Monday, October 28, 2013

Saat ku ucap cinta



"
Aku mencintaimu dari hujung ke hujung
baikmu telah aku senaraikan
kurangmu sudah aku tahu
saat kau balas cintaku
maafkan aku tidak pernah memegang tanganmu
memimpinmu ke seberang sana
kerana aku hanya lelaki ini
tidak mahu berbalas dusta
bercinta bukan kerana siapa,
tapi bercinta kerana aku hanya mahu
sekeping hatimu.

Akulah lelaki yang berani menanam teratai di kolam hatimu
yang sebenarnya engkau peruntukkan entah pada siapa
akulah lelaki yang tidak peduli itu
peduli hanya kepada mahuku
peduli hanya kepadamu
                                                                                                  "

Friday, October 11, 2013

Anak tupai

Semalam, keluar dari opis cuaca macam nak hujan. Aku pecut moto laju-laju masa keluar dari simpang opis. Dalam kelajuan yang power, tiba-tiba seekor anak tupai berlari melintas jalan betul-betul di depan aku. Punyalah terkejut sampai aku menjerit 'woww'. Anak tupai itu tiada tanda mahu berhenti. Tapi oleh kerana teringatkan anak tupai itu tiada brek disk, maka aku pun brek dengan kadar yang agak kecemasan. Jarang aku buat brek kecemasan ni. Last aku buat masa aku jatuh parit dengan moto arwah atuk masa pegi kebun. Bukan salah aku pun masa tu, tapi moto arwah atuk aku dulu brek pakai selipar je seret ke tanah. Berbalik kepada anak tupai tu, lagi satu hun sahaja tayar depan aku nak gelek tulang belakangnya. Mujur.

Aku sempat memberi nasihat yang bernas kepada anak tupai tersebut,

"Pandang kiri kanan sebelum melintas, sayang..."

"Okey..." jawab anak tupai merdu.

Ibu tupai kemudian berkata kepadaku, "Minta maaf encik, saya yang cuai..."

Aku balas, " Hati-hati..."

Dan korang pun baca bersungguh-sungguh.

Tuesday, October 8, 2013

Buat si cantik manis.

Satu hari, aku diberikan sebuah kotak oleh Tuhan lalu ku buka, di dalamnya aku temui engkau. Hati yang selalu aku banggakan sebagai konon-kononnya milikku, gagal aku kawal dan aku jatuh cinta padamu. Lalu alam jadi penuh dengan gambarmu. Aku lihat awan, aku nampak wajahmu. Aku lihat langit, masih manis senyummu padaku. Aku lihat alam, belum mahu hilang bayangmu. Dan seperti bayang-bayang, kehadiranmu hanya terlihat, tak terpegang. Lalu timbul rasa derita yang amat sangat dalam rindu padamu, derita yang amat indah. Ah! Terlalu ironisnya rasa ini-aku tidak sanggup menanggung perasaan ini tetapi pada masa sama, aku tidak ingin kehilangan perasaan ini.

Kadang-kadang kamu lurus sangat. Tapi lurus itu buat kamu comel.

Kadang-kadang kamu matang. Tapi matang itu buat aku sayang.

Kadang-kadang kamu suka termenung. Menung kamu itu buat pipi kamu sungguh bulat.

I miss you.

Buat si cantik manisku, Nora.

Friday, September 6, 2013

Sebulan sekali pun payah.

Beberapa hari lepas, keluar dengan Cik Nora pegi makan malam.

Dia : Nak makan mana ni, bang?

Aku : Tak tahu la. Nia pilih la.

Dia : Erm, makan kedai ni ok tak?

Aku : Erm, kedai ni tak best la...kedai lain la?

Dia : Yeke, apa yang tak best?

Aku : Air mineral dia tawar...


*Rindu mahu tulis blog, tapi makin payah pulak nak tulis kat blog ni. Tak macam tulis kat fesbuk. Aku harap akan datang boleh tulis blog pakai niat dalam hati je.

Baidewei, tak lewat untuk ucap Selamat Hari Raya kan?. Tak sangka genap sebulan kita mengharungi syawal.

Wednesday, July 10, 2013

Berborak dengan kutu

Kutu : Ni, nak tanya...

Aku : Apa?

Kutu : Ipin mana skang?

Aku : La, kau tak tau ke, dia dah jadi pelakon?

Kutu : Ha? Serius?

Aku : Upin & Ipin...

Kutu : Babi...


