 2 minggu juga liga-liga utama bolasepak dunia telah melabuhkan tirainya. Malah ada juga mengikut langkah Malaysia, menangguhkan liga bola sepak utama demi memberi laluan kepada kehangatan Piala Dunia di Afrika Selatan minggu depan.

Yang mana pemain bola sepak Malaysia yang menjadikan bola sepak sebagai kerjaya kedua, boleh menumpukan sepenuhnya pada kerja-kerja utama mereka seperti bekerja kerajaan, kerani makan gaji, penternak lintah, kahwin di Siam, turun naik mahkamah dan mengurat artis. Ada juga yang sama parah nak warna rambut mengalahkan dia nak wakil England.

Ramai peminat bola sepak menunggu sepak mula kejohanan bola sepak utama dunia ini. Yang wanita sibuk-sibuk tunggu penampilan pemain-pemain yang muka agak kacak untuk dijadikan teman mimpi di malam hari. Poster juga laris untuk ditampal di belakang pintu bilik. Time ni, Zaquan Adha dah hilang dari ingatan. Khalid Jamlus sudah lama dilupakan. Amri Yahyah pun begitu, sudah dilupakan. Yang ada dalam fikiran hanya Cristiano Ronaldo. Frank Lampard. Steven Gerrard. Sergio Aguero. Dan ada juga taste berat ke Frank Ribery dan Didier Drogba malah tidak keterlaluan Fabio Capello.

Pendek kata, kemeriahan Piala Dunia ini memang klise dengan episod yang hampir sama setiap empat tahun.



Sehinggalah ada seorang mamat ni sound dekat aku semalam,

" Malam ni Liverpool game pukul berapa eh? "


Aku dah lama syak benda ni. Penyokong Liverpool memang lebih suka bergaya. Sukakan warna merah semata-mata. Shuffle bukan?

Gliazzurri...Forza!!!



Aku tahu, aku tak setegas Pierluigi Collina.













Aku tidak se-charming Pierluigi Collina.












Tapi ingat!!!










Aku ada rambut yang lebih ganas dari Pierluigi Collina tau!





***


Sejenak Piala Dunia 2010.


FORZA ITALIA!


Oh ya, aku sudah beli jersi Itali minggu lepas. Walaupun sekarang ini ramai yang tidak yakin dengan kemampuan Itali sejak zaman kegemilangan Roberto Baggio, tapi, siapa sangka, bola sepak Itali yang pernah bergolak akibat skandal rasuah sehingga penyingkiran Juventus ke divisyen liga bawahan pada tahun 2005, mereka mampu juga menjuarai World Cup 2006 di Jerman. Zaman Roberto Baggio pun, Itali tak menang World Cup beb.

Mula-mula, aku mahu beli jersi Spain, tapi oleh kerana design jersi tersebut ditambah dengan warna merah, aku memang tak suka, aku batalkan hasrat tersebut. Jersi Belanda pulak, ringkas sangat. Cari jersi New Zealand, takde pulak.

Okay, sekarang, dalam almari aku ada banyak koleksi jersi bola sepak.

Jersi Itali.

Jersi Malaysia.

Jersi Manchester United.

Jersi Chelsea.

Jersi UPM.

Jersi Hari Keluarga UKM.


Aku sudah ada jersi dan pasukan kesukaan. Anda bila lagi?


* Oh ya. Aku tag sesiapa saja yang baca entry ini. Tulis berkenaan pasukan kesukaan. Boleh?

Wednesday, June 2, 2010

Hari ini penuh puisi

Berkawan dengan rakan yang lebih tua memang agak komedi aku rasa. Oleh kerana cara percakapan dan pergaulan aku dengan mereka agak berbeza dan pelik, ini membuatkan Rizal kadang-kadang ingin meniru gaya percakapan aku. Jika siapa mengenal aku, ramai akan cakap, kenapa aku suka cakap benda merepek.


Semalam, aku dan Rizal SMS.

Rizal : Bro, aku dengar lu nak pergi karaoke ini malam?

Aku : Erm, tengok la karang, kalau rajin turun sana. Lu kat mane?

Rizal : Ada angin yang bertiup kencang tadi ni baru lepas hujan. Lepas pukul 12 murah sikit karaoke. Gua dekat Puchong ni.



