Wednesday, May 30, 2012

Nazmi Faiz

Sekarang di Malaysia ada fenomena baru iaitu Nazmi Faiz Mansor. Anak kelahiran Kolumpo yang main bola macam Pablo Aimar, dapat kontrak main bola dengan kelab bola sepak Portugal, Biera-Mar. Dikhabarkan, gaji budak Nazmi Faiz ni mencecah RM300 ribu sebulan sebelum ditolak income tax, Tabung Haji dan KWSP cawangan Portugal.

Komen aku sikit je, kalau nak berjaya dalam sesuatu yang kita lakukan, hendaklah betul-betul ada keinginan mahu jadi nombor satu. Tak kira la bermain bola sepak ke, posmen ke, tukang jahit ke, pengutip wang zakat dan drebar bas sekalipun, hendaklah berusaha mahu jadi nombor satu. Maka, kejayaan hampir pasti dapat dikecap, insyaallah.

Nazmi Faiz Mansor telah membuktikan kepada dunia belia bahawa beliau adalah segelintir budak Kolumpo yang tidak terjebak dalam budaya kurang sihat seperti shuffle, rambut kuning, beratur pertandingan menyanyi dan Lorong Haji Taib. Pesan aku, dah elok-elok macam ni, jangan lepas ni kau dok terlibat dengan majalah URTV ke, bergambar tepi kolam renang dalam majalah hiburan ke. Memang aku lempang sampai berpusing, tuan-tuan.