Monday, December 8, 2014

Selamat Ulang Tahun



Kau sentiasa putih seperti susu,
Kau sentiasa lembut seperti kapas,
Kau sentiasa indah seperti pelangi,
Kau sentiasa nyaman seperti angin malam...

Selamat ulang tahun diri yang ke-24, cinta.


Tuesday, November 25, 2014

Sim card

"Abang, belikan Nia sim card baru...boleh?"

"Mana pergi sim card lama?"

"Henpon hilang..."


Kali kedua hilang. Masuk kali ketiga, pakai public phone.

Wednesday, November 19, 2014

Kahwin - Tips menjawab untuk bujang terlajak

Salah seorang staf MMU menghantar kad jemputan kahwinnya di opis. Bos buka kad dan membaca lebih kurang. Tiba-tiba bos tanya dekat aku,

"Sani, orang lain dah kawin dah ha...kau bila lagi?"

Aku balas dengan tenang;

"Itu kan rahsia Tuhan. Kenapa kita nak sibuk?"




*bunyi cengkerik*



Thursday, October 30, 2014

Siri Bercakap Dengan Makwe - Cubaan Kali Kedua




Beberapa bulan lepas ada tanya dia. Kali ni pun cuba nasib tanya lagi sekali, mana tahu dia setuju.


"Sayang, boleh la kita beli Land Rover ni...cun lagi ni..."

"Tak nak lah..."

"Kalau Nia tak mahu naik pun takpe, biar abang bawak sorang-sorang..."

"Nia cakap tak nak, tak nak la... Kenapa suka benda pelik-pelik? Beli kereta biasa-biasa je tak boleh ke? Kenapa suka sangat kereta 'cameron highland' tu!"

"Bukan pelik, unik."

"Kalau abang nak jugak, jangan jumpa Nia lagi dah...jangan cakap ngan Nia lagi..."

"Ok..."



2 minit selepas itu...


"Sayang abang tak?"

"Mestilah sayang..."


 ***

Siapa cakap mainstream dengan underground tak boleh hidup sama?

Thursday, October 16, 2014

Makwe 'Rare', Makwe 'Tak Rare'



"Sayang, tolong masakkan untuk abang boleh?"

"Masak apa?"

"Masak lemak cili padi..."

"Emm...tak reti..."

"Masak kari boleh, masak lemak cili padi lagi la senang..."

"Ok, nanti Nia try..."

"Suruh mummy ajar...senang je...nak kawin orang Negeri Sembilan kena la pandai masak lemak cili padi."


***


Cuba tanya lelaki-lelaki bujang yang ada angan-angan mendirikan rumah tangga di luar sana, kalau buka fesbuk tengok gambar makwe ramai-ramai, mereka lebih tertarik dengan gambar makwe masak makanan sedap-sedap, atau gambar makwe tengah potong ikan, atau gambar makwe tengah buat cekodok, atau gambar makwe tolong mak di dapur, sekurang-kurangnya. Bukan gambar makwe selfie muka senget mulut ikan sepat. Itu dekat google pun banyak!

Salah satu aku tertarik dekat Cik Nora ialah dia cepat belajar. Dulu tak reti masak kari, sekarang sedap sangat karinya. Dulu tak reti sangat cakap melayu, sekarang asik membebel je cakap melayu kat aku. Hehehe...

Engkaulah yang kini mekar dalam diriku yang melankolia... :)

Thursday, October 2, 2014

Seringkali - Dating





Minggu lepas, keluar dengan Cik Nora, tiba-tiba termenyanyi lagu ni. Dia duduk sebelah senyap sampai aku habis nyanyi.

Orang kata, kalau senyap tu tandanya sedap. Orang cakap la, bukan aku cakap.

Friday, September 26, 2014

Hari Jadi Lagi


"Sayang, hadiah besday abang tak payah susah-susah. Down payment Proton Iriz je, ok...?"

"Abang, pegi jual bulu dulu..."


***

Terima kasih semua atas ucapan Hari Lahir aku yang ke-20++. Tiga bijik kek tak habis aku makan.



Dan thanks sayang atas ucapan manis di bawah. Bak kata pepatah orang puteh, Keep calm and I love you...

Thursday, September 25, 2014

UcApAN bIrThDaY DiSuBuH hARi

Untukmu yang jauh dimata, tapi selalu dihati....
Selamat hari lahir dan Selamat pagi...

Aku diam tak bermakna aku tak rindu...
Kau dan aku bagaikan matahari dan bulan
walau berjauhan, tapi saling memerlukan...

Jika Allah takdirkan satu nama dalam hidupku, sesungguhnya aku ingin namamu yang terakhir untukku..
Kerana sesungguhnya dirimu yang ku cari dalam hidupku. Bukan kerana siapa dirimu, tapi kerana HATIKU YANG MEMILIHMU...
Semoga Cintaku memiliki hatimu selamanya...

