Monday, May 31, 2010

Origami

Aku belek-belek balik entry-entry sebelum ni, baru aku perasan, yang aku belum habiskan cerita Kami The Series yang mendapat sambutan hangat di kalangan pekerja Myanmar di rumah kongsi area Putrajaya ni. Aku tau, cerita tu bukan best mana pun. Iklan je gebang macam filem Dr Rozmey. Isi macam gampang.

Kalau diizinkan, aku mahu habiskan cerita Kami The Series ni malam ni jugak. Itu pun jika tiada panggilan mengejut daripada Megan Fox mengajak aku keluar berpeleseran seperti budak-budak muda zaman sekarang.


***


Petang tadi, aku bosan. Jadi, aku ambil sekeping kertas bersaiz buku latihan sekolah, dan membuat origami berupa sebuah jet pejuang Batman yang pernah aku reka masa darjah 4 sehingga menjadi fenomena luarbiasa di sekolah. Oleh kerana tahap IQ aku di kelas masa itu adalah antara paling tinggi, walaupun tidak berapa bijak dalam pembelajaran formal, pembuatan origami jet Batman ini menimbulkan suasana kurang selesa kepada cikgu yang mengajar kerana hilangnya tumpuan belajar di kalangan murid-murid di papan hitam. Lepas tu sampah bersepah-sepah.

Kembali ke buat origami. Selesai saja buat origami, adalah menjadi kewajipan aku untuk mencorakkan menggunakan pen. Dah lama skil ini tidak dipraktis. Jadi, aku agak blur nak lukis corak apa.

Jadi, jari jemari aku melukis satu corak spontan.




Gambar hati.

Apakah maksudnya?



Kenapa dalam jet pejuang Batman pun aku nak lukis hati? Aku dah jauh.

Cepat-cepat aku komot-komotkan origami tu. Koyak-koyak. Jangan kantoi dekat kawan. Buang dalam bakul sampah paling dalam.

Lega.

Sani





Aku SMS Ashraff Sinclair semalam.

Aku : Bro, jaga sikit bini lu.

Ashraff : Kenapo bro?

Aku : Dia puja nama gua la!

Ahsraff : Sory bro...gua takleh buat apo-apo...

Aku : Ah...queen control...blah la lu.

Ashraff : Gua ado hal ni. Tongah masak. Jap lagi bini gua balik.

Aku : Agak-agak tak tahan, bagitau gua...nanti gua ambik alih bini lu...

Sunday, May 30, 2010

Bila aku excited, selalunya ia adalah bencana

Aku pulang ke Cyberjaya dari kampung dengan perasaan yang riang petang tadi. Aku nak online. Nak facebook. Nak blogspot. Nak YM dengan makwe. Aku nak buat apa yang aku suka. Nak bergayut dengan handset berjam-jam pun boleh dengan sedikit privasi jika nak dibandingkan di kampung. Semua tu dah terbayang dalam kepala otak masa bawak motor.

Sampai saja Cyberjaya, aku punggah semua isi dalam beg. Baju, semua aku susun baik dalam almari. Barang-barang keperluan seperti gel rambut, ubat-ubatan, minyak wangi, deodoran dan lain-lainnya pun aku keluarkan. Aku nak mandi. Sebab badan dah bau mat rempit.


Aku keluarkan sabun, pencuci muka, ubat gigi dan syampu. Kemudian. Mulut aku berkata, " Oh, no!!! " dengan nada yang agak kuat.



Aku diam.

Berus gigi!

Berus gigi aku lupa nak bawak balik!



***


Malam ini aku tak gosok gigi. Esok baru aku pergi beli yang baru. Apa ada hal ye tak? Bukan masalah besar pun.

Lagipun, aku bukan nak cium mulut sape-sape pun malam ni. Kan?

Bini pergi outstation.

Dia menjadikan hari itu sungguh...

Dia : Awak...

Aku : Ye saya.

Dia : Awak bila nak kawin?

Aku : Erm. Nape?

Dia : Ala. Cakap la bila?

Aku : Saya tunggu awak kawin.

Dia : Nape?

Aku : Kita sanding satu pelamin.


***


Semalam dia sms.

Dia : Awak, saya kat hospital. Kaki masuk besi.

Aku :
Kenapa?!

Dia : Awak tolong jangan risau. Please.

Aku : Okay. Kenapa? Jatuh ke?

Dia : Saya jatuh cinta kat awak!!! Hahahha!!!

Aku : Cis. Betul ke? Awak okay sekarang?

Dia : Yela. Saya saja nak tengok awak sayang saya ke tak...



Apakah petandanya itu? Dia bukan pula kekasih aku. Tapi, kalau dikurniakan kekasih seperti itu, aku bersyukur sangat. Malah, aku lebih mengenalinya lebih daripada aku mengenali Lisa Surihani hatta Megan Fox sekalipun. Aku kenal dia dah lama.

Cuma. She's not single.

Ye. Aku keluar dengan dia itu hari. So? Siapa nak marah? Mak aku pun gembira.

Thursday, May 27, 2010

Hey~ taboletidolasayang

Peh. Aku makan ubat memang buat otak betul-betul kosong. Kosong gila. Patut la budak-budak yang kena tangkap dekat 999 main pil extacy tu bebal-bebal belaka. Aku baru makan pil demam dan antibiotik pun dan menung jauh harini. Memang patut pun aku berehat.

Esok aku ada blind date. Rancang mengejut-mengejut. Doakan aku berjaya. Eh. Esok apa benda! Pagi karang Sani oi!!! Dah-dah. Pegi tido.

Mak, inginkan menantu? Nanti orang bawakkan. <----DUSHH!!!

Wednesday, May 26, 2010

Rangkuman seminggu yang sakit

Aku akan berhenti menulis sehingga minggu depan. Lepas ni, aku jarang-jarang online. Minggu depan lepas balik dari kampung, baru aku banyak masa balik.

