Sekarang di Malaysia ada fenomena baru iaitu Nazmi Faiz Mansor. Anak
kelahiran Kolumpo yang main bola macam Pablo Aimar, dapat kontrak main
bola dengan kelab bola sepak Portugal, Biera-Mar. Dikhabarkan, gaji
budak Nazmi Faiz ni mencecah RM300 ribu sebulan sebelum ditolak income
tax, Tabung Haji dan KWSP cawangan Portugal.
Komen aku sikit je, kalau
nak berjaya dalam sesuatu yang kita lakukan, hendaklah betul-betul ada
keinginan mahu jadi nombor satu. Tak kira la bermain bola sepak ke,
posmen ke, tukang jahit ke, pengutip wang zakat dan drebar bas
sekalipun, hendaklah berusaha mahu jadi nombor satu. Maka, kejayaan hampir pasti dapat dikecap, insyaallah.
Nazmi Faiz Mansor
telah membuktikan kepada dunia belia bahawa beliau adalah segelintir
budak Kolumpo yang tidak terjebak dalam budaya kurang sihat seperti
shuffle, rambut kuning, beratur pertandingan menyanyi dan Lorong Haji
Taib. Pesan aku, dah elok-elok macam ni, jangan lepas
ni kau dok terlibat dengan majalah URTV ke, bergambar tepi kolam renang
dalam majalah hiburan ke. Memang aku lempang sampai berpusing, tuan-tuan.
No comments:
Post a Comment