Terima kasih abg...terima kasih segalanya...

"SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRANMU  ABG ALEX SANI"

"HAPPY BIRTHDAY 2 U"

"I WILL WALK WITH YOU FOREVER"

-N-




Tuesday, April 29, 2014

Slipped Gerrard


Dah lama tak buat lawak bola.

#StevenGerrard #SlippedGerrard #YoullNeverSlippedAlone #YNWA

Tuesday, April 1, 2014

Belasungkawa


"Wan, ikan talapia ni buek masak lomak cili api eh...jangan bagi orang lain masak."

"Besok wan dah takdo, sapo nak masak 'an untuk kau?"


Aku rasa itulah saat di mana aku dicinta dengan cara yang paling halus. Sampai bila-bila.



***


Ku berdoa agar dikau aman bertemuNya.


Hajjah Zaharah Bte Long
1935 - 2014



AMIN

Thursday, March 27, 2014

DOA

Ya Allah...
Jika suatu saat aku KEHILANGAN
Harapan dan tujuanku...
Berikanlah aku KEYAKINAN bahawa
TAKDIRMU adalah LEBIH BAIK daripada
apa yang aku inginkan dan impikan.

Kau damaikan hatiku untuk MENERIMA
TAKDIRMU kerana aku YAKIN dan PERCAYA
perancangan MU yg terbaik dan TERINDAH
untuk diriku...AMIN...<3 p="">

-N-

SABAR DAN REDHA...

Ada perkara yang tidak mahu ianya berlaku,
tetapi kita terpaksa menerimanya...
Ada perkara yang kita tidak mahu tahu,
Tetapi kita terpaksa mempelajarinya...
Ada wajah yang kita tidak mahu berpisah denganya,
Tetapi kita terpaksa melepaskannya...

Siapa kita untuk menentang takdirNYA...
Jika ke 'terpaksaan' itu dapat melatih dan
mengajar kita tentang REDHA, maka laluilah
Ia walaupun TERPAKSA...

Tarikh 26.03.2014...adalah tarikh yang tak akan kami lupakan sampai bila2...
Saat RINDU ini memuncak hanya AIRMATA yang mampu BICARA dan DOA yang mampu DIBERI...

Al-fatihah buat arwah wan (nenek) yang telah pergi buat selama-lamanya....moga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....amin....

-N-

Tuesday, March 25, 2014

Bersabarlah, MH370




Tuhan masih mahu 'pegang' MH370,
Tuhan tidak pernah mengkhabarkan rahsiaNya yang satu itu,
Melihat umatNya yang susah berkata redha.

Kemahuan ini tak semua kita boleh dapat.
Kalau semua kemahuan kita dapat,
dunia ini tidak dipanggil dunia,
tetapi syurga.


#PrayForMH370

Monday, March 10, 2014

Doa Untuk MH370




Allah 'pegang' dulu MH370,
supaya umatNya terus berdoa,
supaya umatNya bersatu,
supaya umatNya mengakui kebesaranNya.
Tidak ada daya sehebat dayaNya

Teruskan berdoa.

In-Sya-Allah



#PrayForMH370

Wednesday, March 5, 2014

Telur belangkas

Satu hari, Cik Nora ada bertanya,

"Abang, belangkas tu apa?"

"Belangkas tu haiwan laut, seafood. Telur dia sedap. Kat pantai kat Tanjung Karang kan banyak."

Sambil tu aku google gambar belangkas dan tunjukkan rupa dia.

"Eee...'benda' ni boleh makan ke? Dia ada telur?"

"Yelah, boleh makan. Telur dia sedap...yang betina je ada telur."

"Betina je? Yang jantan takde telur ke?"


*Bunyi cengkerik*



Yang jantan ada telur tu manusia je sayang.

Wednesday, February 19, 2014

Hanya untukmu seorang


Di sini... bermula senyuman tercipta..
Di sini... aku mengenali kasih sayangmu...
Di sini... penuh kenangan antara kita berdua
Di sini... ku terima erti bahagia...
Di sini... hadir rindu antara kita...
Di sini... terlalu banyak kenangan bersamamu...

Sesungguhnya aku cukup bahagia adanya
Dirimu..

Terima kasih cintaku...
Terima kasih buah hatiku...

-N-


Tuesday, February 18, 2014

Pengumuman penting kepada pembaca sekalian.

Pada satu hari yang jernih dan manis, aku dating dengan Cik Nora di suatu tempat yang rahsia. Sedang masing-masing sibuk bermain henpon, tiba-tiba Cik Nora berkata kepadaku,

"Abang, Nia boring la duduk je kat rumah. Dah la jarang abang bawak Nia jalan-jalan..."

Aku berfikir sebentar untuk memberikan jawapan yang bernas.