Aku rasa, tekak aku dah beransur pulih selepas melalui sesi karaoke selama 3 jam malam tadi. Siapa sangka mamat sakit tekak macam aku boleh buatkan Rizal dan orang rumahnya, dan Yusni bersama orang rumahnya dan tak lupa En. Azhar tergamam dengan aku yang cemerlang dengan membawakan lagu Kamelia dari Sweet Charity, Ukiran Jiwa dari Awie, Tak Mungkin Berpaling dari Slam, dan beberapa lagi lagu berat dari KRU, Alleycats dan A Ramlie. Ha, diorang tak pernah dengar suara aku sebelum ni, masing-masing terdiam. Heh. Perasan.

Minggu depan ada pelajaran sikit untuk kau orang. Dan, aku mahu habiskan cerita Kami The Series yang lama tertangguh. Harap-harap, minggu depan aku sihat sejahtera hendaknya. Aku rasa, minggu ni kesihatan aku lain macam. Tiap-tiap hari kepala rasa panas. Peluh mencurah-curah ke ladang gandum. Tak kira siang malam. Hormon agak tak seimbang. Mungkin lepas ni, aku perlu jumpa doktor pakar peluh.

Oh ya. Ramai yang hairan kerana aku gelak tanpa suara tadi. Suara aku pun agak manja-manja serak basah. Agak lucah juga.

Sebelum berundur, aku amat gembira sebab semalam ada makwe ni sms aku setelah sekian lama. Aku rindu kau la.

Sepergian ku nanti, jika terdapat sebarang pertanyaan, aku siapkan kolum di mana perlu kau orang tanya apa-apa tentang aku di Formspring yang disediakan di blog ini. Sila pandang KANAN bucu atas sekali------------>

Sebelum terlupa, terimalah nasihat ikhlas dari aku.

Minumlah susu untuk kekuatan tulang.

Tuesday, May 25, 2010

Aku MC hari ini. MC adalah cuti sakit. Bukan MC Hammer. MC Hammer itu penyanyi

Okay, harini aku dapat MC. Pergi klinik, buat muka tak bermaya seperti kehilangan orang yang tersayang dekat makwe klinik. Lepas tu, jumpa doktor, cerita kena tambah-tambah. Patut kena sakit tekak, cerita la tekak terkeluar masa batuk semalam, kucar-kacir mintak kawan tolong masukkan tekak balik melalui mulut. Kalau tak, macam mana nak bernafas. Batuk runcit-runcit pun, cakap la batuk sampai keluar anak tekak. Aku angkat itu anak tekak, kasi pulang sama ibu tekak dan bapa tekak.

Doktor pun mengangguk. Dia angkat telefon,

" Helo, Hospital Bahagia? "

Apa kata lelaki?

Buat masa ini, biarlah aku bertarung dengan sakit dulu sebelum mahu sama-sama bergelak ketawa dengan kau orang. Tekak makin hari menjadi-jadi dia punya sakit. Mungkin hari ini aku akan berjumpa doktor. Dan perlukan sedikit rehat.

Doakan aku cepat sembuh. Aku akan merindui blog ini.





Okay....CUT!



Feel macam filem Sembilu ni apahal? Biasa-biasa sudah la...

Monday, May 24, 2010

Acute bronchitis ye si manja

Beberapa orang juga tanya aku apa jadahnya 'acute broncitis' yang aku sebut dalam entry sebelum ini. Okay, dalam demam pun aku google lah untuk kau orang. Lagipun, aku sendiri kurang pasti apakah binatang penyakit itu. Yang aku tahu, doktor pernah tulis penyakit itu dalam sijil sakit aku semasa tingkatan 4 dulu.

Perkataan sebenarnya ialah acute bronchitis. Sejenis jangkitan kuman keatas saluran nafas dan paru-paru yang mengakibatkan saluran nafas itu menyempit dan membengkak. Itu yang mengakibatkan dinding trakea aku menjadi sensitif sehingga berdarah. Ini menyebabkan suara aku agak Rod Steward. (Oh, baru sekarang aku tahu!)



Langkah pencegahannya ialah antibiotik. Jika takde antibiotik, sila guna antiseptic. Takde jugak, guna klorok, 2 sudu besar, 4 kali sehari sebelum makan aiskrim. Kain putih taruk sebelah. Kapur barus jangan lupa.

Berikut adalah ranking terbaru yang dikeluarkan oleh aku sendiri mengenai tahap kesakitan yang pernah aku alami sejak lahir di dunia ini. Ranking ini adalah fakta. Kalau fakta, bermakna, aku tak tipu kau orang, walaupun aku dengan menipu dah macam adik beradik.

Top 10 Ranking Sakit en. sani.

1. Clash dengan makwe.
2. Demam denggi.(aku kena denggi masa SPM, buat SPM dalam Hospital Sg Buloh)
3. Acute bronchitis
4. Disengat anak ikan sembilang laut di PD
5. Disengat lebah tahun 2008.
6. Demam panas sampai nak bernafas pun lupa
7. Benguk masa tadika
8. Dibedal emak dengan hanger besi
9. Ibu jari patah masa main futsal
10. Digigit Lisa Surihani

***


Ubat selsema memang betul buat aku mengantuk. Ah, mainan syaitan semua tu.

Time demam ni lah time tu teringin gulai masak lemak ikan keli salai. Kenapa kau begitu mengidam Sani? Adakah kau mahu cuti bersalin 90 hari?

Sunday, May 23, 2010

Acute broncitis kembali lagi

Hari ini aku macam demam. Aku bangun tidur pagi tadi, tekak rasa lain macam. Sakit betul. Aku cuba bercakap sendirian untuk menguji suara. Keluar suara David Archuleta. Aku yakin, itu bukan suara aku. Jadi, aku membuat kesimpulan di sini, aku mengalami sakit tekak dan demam.

Aku rasa dahi, panas sedikit. Apabila aku di dalam tandas semasa nak gosok gigi, aku cuba buang kahak yang membelenggu tekak.

Kahak berdarah.

Peh.

Aku teringat tragedi aku diserang acute broncitis semasa aku Tingkatan 4 dahulu. 2 minggu juga aku MC sampai kurus. Kepada sesiapa yang yang tak tahu apa itu acute broncitis, sila google sendiri. Manja betul semua aku nak sediakan bahan. Aku tengah sakit okay!