Okay, siapa-siapa faham apa Rizal cakap pada perenggan akhir tu? 'Ada angin yang bertiup kencang tadi ni baru lepas hujan'.

Agak metafora.

Aku syak, dia cuba berpantun.

Okay, pembaca sekalian, sila tepuk tangan untuk Rizal.

Tuesday, June 1, 2010

Kami the series #3 - Episod akhir

Dalam bas, aku dan Hafis duduk diam-diam di belakang. Sedikit gangster pun tiada dalam air muka kami. Hafis sedikit tenang walaupun tadi dia nak nangis. Aku lebih risaukan keadaan baju yang kotor. Kekotoran aiskrim coklat dan tanah merah memang bakal membuatkan mak aku mengamuk kejap lagi.

Hafis yang duduk di tepi tingkap memandang aku.

" Kotor baju kau. Bau pulak macam tapir." kata Hafis.

Masa bila entah si Hafis ni pernah bau tapir pun aku tak tau la. Nak cakap selalu pergi ke zoo, takde pulak. Malah, mak Hafis pernah berkata, yang Hafis ni lemah semangat. Tak boleh tengok binatang pelik-pelik, mulalah malam karang nak mengigau, lepas tu kencing malam.

Aku hanya sengih.

Lagi beberapa minit, bas akan memasuki taman perumahan kami. Rumah Hafis hanya selang beberapa baris dari rumah aku. Jadi, tempat uncle bas turunkan kami adalah tempat yang sama di satu simpang tiga berhampiran rumah Hafis. Perlu menapak sikit.

" Kau ingat, mak aku marah tak baju aku kotor ni? " tanya aku kepada Hafis.

" Ala, kau suruh la dio basuh. Sikit yo tu. " jawab Hafis.

Aku sedikit lega. Dahi yang cedera akibat jatuh tersadung ke tanah tadi aku lap dengan kertas. Doktor mana ajar entah luka lap dengan kertas. Kalau petua muka jerawat kasi kesat dengan kertas pasir pernah la aku dengar. Walaupun merepek.

Uncle bas menurunkan kami di tempat biasa. Cuaca panas hari itu mungkin tidak seburuk tahap panas hati mak aku jika melihat kekotoran degil pada baju aku. Dah la baju sekolah hanya dua helai. Tak nak pula sistem sekolah di Malaysia ni diubah kepada tidak memakai uniform seperti cerita orang putih yang ditunjuk dalam tv tu. Bebas je pakai apa. Lepas tu, siap pergi sekolah bawak skateboard. Macam gampang. Aku dah terbayang keseronokan jika sistem persekolahan Malaysia seperti itu. Memang aku pergi sekolah pakai seluar pendek, lepas tu pakai baju Doraemon, jam tangan Boy London, dengan selipar jepun warna biru laut. Peh. Cool gila.


Aku menapak ke rumah dengan perasaan berat hati.

" Assalamualaikum~ " sejurus masuk ke rumah.

" Waalaikumsalam..." suara emak di ruang tamu.

Aku terus menonong masuk ke bilik dengan harapan mak tidak nampak kekotoran di baju aku.


" Hairus! Kenapa baju kau tu? " tempik emak.


Cis. Nampak pulak dia. Aku berhenti betul-betul di pintu bilik. Mak sedang menonton tv sambil melipat kain.


" Cuba tengok baju kau tu. Kau main tanah eh?! " dengan nada marah mak bertanya.

" Erm. Jatuh. " jawab aku risau-risau.

" Sini kau. Tengok tu, penuh satu baju kau dengan tanah merah. Dah la baju putih! Siapa nak basuh ni? Orang suruh pergi sekolah, bukan main tanah! "

Aku senyap.

Mak dah pegang tali pinggang. Aku berdebar gila.


Sebelum mak menuju ke arah aku, aku pun berkata kepadanya,

" Mak... "

" Apa dia? " jawab mak dengan garang.


" Erm...pakaian yang kotor, boleh dicuci. Tapi, hati yang suci, sukar dicari..."
jawab aku.




...TAMAT...




***



Ah. Aku tak reti nak abiskan cerita ni macam mana. Takde idea. Terpaksa aku tamatkan cerita ni dengan agak tragis.

Semoga terkena.