"Okay, abang bagi password blog.en.sani, nanti Nia free, tulis la apa-apa kat situ..."

Cik Nora senyum sampai telinga.

"Tulis elok-elok, jangan pakai bahasa k-pop, abang tak suka..."

"Okay~"


***


Jadi, lepas ni blog ini akan ada 2 penulis. Sila beri tunjuk ajar kat Cik Nora. Ko tak ajar, aku karate leher sorang-sorang sampai terbit darah.

Okay, aku nak pegi makan nasik kejap.


Tuesday, January 28, 2014

Hamdan (Happy ending story)


Ada beberapa orang bertanyakan kepada aku, kenapa lama tak tulis blog. Ni aku bagi ulasan sikit berkenaan itu. Sebenarnya, kita hidup di dunia ini makin lama makin tua, bila makin tua, kita takde banyak masa untuk melakukan perkara berfaedah seperti menulis, membaca buku, berborak bersama keluarga, menonton Raja Lawak, mengundi Imam Muda, mengunjungi shopping mall dan bermain Candy Crush. Maka, setiap yang nak kita lakukan haruslah senang, cepat, mudah dan ringkas. Maka dalam hal sosial ini, yang paling kacip dengan slogan senang, cepat, mudah dan ringkas adalah menulis dan membaca fesbuk.


Okaylah. Sebenarnya, Cik Nora pun dah bising kenapa aku dah tak tulis blog. *Oh, kenapakah kau mencintai aku kerana tulisanku??* Kakaka!!!

Sebenarnya, aku takde masa. Tu je. *Semasa aku menulis perenggan ini, aku tengah interview orang mintak kerja. Dan student datang nak mintak tolong. Serius.

Okaylah, untuk mengubati kerinduan anda semua, aku ingin menulis sebuah cerita yang happy ending. Ceritanya berbunyi begini:


Pada zaman dahulu ada seorang pemuda kacak yang bernama Hamdan. Beliau mempunyai hobi mengembara dan melancong. Tidak hairanlah dalam akaun fesbuk milik Hamdan mempunyai banyak gambar-gambar pemandangan, gambar perempuan dan gambar ikan. Oleh kerana usia Hamdan hampir mencecah 40 tahun dan masih belum berkahwin, dan maknya hari-hari membebel suruh kerja malas, kahwin tak mahu, maka Hamdan nekad untuk keluar dari kampungnya untuk mengembara mencari bini.

Pada hari Hamdan mahu keluar mengembara seorang diri itu, maknya membekalkan 2 potong sandwich perisa ikan sadin dan bawang risau kalau-kalau Hamdan kelaparan di tengah jalan. Maka Hamdan pun menjawab kepada maknya, "Kalau risau lapar tengah jalan, Hamdan lalu lah tepi jalan, mak...", sebelum kuali bersaiz 20 inci hinggap di tengah belakang Hamdan. Mujur sipi.

Pepatah daripada rakan-rakan Hamdan ada berbunyi, 

Jika mahu bini pandai masak, carilah di Kelantan,
Jika mahu bini pandai jaga anak, carilah di Indonesia,
Jika mahu bini cantik, carilah di Kuala Lipis,
Jika mahu bini pandai main henpon, carilah di Kolumpo,
Jika mahu bini pandai bercinta, carilah di Selatan.

Maka Hamdan memutuskan untuk ke Selatan mencari bini yang pandai bercinta. Bagi Hamdan, cinta itu penting untuk hidup sehingga ke hari tua sungguhpun duit dalam akaun ASB takde.

Dalam perjalanan ke selatan, setelah meredah hutan dan bertembung beberapa ekor gajah dan harimau bintang, Hamdan memasuki satu negeri yang disebut Jambu Darul Takzim atau ringkasnya JDT. Penduduk JDT terdiri daripada orang melayu, cina, india dan sedikit warga Argentina. Tersebutlah kisah penduduk JDT amatlah meminati bola sepak sehingga tiap kali ada perlawanan bola sepak melibatkan pasokan mereka, maka jalan raya, shopping complex, rumah urut, kedai gambar dan sebagainya menjadi lengang ibarat pekan zombie kerana semua pergi stadium dan menonton Astro di rumah. Kebetulan ketika Hamdan datang, satu perlawanan bola sepak pasokan JDT menentang musuh tradisi mereka iaitu Tampin Wanderers FC. Maka tiadalah seorang umat pun kelihatan di pekan kecuali beberapa ekor lembu di padang sekolah.

Hamdan jadi stress, lalu Hamdan terus berjalan kaki menuju ke Kuala Lipis dan terjumpa seorang pemudi yang bernama Siti Norhalinda. Maka mereka pun sama-sama suka dan berkahwin. Bahagia sehingga ke akhir hayat.

Demikianlah cerita aku. Terima kasih.