Simptom-simptom itu sama seperti sekarang. Kahak berdarah. Tekak rasa perit sampai tak boleh bercakap. Malah, karaoke juga tak boleh. Makan nasik boleh. YM pun boleh.

Aku cari ubat yang aku ambil minggu lepas masa diserang migrain di klinik MMU. Ubat demam dan ubat selsema. Oleh kerana ada sedikit selsema, jadi, aku putuskan untuk makan ubat-ubat tersebut. Ubat batuk Wood's sejak beli malam tadi, dah setengah botol aku telan. Kurang berkesan. Entah ubat batuk apa yang berkesan entah. Sama je hasilnya. Makan la ubat batuk cap kepala ibu dan anak baik, cap kapal api baik, batuk jugak.

Oleh kerana aku dah makan ubat selsema tadi, badan aku jadi sedikit lemah, mata pun kuyu. Kawan serumah mempersoalkan kenapa bibir aku kering dan tidak seseksi dulu. Aku malas layan. Beliau tak tahu aku tengah demam. Aku tak banyak bercakap hari ini.

***

Malam tadi, aku ada cakap dengan sorang makwe. Kalaulah dapat duduk satu tempat yang indah sambil makan aiskrim malam ini, kan best. Lain kali saja sape-sape nak teman aku makan aiskrim.

Ada seorang kawan SMS aku pagi tadi.

" Bro, tak pergi mancing? "


Aku jawab dengan penuh kasih sayang,

" Aku mengalami acute broncitis la gampang..."


" Apa binatang tu? " dia balas.

" Sebuah lagu sedih. "

A Beautiful Mind

Semalam, aku tengok movie yang agak best juga. Lama aku tak tengok movie berkualiti macam ni. A Beautiful Mind. Berlandaskan kisah benar seorang penerima Anugerah Nobel 1994, John Nash yang mengalami penyakit schizophrenia iaitu penyakit yang mengakibatkan beliau berhalusinasi dan hidup di dunia khayalannya sendiri.

John Nash, yang dilakonkan oleh Russell Crowe adalah seorang pakar matematik yang pelik, diterima masuk ke Princeton University mengambil jurusan matematik, ditempatkan di bilik berseorangan sehinggalah beliau berkhayal mendapat seorang rakan sebilik, Charles Herman yang banyak mempengaruhi pembelajarannya dan menceriakan harinya.

Sehinggalah John Nash menjadi pensyarah di Massachusetts Institute of Technology dan berkenalan dengan pelajarnya sendiri, Alicia Larde yang dilakonkan Jennifer Connelly yang kemudian mereka pun berkahwin.

Lima tahun berlalu, Nash diundang oleh Kementerian Pertahanan US, Pentagon untuk menghuraikan kod bom rahsia pihak Rusia. William Parcher menguruskan projek rahsia yang sedang dijalankan Nash itu. Sehinggakan pada satu hari, satu kejadian yang mengakibatkannya takut dan fobia semasa menjalankan tugas, beliau berkonflik dengan watak khayalannya iaitu William Parcher sendiri sehingga beliau dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Satu persatu watak khayalannya dirungkaikan termasuk rakan sebiliknya semasa belajar, Charles Herman dan anak perempuannya.

Mula dari sini, isterinya tidak putus-putus memberikannya semangat dan membantu Nash pulih dengan meyakinkan semua yang dikerjakan sebelum ini yang dikatakan Top Secret kerajaan, adalah khayalan Nash semata-mata. Beberapa bulan kemudian, Nash keluar dari hospital dan dibekalkan dengan ubat anti-psikotic bagi memulihkan dirinya.

Akibat dari ubat berkenaan, Nash telah hilang keupayaannya dalam matematik dan lebih memburukkan keadaan, telah 'mati pucuk' yang mengakibatkan isterinya mengalami tekanan. Dalam diam, Nash berhenti mengambil ubat tersebut, mengakibatkan beliau mengalami kembali situasi yang pernah menghantui dirinya, dan lebih teruk, hampir membunuh anaknya sendiri dalam tab mandi.

Dari situ, kesabaran seorang isteri dicabar, dan dengan berbekalkan cinta dan kesetiaan, Alicia tak putus-putus membantu Nash dalam mengatasi masalah itu. Walaupun tidak lagi mengambil ubat sakit jiwa, Nash sudah boleh mengawal khayalan walaupun ia datang hampir setiap masa.

Dengan kasih sayang dan kesabaran seorang isteri, dan simpati kawan-kawan, Nash akhirnya berjaya mengatasi masalah itu dan mendapat tempat sebagai pensyarah di Massachusetts Institute of Technology.

John Nash akhirnya dicalonkan untuk Hadiah Nobel 1994 dan memenanginya. Beliau banyak menyumbang kepada negara hasil kebijaksanaannya dalam merungkai kod matematik. John Nash masih hidup sehingga kini dan masih mengajar di situ.

Weh, cerita ni buat aku tak sedar air mata dah bertakung.Serius weh. Lakonan Russel Crowe memang terbaik. Amacam, lepas ni boleh tak aku jadi pengkritik filem? Setakat Adlin Aman Ramli, selamba je aku tepuk-tepuk bahu lepas ni.

Yang kau orang tu, daripada kau tengok cerita Anak Mami la, Anak Mami The Movie la, Anak Mami Junior la, Anak Mami Kembali la, Anak Mami vs Nana Tanjung la, baik kau orang tengok cerita ini. Dapat jugak pengetahuan. Berlandaskan biografi sebenar penerima Hadiah Nobel, John Nash.











***SELAMAT MENONTON

Untuk kawan-kawan, ini masih Blog En Sani. Jangan tukar siaran anda.

Saturday, May 22, 2010

Tragedi diet

Sebenarnya, hari ini aku nak diet. Hari Sabtu memang hari yang sesuai untuk diet memandangkan tidak banyak aktiviti yang mendatangkan lapar.



Tiba-tiba ada seorang kawan telefon.

" Weh Sani, jom makan ikan siakap! "



Aku terus mandi, siap-siap, pakai minyak wangi, terus naik motor pergi kedai makan.