Why so serious? Kan Ramadhan ni.


Salam Ramadhan kawan-kawan. Jom set ringtone ke lagu raya.

Thursday, July 4, 2013

Kacau

Speaker : Aku cinta kepadamu, aku rindu dipelukmu, namun ku keliru....
Aku : Speaker...
Speaker : ...telah memburu cinta dia dan dirimu....
Aku : Speaker!!!
Speaker : Ye Sani...
Aku : Kau jangan macam-macam...aku lempang kang...
Speaker : Ok fine...rock pliss..

 


Friday, June 21, 2013

Ulasan saya mengenai cuaca dan kata orang tua-tua.

Entah mengapa beberapa hari ini aku rasa sangat panas bila tidur malam. Bila aku mengadu kepada kawan-kawan bahawa cuaca sangat panas sekarang ini terutama waktu malam, mereka kerap menjawab yang neraka itu lagi panas. Yang mereka yakin sangat aku akan masuk neraka ni kenapa? Okay, jangan jawab.

Malam tadi rasanya, 4 kali aku bangun awal pagi hanya untuk mandi sejukkan badan kerana terlalu panas. Walaupun dah on kipas speed paling tinggi, tetapi masih panas. Berbahang. Ahh... Aku rindukan musim sejuk di Kanada.

Tapi menurut kata orang tua-tua, kalau panas berpanjangan ni, bermakna musim sejuk dah nak tiba. Mungkin betul juga kata orang tua-tua, kerana bila aku pergi kerja keesokan harinya, aku masuk ofis aku rasa sejuk sangat sebab kuat betul air-cond. Menyesal pula tak bawa baju sejuk.

Betul lah kata orang tua-tua. Jangan melawan cakap. Paham?


**Sejuk betul di Kanada dulu.

Wednesday, June 19, 2013

Ulasan saya mengenai ekonomi.

Semalam aku ke Pasar Borong Selangor. Banyak barang memasak di rumah yang telah kehabisan stok.

Ah. Pelik sangat bunyinya. Mungkin sudah lama tak menulis. Baiklah, aku start balik.

Semalam aku ke Pasar Borong Selangor untuk membeli barang masak seperti bawang, cili, asam jawa, rempah, ayam dan syaitan. Huh... Tak banyak perubahan suasana di pasar borong ini kecuali muka pekerja myanmar saja mungkin akibat polis membuat operasi pendatang asing beberapa kali sebelum ini. Sebelum ini aku lebih selesa membeli barang yang berkuantiti sedikit di pasar runcit biasa sahaja. Baiklah, ini bukan cerita pasal suasana di pasar borong. Kalau nak cerita suasana, baik aku pegi tulis kat majalah Dekorasi.

Dipendekkan cerita, semasa aku bertanya harga cili merah pada seorang myanmar dagu lekuk, aku terkejut bahawa harga cili tersebut adalah RM17.50 sekilo! Aku jadi baran tiba-tiba dan tak pasal-pasal myanmar itu aku tikam. Okay, itu tipu.

Bagi aku, adalah tidak patut harga cili yang tak perlu diberi makan dedak dan vitamin itu naik begitu tinggi. Aku membuat kesimpulan bahawa ini semua adalah kerana sikap orang kita sendiri (melayu) yang lupa bahawa ekonomi negara ini telah dikawal oleh bukan melayu. Bila menjelang perayaan, lazimnya harga sesetengah barang keperluan akan dinaikkan sesuka hati dan kita sebagai orang melayu akan merungut tak sudah semasa membelek cili yang akhirnya aku fikir pembelian cili tadi menjadi tidak ikhlas jika dimasak untuk keluarga. Bila tidak ikhlas, maka makanan yang dimasak akan kurang kasih sayang lalu ini salah satu penyebab ikatan kekeluargaan makin renggang lalu mengakibatkan masalah sosial di kalangan remaja seperti mat rempit, lepak simpang, gwiyomi, k-pop dan rambut kuning. Tapi seperti biasa, melayu standard seperti kita ni akan cepat lupa dengan hal harga barang naik di pasar tadi. Lazimnya kita akan marah-marah di pasar dan dalam perjalanan pulang ke rumah saja. Sebaik tiba di rumah, buka tv, tengok drama Rozita Che Wan tengah main, maka kemarahan tadi akan hilang serta merta. Itulah orang kita.

Maka itulah sedikit sebanyak ulasan aku mengenai ekonomi.

