Friday, October 11, 2013

Anak tupai

Semalam, keluar dari opis cuaca macam nak hujan. Aku pecut moto laju-laju masa keluar dari simpang opis. Dalam kelajuan yang power, tiba-tiba seekor anak tupai berlari melintas jalan betul-betul di depan aku. Punyalah terkejut sampai aku menjerit 'woww'. Anak tupai itu tiada tanda mahu berhenti. Tapi oleh kerana teringatkan anak tupai itu tiada brek disk, maka aku pun brek dengan kadar yang agak kecemasan. Jarang aku buat brek kecemasan ni. Last aku buat masa aku jatuh parit dengan moto arwah atuk masa pegi kebun. Bukan salah aku pun masa tu, tapi moto arwah atuk aku dulu brek pakai selipar je seret ke tanah. Berbalik kepada anak tupai tu, lagi satu hun sahaja tayar depan aku nak gelek tulang belakangnya. Mujur.

Aku sempat memberi nasihat yang bernas kepada anak tupai tersebut,

"Pandang kiri kanan sebelum melintas, sayang..."

"Okey..." jawab anak tupai merdu.

Ibu tupai kemudian berkata kepadaku, "Minta maaf encik, saya yang cuai..."

Aku balas, " Hati-hati..."

Dan korang pun baca bersungguh-sungguh.