Friday, May 21, 2010

Kami the series #2

Aku bangun sambil mengibas-ngibas muka yang penuh pasir. Di badan pulak dah macam FAMA buat tanaman organik. Pasir dan rumput saja penuh. Kecederaan di dahi akibat kejatuhan tadi tidak aku hiraukan. Aku lebih hiraukan keadaan baju yang kotor tersebut. Dengan sisa aiskrim coklat yang tepu melekat macam getah pisang.

" Tak cukup vitamin! " kata Hafis sambil berderai ketawanya menampakkan gigi yang kurang di bahagian depan akibat dicabut oleh doktor gigi minggu lepas.

Aku turut sama ketawa.

" Jom duduk la. " kata aku sambil menuju kembali ke pokok rendang.


Sementara menunggu bas sampai, aku menyapu dahi yang cedera. Hafis bangun untuk mendapatkan beberapa helai daun dari pokok berhampiran. Satu warna hijau, dan satu warna nak kekuningan.

" Kau tampal dekat luka tu." kata Hafis selesai mengoyak-ngoyak daun tadi.

Pelik aku Hafis ni. Belajar bodoh. Cita-cita bila Cikgu Faridah tanya, nak jadi penyanyi, tapi mana pulak dia belajar ubat-ubatan tradisional ni.

" Pedih tak?" tanya aku meminta kepastian dari Hafis mengenai ubat bidan terjunnya tadi.

" Entah, den pun tak tau. Den pakai tibai yo ni." jawab Hafis.


Terus aku campakkan ubat itu ke tanah. Hafis ketawa.


***


Selang 5 minit, kedengaran riuh rendah.

" Bas dah sampai! " kata seorang murid yang lagak seperti ketua darjah.

Aku dan Hafis lekas-lekas capai beg dan berlari ke tempat bas diberhentikan. Berebut-rebut kira-kira 20 orang murid mahu naik bas dahulu agar dapat merebut posisi tempat duduk terbaik bagi mengelakkan mabuk selekoh. Lagipun, plastik muntah masing-masing tak bawak.


Sampai giliran aku dan Hafis. Aku bagi Hafis naik dulu.


PELEPOWW!!!


Ini apa cerita Hafis tiba-tiba takde angin takde ribut nak jatuh pulak ni? Jatuh jenis tangan bersepah dada pergi dulu. Buruk benar rupanya. Tak boleh buat drama punya jatuh.

Aku tarik tangannya. Uncle bas dah bising-bising.

" Haiyaa...naik tangga betul-betul la. Cepat sikit."


Aku lihat mata Hafis dah berkaca. Ah. Macam perempuan. Itu pun nak nangis. Tadi gelakkan orang.

" Kenapo kau jatuh, lupo makan vitamin?" aku sound Hafis dengan nada perli.

Sambil dia mengesat tangan, dia pandang tempat dia jatuh tadi. Aku tarik tangan Hafis menuju ke tempat duduk belakang bas. Duduk belakang barulah nampak macam gangster. Walaupun Hafis dah nak nangis.



" Kenapo kau jatuh? " soal aku ke Hafis.

" Aku lupo baco tadi. " jawab Hafis.

" Baco apo bondo eh? Takdo kono mengono pun."

" Den lupo nak baco tulisan dokek tanggo bas tu. " kata Hafis.

" Tulisan apo? "

" Jaga langkah anda. " jawab Hafis.





BERSAMBUNG.........

Baru 2 hari kot

2 hari aku tak update blog. Ramai pulak yang bising. Entah apa-apa. Aku bukan makan gaji dengan kau orang. Sukahati aku la weh!

Ada dua tiga orang juga yang YM aku yang mahukan aku cepat-cepat sambung cerita Kami the series. Sebenarnya, Kami the series itu aku nak cuba-cuba buat macam mini novel. Wah. Tinggi cita-cita. Nanti-nantilah aku ada mood aku sambung itu cerita. Cerita sedih macam tu, kena ikut mood jugak.

Buat sesiapa yang mengikuti blog aku sehingga ke hari ini, terima kasih aku ucapkan. Besok kalau tiba-tiba aku jual barang dekat blog, jangan kau orang tak beli pulak ye. Mengamuk aku nanti. Sesiapa yang tolong promote blog aku ke kawan-kawan, jiran tetangga, presiden pelajar, artis terkenal, makcik cleaner, tukang urut refleksologi, tukang jahit, penternak puyuh, ketua kampung dan sebagainya, lagi la aku sayang dekat korang. Sila pergi ke pejabat pos berhampiran untuk menuntut wang pos masing-masing. Atau jika ada yang muka black list pejabat pos, sila datang sendiri ke Cyberjaya dan tuntut lepat pisang sorang sekeping dekat aku. Atau mintak sendiri dekat Lisa Surihani kerana dia terhutang budi dengan aku itu hari.

Aku nak main Football Manager. Kalau aku rasa rajin nanti, aku sambung la Kami the series tu. Jangan bising-bising dah. Cerita macam haram tu pun kau orang suka? Pelik betul selera orang melayu sekarang ni.

Tuesday, May 18, 2010

Azam hari baru

Suatu pagi Ahad, aku bangun dari tidur. Aku ada azam sendiri pagi itu. Azam yang amat penting. Malam tadi aku sudah berkata pada diri sendiri, aku perlu kuruskan badan sedikit. Sejak akhir-akhir ini, aku memang banyak makan. Kejap-kejap KFC, kejap-kejap nasi kandar, kejap-kejap roti john. Tiga kali sehari. Sampai rakan-rakan memandang serong dengan badan aku yang naik mendadak dalam dua minggu ini. Walaupun hakikatnya kawan-kawan yang menegur itu lebih dahsyat dia punya perut.

Mulai hari ini, aku perlu diet. Pagi itu aku sungguh yakin dengan azam yang aku kuatkan dalam jiwa. Aku rasa sungguh yakin sehinggakan aku hampir lupa memberus gigi pagi itu. Misi pertama aku hari itu, makan sekali sehari sahaja. Kedengaran sungguh mudah di mulut. Dengan keyakinan yang menebal, aku sudah memasang angan-angan aku bakal didampingi wanita-wanita cantik pabila badan aku sudah macam Eman Manan kelak.