Wednesday, May 22, 2013

Baju untuk dijual.

Beberapa hari lepas, selepas Cik Nora pulang dari oversea, aku call dia sebab ada hal kat luar tapi baju tak tukar dah sehari suntuk. Maka baju yang aku pakai tu dah bau kelangkang saitan.

Aku : Hello sayang, baju abang ada kat rumah Nia tak? Malas nak balik Cyber nak tukar baju.

Dia : Erm...ada. Kan Nia dah basuh hari tu.

Aku : Ada eh? Baju yang mana satu?

Dia : Alaa...baju yang 'Fuck You' tu...


* Bukan gambar hiasan .


Siapa nak beli, aku bukak harga RM 1200.00. Tawar menawar adalah tipis.

Thursday, May 9, 2013

Maka, mereka pun memaki sesama mereka sebab lambat nak balik rumah esok nak kerja...

Lama jugak tak pos kat sini. Tolong percaya yang aku lupa password. Sebab aku bukan la jerat, kerana hanya jerat yang tak lupakan pelandok. Ok, tu cerita lain.

Aku dengar malam tadi kecoh member nak balik rumah dari Federal Highway bawak ke Sunway sampai 2 jam sebab jalan jem.

Tapi, dengar cerita, yang sesak kat Kelana Jaya malam tadi sebab tak puas hati ke harga roti gardenia naik 30sen. Betul ke?

Thursday, February 14, 2013

Cerita bilik tidur


Disember 2023.

***
Lewat petang itu redup. Burung berkicau mesra sambil berterbangan pulang ke sarang berpasang-pasangan. Beberapa ekor arnab meragut rumput di padang sambil bergolek bergurau seperti lambat lagi hari nak kiamat. Aku duduk di sekeping tembok di tepi pekan itu sambil sesekali memandang orang balik kerja.

Tidak lama dari itu, tiba-tiba kedengaran satu letupan kuat dari deret rumah kedai betul-betul di belakangku. Letupan yang jika dieja berbunyi 'Pelepow' itu sungguh kuat sehinggakan tak sedar mulut ini melatah berbunyi oh-mak-kau-pajero. Aku serta merta tunduk mencari tempat perlindungan. Mana tidaknya, kejadian itu betul-betul kira-kira 6-7 pintu dari tempat aku duduk. Aku lihat orang ramai yang berpusu-pusu balik kerja tadi sudah lari tak tentu hala. Ada yang menjerit-jerit, menangis, meraung dan histeria. Malah, ada seorang perempuan dressing blaus skirt pendek pangkal peha yang aku ingat serani tiba-tiba melaungkan takbir. 

Aku terus bingkas bangun setelah keadaan reda sedikit. Mencapai 2 pucuk revolver di pinggang, aku lalu berlari dari tembok itu ke hujung rumah kedai terbabit dengan gaya zig-zag macam cerita Black Hawk Down.

Suasana kembali sunyi. Yang kedengaran adalah suara orang menjerit dan anak-anak menangis. Debu masih tebal menyelubungi kawasan letupan.

Tiba-tiba,

ZAASSSSS....

KLING KLING KLING KLING...

Muncul sederet rusa dalam bilangan tujuh lapan ekor berlari keluar dari debu rumah kedai itu sambil menunda gondola yang membawa seorang tua janggut tebal putih macam saitan. Rusa-rusa itu terus berlari sehinggakan kaki mereka tidak jejak ke tanah.

Aku melepaskan tembakan rambang seperti cerita Gerak Gerak Gerak Khas.


***


"Santa Claus tak wujud la sayang...papa dah bunuh..." tegas aku.

"Papa tipu...Papa tipu...Papa tipu...abis dalam tivi tu apa?!" kata anak-anak di atas katil mereka.

Wednesday, February 6, 2013

Hari Baru

Buat masa sekarang, aku dalam proses nak jual Soraya. Rebecca pulak tengah duduk dalam wad jalani pembedahan. Macam gampang pulak duit mengalir macam air ni.
Baidewei, selamat hari raya kepada yang nak balik kampung tahun baru cina ni. Korang pun sama lorat nak balik kampung apahal?


Milah yang tengah-tengah.

 

Friday, February 1, 2013

Milah

Rindu?

Saja je diam lama-lama. Baru 2 bulan kot. Keh keh keh.

Lagi satu nak bagitau, Aku dah beli motor baru. Nama dia Noramilah. Panggil je Milah.