Misi kedua pula, kurangkan makanan berminyak yang sinonim dengan menu rakyat Malaysia. Nasi lemak, roti canai, nasi beriani, nasi lauk kari, nasi kangkang dan nasi beras nasional. Semua perlu aku jauhkan. Malah, misi ketiga juga tidak kurang penting, iaitu joging di masa lapang atau sekurang-kurangnya banyakkan aktiviti luar yang mengeluarkan peluh seperti main badminton, main video game, memancing, dikejar anjing dan tidak lupa kena marah sampai berpeluh. Dan kalau boleh, kurangkan penggunaan teknologi seperti naik lif, naik motor, eskelator, pencukur elektrik, telefon bimbit dan juga juga mesin basuh.

Pagi itu, aku mulakan dengan basuh jamban. Kebetulan kawan serumah baru beli klorox. Ini peluang aku untuk mengeluarkan peluh sambil berbakti kepada rumah. Bilik air aku memang dah macam tempat babi mengawan. Rakan serumah amat pelik dengan kejadian yang menimpa aku pagi itu. Sehinggakan nyaris beliau membuat solat kesyukuran sehinggalah beliau menyedari beliau bukanlah seorang islam, tetapi hanyalah seorang yang beragama hindu.

Selesai membasuh jamban sehingga nampak macam jamban tajaan IKEA, aku mengambil keputusan untuk berehat. Sambil melihat tangan perlahan-lahan mereput akibat effect klorox.

Aku membuka tv sambil lepak atas sofa. Tak sedar sudah tengahari. Aku tekan TV3.

Jalan-Jalan Cari Makan, dibawakan oleh Serina Redzuan.


***


Pukul 1 tengahari,


" Dik, Dinner Plate satu set, tambah Cheesy Wedges. Original eh. Makan sini."

Suatu petang yang direct

Petang itu aku berseorangan di satu kedai mamak di pinggir pekan Dengkil. Pakai biasa-biasa saja. Kalau pakai kemeja dengan bucu tajam sama seluar kain kilat nanti, apa pula tohmahan orang Dengkil. Bawa pulak motor kapcai saja.

Tujuan aku ke Dengkil bukanlah urusan berat-berat. Nak berurusan pinjaman bank pun sudah tentunya tidak. Berurusan dengan pejabat pos, jauh sekali. Hanya mahu shopping sedikit barang peribadi di sini. Orang kata, ada satu pasaraya yang murah ya amat di sini. Jadi, aku tak melepaskan peluang lah untuk membeli sabun basuh, deodoran, gel rambut dan ubat gegat. Sejak dua tiga minggu ini, bilik aku diserang oleh sekawan lipas yang lengkap dengan senjata tombak dan perisai ala Scotland zaman William Wallace. Bagai tak mahu mereka mengacau aku yang sedang nyenyak tidur. Tujuan lipas itu pun masih samar-samar. Adakah mahu menawan bilik tidur aku, atau hanya mahu mengawan. Itu masih menjadi misteri.

Sambil duduk menghirup kopi-o suam di kedai mamak, aku membelek suratkhabar yang disediakan pihak tuan kedai. Kisah penceraian artis memang menjadi-jadi dewasa ini. Membuat aku menimbang kembali niat untuk menjadikan artis sebagai isteri.

Tiba-tiba,

" Selamat petang bang, boleh saya duduk sini? "

Seorang makwe muka manis-manis dengan pakaian pejabat menegur aku. Perfume dia bau biskut meri.

" Ah, silalah..." kata aku lembut.

Sambil itu aku syak banyak lagi meja kosong di kedai mamak tu, tapi mengapa makwe ni memilih untuk duduk satu meja dengan aku. Adakah beliau kenal aku.


" Abang lama duduk sini? " kata itu makwe.

" Baru je. Kenal ke? " kata aku.

" Abang tak kenal saya? Saya Nadia. "

" Nadia mana eh? Tak cam la. Dulu sekolah sama ke? Duduk mana? " aku menyoal itu makwe.

" Tak. Saya duduk Puchong. Sekolah pun dekat sana. Abang orang Puchong ke? "


Aik. Dia pulak tanya aku orang mana.


" Eh. Taklah. Saya orang Negeri Sembilan. Lahir dekat Madinah." aku kelentong serba sedikit.

" Patut la abang tak kenal saya. Okay, saya sebenarnya jual barang bang. Buku belajar untuk anak-anak bang. " kata itu makwe sambil keluarkan sample buku dan katalog.


***


Sekarang punya style direct selling memang lain betul. Nak lari pun tak sempat. Dia pakai senjata makwe. Pandai betul cina meniaga sekarang ni.

Kami the series #1

Pukul 12.30 tengahari. Loceng habis sekolah tidak berbunyi seperti biasa. Mungkin suiz loceng rosak barangkali. Ataupun pengawas yang ditugaskan untuk memicit loceng tersebut MC akibat keracunan makanan.

Budak-budak dalam kelas dah resah nak keluar. Cikgu Faridah melihat jam di tangan. Dia sedikit senyum.


" Okay murid-murid, kita sambung kelas esok. Jangan lupa buat kerja sekolah yang cikgu bagi tadi. Loceng tengah repair tu."


Kata Cikgu Faridah itu sekaligus merungkai segalanya tentang misteri ketidakbunyian loceng tamat persekolahan. Kami sebagai murid-murid darjah 3 Tanjung menghela nafas lega. Ingatkan waktu persekolahan ditambah. Tiada pula notis kepada ibubapa dan penjaga tentang itu.

Selesai memasukkan buku ke dalam beg, aku dan Hafis menapak keluar sambil bergurau senda tentang gambar di belakang beg Hafis. Hafis berkeras mengatakan gambar itu adalah gambar Batman. Aku menafikan sebab mana ada Batman warna merah jambu. Lagipun, tanduk yang di atas kepalanya itu sedikit melengkung. Berat ke tanduk iblis.

Sampai saja di depan pintu pagar sekolah, Hafis memberikan cadangan bernas. Cuaca pulak tengah panas terik.


" Sani, paneh la. Macam dokek nerako. Jom boli aiskrim nak? "

Macamlah si Hafis ni pernah masuk neraka.

" Den takdo duit la. Kau la belanjo..." aku balas sambil raba dalam kocek seluar.

" Den memang nak belanjo kau pun. Tapi, den tak ghoti la nak sobut namo aiskrim yang keluar kek tv tu. Kau ghoti tak?" kata Hafis.

" Aiskrim Cornetto?"

" Aha...tu la deh. Tengok kek tv, sodap lak nampak eh. Nak boli, susah lak nak nyobut eh. Apo namo eh tadi? Kometo?" kata Hafis.

" Cornetto la! " balas aku.



Ibu bapa Hafis memang boleh dikatakan agak berada. Sehari pergi sekolah, duit belanja nak cecah RM 3. Aku pulak wan bagi belanja baru 50 sen. Bagai langit dan bumi dia punya jarak kewangan. Sayang sekali Hafis ni sedikit lurus bendul dan cakap pun pelat-pelat lagi. Mungkin mak bapak dia tak pernah lempang dia sejak kecil. Tu sebab pelat kot.

Kami balik sekolah sama-sama naik bas sekolah. Tapi, bas sekolah hari ini datang sedikit lambat. Mungkin sedang menjalani ujian Puspakom barangkali. Banyak pulak duit uncle bas tu nak rasuah pegawai Puspakom bagi lulus.

Aku dan Hafis menuju ke apek jual aiskrim di tepi pondok telefon. Tak ramai hari itu yang membeli aiskrim. Mungkin kesan daripada ekonomi ibubapa mereka. Mungkin juga cikgu sekolah awal-awal dah mintak derma nak buat perhiasan kelas. Yang membeli aiskrim betul-betul insan yang agak berada dan yang mempraktikkan amalan menabung untuk wawasan 2020.

" Apek, aiskrim Cornetto bagi 2! " aku berkata.

Apek jual aiskrim terus menghulurkan kami 2 batang aiskrim. Perisa vanila dan coklat. Aku belek-belek dekat label. Tiada pun perkataan Cornetto. Ah, lantak lah. Janji rupa bentuk dia sama.

" Berapa ringgit? " Hafis bertanya kepada apek.

" Semua 2 ringgit."

Hafis menghulurkan 2 keping duit syiling RM1 kepada apek. Aku dan Hafis terus berlalu dari situ sambil membuka pembalut aiskrim. Ceria sangat rupa Hafis masa itu. Mengalahkan mendapat loteri dia punya ceria. Aku pun turut sama gembira. Bukan senang nak dapat makan aiskrim ni. 3 tahun baru 2 batang aiskrim mahal macam ni aku dapat makan. Terima kasih ke Hafis.

Hari makin panas. Budak-budak yang kalis panas leka main pasir di tapak pembinaan pagar di tepi sekolah. Hairan aku dengan kulit diorang. Tahan betul panas. Aku syak diorang kenan biawak. Kulit jenis tebal macam tilam toto.

Aku dan Hafis berehat di bawah pokok yang rendang. Kami berbual-bual kosong mengenai cerita Doraemon semalam sambil makan aiskrim. Aiskrim itu sedikit-sedikit mencair dan mengenai baju aku. Bertompok-tompok coklat di baju. Memang kesan degil.

" Lambat betul uncle bas ni! " rungut Hafis selepas menghabiskan sisa aiskrimnya.

" Dio poie baiki bas kot." aku berkata.

" Jom panjat bukit pasir tu nak? Sapo sampai dulu dio monang." Hafis mengajak aku.

" Jom! " balas aku sambil terus berlari menuju ke bukit pasir tersebut.


Belum sempat aku nak mendaki bukit tersebut, kaki aku tersadung sebiji batu sebesar punumbuk budak.


GEDEBISSHH!!


Penuh muka aku dengan pasir. Aku terjatuh dengan kurang bergaya. Itulah akibat kalau tak minum susu pagi-pagi. Hafis datang menghulurkan bantuan dengan tergelak.




BERSAMBUNG....

Rangkuman 2 hari yang bosan

Hari ni aku dua kali kena cubit. Satu dekat perut, lagi satu dekat dada. Aku tak tau kenapa perempuan suka sangat cubit-cubit ni. Kalau makwe aku takpe jugak. Baru cakap menggoda sikit, dah cubit. Baru kenyit mata sikit, dah cubit. Mata aku sakit okay.


***


Semalam Rizal cakap dekat aku,

"Makin naik badan kau Sani."


Weh. Takde ke perkataan membina yang boleh keluar dari mulut lu, bro?

Monday, May 17, 2010

Pergi mampus sama orang bank

Mesin ATM dekat Tampin ni memang ramai pulak pakcik-pakcik nak keluar duit. Yang aku pergi keluar duit masa opis hour ni apasal, memang la pakcik-pakcik je ada keluar town. Petang-petang sikit barulah ada orang kerja kerajaan, makcik cleaner, budak sekolah, pekerja swasta, budak rambut kuning dan cikgu praktikal.

Pakcik yang pertama cucuk-cucuk kad. Tak berjaya. Dia berusaha berulang kali. Tapi tidak juga berhasil. Pakcik yang kedua cuba menghulurkan bantuan. Hasilnya tetap sama. Pakcik yang pertama ambil keputusan untuk bertanya orang bank.

Pakcik yang kedua ambil alih mesin ATM. Aku sangkakan pakcik kedua ini mampu melakukan yang terbaik menerusi lagaknya yang menjadi jurulatih pakcik yang pertama tadi. Sangkaan aku meleset. Pakcik yang kedua sengih-sengih sambil merungut. Mata jeling ke aku. Pakcik yang kedua ambil keputusan untuk mengikut jejak langkah pakcik yang pertama iaitu berjumpa orang bank. Kad TESCO barangkali dia cucuk, tak sama saiz, fikir aku.

Kini giliran aku ambil alih mesin ATM. Aku dengan tenang mencucuk kad CIMB ke lubang yang disediakan. Sedikit keras. Kuat sikit aku tekan. Ah. Kenapa tak boleh ni? Aku belek-belek kad ATM mana tahu terbalik ke apa. Atau salah kad pula. Aku cuba sekali lagi. Tak berjaya. Mula buat aku baran. Aku ketuk sedikit dekat lubang kad. Mana tahu boleh mengubah situasi. Cuba masuk kad. Hasil mengecewakan.

Sebelum sempat aku terajang mesin tersebut, aku ternampak pakcik pertama dan pakcik kedua keluar dari pintu bank bersama orang bank yang diadukan masalah tadi menuju ke mesin ATM.

Aku mengundur untuk memberi laluan kepada orang bank buat kerja teknikal. Lagak juga gayanya. Mengalahkan pengurus bank. Entah-entah opis boy je.

Pakcik pertama sound aku, "Tak boleh masuk jugak?"

"Tak. Apasal ntah..."

Pakcik pertama menunjukkan caranya beliau memasukkan kad diperhatikan oleh orang bank.

"Ha, tak boleh masuk..." kata pakcik pertama.



Orang bank berkata,

"La, memang la tak boleh, ini lubang keluar resit pakcik..."


***


Yang aku punya bodoh pergi ikut pakcik tu cucuk kad siapa suruh?

Akhir-akhir ni cepat betul aku terpengaruh. Tengok Iron Man terpengaruh. Tengok Robin Hood terpengaruh. Tengok Fahrin Ahmad terpengaruh. Tengok mat rempit terpengaruh. Tengok Chef Wan terpengaruh. Sampaikan tengok pakcik keluar duit pun terpengaruh.

Dr Fadzilah Kamsah ada menyebut, orang yang cepat terpengaruh ni otak dia tajam.

Betul ke tuan-tuan?

Roda Impian memang kejam

Semalam aku belek suratkhabar lama-lama. Baca ruangan hiburan. Aku terpandang gambar Hamid Gurkha. Aku terus tergelak. Fikiran aku terus menerobos mengundur waktu dulu.

Masa itu rancangan Roda Impian.

Masa itu Halim Othman masih jadi pengacara.

Makwe dia masih Abby Abadi.

Dan hadiah dia masih ribu-ribu. Hadiah bulanan kereta Ford Telstar.

Artis-artis yang takde tawaran berlakon mahupun yang takde kerja duduk rumah lepak bawah kipas dijemput hadir memeriahkan minggu Roda Impian tersebut. Hadiah disumbangkan kepada persatuan-persatuan kebajikan yang tumbuh ibarat cendawan selepas hujan.

Salah seorang artis yang dijemput menjadi peserta adalah Encik Hamid Gurkha. Bersama artis-artis veteran yang lain.



"Baiklah, RM100. En. Hamid Gurkha, sila pilih satu huruf." kata Halim Othman.


Hamid Gurkha pantas dan yakin,


"Saya pilih huruf F untuk MAAF..." dengan nada separuh menjerit.






Roda Impian memang kejam.

Kenapa perlu panggil Hamid Gurkha? Adakah niat Roda Impian tu sekadar menceriakan suasana?

Hamid Gurkha memang pelawak sejati.

Roda Impian memang kejam.



* Dan aku masih gelak sekarang.

Saturday, May 15, 2010

Siri bercakap dengan hati

Sekali lagi aku dengar perkataan bodoh bernama 'cinta', aku taknak kawan kau. Derita sikit punya gampang.

Buat masa sekarang, aku tidak mencari seseorang bernama kekasih. Bukan pula seorang wanita mata kelabu tinggi-tinggi body Megan Fox kulit putih cakap sleng Nottingham. Bukan juga seseorang yang boleh teman aku tengok wayang tiap hujung minggu sambil masakkan aku kek cawan pelbagai warna yang menjijikkan.

Aku hanya mahukan seorang yang boleh membalut luka lama.

Friday, May 14, 2010

Jangan betulkan monitor anda

Jangan harap aku nak post entry minggu ni. Sebab aku sekarang mengalami jiwa kacau.

Aku rasa, aku perlu start melukis balik. Lukis komik mungkin. Malam tadi aku berangan, mahu buka akaun blog lagi satu, dan post entry-entry tentang komik yang bakal aku lukis.

Bila aku cakap 'BAKAL', tolong jangan mengharap sangat. Melainkan ada makwe sms aku merayu aku buat. Aku ni jiwa kacau, jiwa kacau jugak, makwe tetap nombor satu. Maksud aku, skandal.

Aku masih single, okay!


***


Weh, kenapa aku asik nak demam je ni? Macam mana nak tengok Robin Hood esok. Ish. One Utama, Mines atau Alamanda? Makwe-makwe kalau jumpa aku esok, jangan segan-segan tegur ya. Aku keluar sorang je. Lisa Surihani sibuk.

Sunday, May 9, 2010

Entry Hari Ibu

Pagi tadi, aku hantar SMS ke mak aku. Okay, sebenarnya tengahari. Sebab pagi aku tidur lagi.

" Selamat hari ibu, mama! "


Selang 5 minit, mak aku balas.


" Sejak bila pulak kau panggil mak 'Mama'? Terima kasih. Mak sayang along. "


***


Okay, bagi aku, mak aku adalah mak paling tabah di dunia. Meneruskan hidup tanpa suami sejak hampir 20 tahun lalu. Ye, hampir 20 tahun jadi ibu tunggal tanpa pengganti. Mak besarkan kami adik beradik dengan penuh kesederhanaan sampai aku berjaya menjadi gemuk macam ayam FAMA ni.

Tanpa bantuan nafkah dari ayah yang tak bertanggungjawab sejak dari aku kecil, mak buat apa sahaja untuk kami membesar. Terima kasih kepada wan dan atuk yang membantu membesarkan kami. Bagi aku, wan adalah mak nombor 2 aku. Aku membesar dengan masakan wan, dengan garang wan dalam suasana sederhana. Sampai sekarang, wan tahu apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka. Dulu, bila aku tumbuk orang, wan tak percaya. Sebab, dari kecil aku tak pernah bergaduh yang berat-berat. Wan cakap, " Tak pernah-pernah dio gaduh, den tau la, sobab den yang bosarkan dio..." Ye, aku baik punya orang. Lebih sukakan diplomasi daripada kekerasan.

Mak pulak, sampai sekarang aku ingat masa aku darjah 1, dia pernah luruskan penyangkut baju yang besi tu, lepas tu dia pukul belakang aku sampai terbit darah dekat tengah belakang sebab aku degil taknak pergi sekolah. Sekali kena dah serik. Terus pada darjah 2, aku dapat anugerah sebab kedatangan penuh. Walaupun dapat hadiah cuma tuala good morning, tapi, aku rasa, itulah hadiah paling bermakna aku masa tu. Aku tahu, mak dulu tertekan. Tapi, masa kecil aku tak mengerti lagi.

Mak, terima kasih kerana tetap boleh suapkan aku makan walaupun aku dah berumur 24 tahun. Mak aku je boleh buat. Mak korang tak boleh. Cool tak mak aku?

Ni apahal pulak mata aku dah berkaca ni. Ciss. Macam Wan Maimunah betul la perangai. Sikit-sikit nak emosi.




Kepada mak, Rosminah Bt Hj Baba, Selamat Hari Ibu. Orang sayang mak!




Wan aku memang gagah. Itu baru ikan, belum tengok dia angkat Proton Persona lagi tu. Kepada wan, Hjh Zaharah Bt Long, Selamat Hari Ibu jugak. Orang sayang wan!



Tak lupa juga kepada semua ibu-ibu di luar sana. Ibu bapa, ibu tunggal, ibu pejabat, ibu sawat, ibu jari dan ibu-ibu bapak-bapak siapa yang punya anak bilang aku, aku yang sedang malu sama teman-temanku...


SELAMAT HARI IBU~

Saturday, May 8, 2010

Haruan dan kasih sayang

Tadi petang aku bosan. Jadi, aku putuskan untuk habiskan hari petang aku dengan memancing haruan.

Setelah sejam memancing, aku dapat 3 ekor haruan. Haruan itu aku namakan sebagai Ajis, Syamsul dan Subaidah. Oleh kerana aku bukan minat sangat makan haruan, aku bagi je dekat kawan haruan tersebut. Kawan aku bernama Zakaria.


" Kalau kau nak bagi, boleh jugak. Bini aku minat dengan haruan..."


Aku menung kejap tepat ke muka Zakaria. Kalau bini dia minat dengan haruan, kenapa muka Zakaria ni tak macam haruan pun? Ini kalau tak kes metarialistik, takpun hipokrit. Itu dua je.



*Apasal aku tak habis-habis kutuk orang? Tolong lempang aku. Sampai sedar. Kuat-kuat.



***





Oh, baru aku perasan. Tajuk entry ni macam gampang. Takde kena mengena.

Friday, May 7, 2010

Siri bercakap dengan Shah

Petang tadi aku sedikit bosan. Aku belek inbox kedua-dua handphone aku. Belek SMS lama-lama. Banyak lagi rupanya SMS yang aku tak delete. Dan memang takde niat nak delete. Antara yang menarik perhatian dan buat aku gelak sorang-sorang petang tadi adalah beberapa SMS dari Shah. Oh, lupa, Shah ni anak jati Kuala Pilah. Tapi sekarang kerja di Kuala Lipis sebagai budak antidadah kebangsaan. Bila borak atau SMS dengan aku memang tak tinggal dia punya minang. Jawab soalan pun nak menyakitkan hati.


Antaranya adalah :

Aku : Weh, kau kona tak si polan otai main dram kek Kolo Lipih nun?

Shah : Tak kona do otai sini. Tapi kalau ado pun otai main dram, takkan samo do dongan level den main dram. Bawah-bawah sumo tu...hahaha...umang aih, sodap pulak ai banggo diri poik.



Shah ni memang terer main dram. Bawah sikit tahap dengan Syarifah Aini.



Aku : Weh, jom turun Melako, ado panchen(function) fotografi anjuran aku dongan Keril. Bawak la kamera SLR kau tu. Awek ramai poik turun, member-member Keril.

Shah : Kamera den lensa eh kono koncing manih poik. Dio tak maun auto focus dah. Haha, kau ajak macam dah ado kamera yo den ghaso ni?

Aku : Aku mano ado duit nak boli DSLR tu gampang. Kalau den jadi gigolo sok, baru den meraso kot kamera tu. Skang ni, takat pakai kamera handset ado la.

Shah : Tolo kau berselumba lah. Takat kamera handset, baik tak payah!

Aku : Abih tu, kau nak turun Melako tak ni?

Shah : Den, kalau takdo aktiviti shuffle dongan seks bebas, tak maun la den turun. Den budak shuffle skang ni. Dulu yo den budak indie. Skang den shuffle plak. Namo group shuffle den, Shuffle Milikku...

Aku : Hahahahaha...apak kau ijau!



Aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Huza Shah Bin Che Rus yang bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan cinta hatinya. Okay, aku tak tau nama bakal isteri dia. Tapi aku pernah jumpa kot.

Hujung bulan Mei ni, mereka bakal menjadi suami isteri yang sah dan meninggalkan zaman suami isteri yang tak sah. Okay, aku gurau saja. Pak Che Rus, tolong jangan parangkan aku masa aku tengah makan nasik minyak nanti.

Weh, Shah. Mana aku punya kad jemputan kahwin kau? Nak kahwin buat la betul-betul. Kau ingat ini Bang Bang Boom? Anda kena Bang! Anda kena Bang!

Yang telah diberitahu kepada aku, majlis akan berlangsung di rumah Shah di Kuala Pilah, tarikh aku tak ingat, tapi hujung bulan. Majlis akan bertemakan inggeris dalam taman. Okay, yang last tu aku tipu. Muka Shah kelabu asap. Tak macam inggeris pun.

Jangan marah ye.

Lepas ni, kalau nak ajak kau turun Melaka, kena lah mintak izin isteri dulu, ye tak? Selamat pengantin Baru! Aku betting dengan Keril, anak kau lapan orang!

Kekekekekekek~







Shah(kiri). Abaikan gambar aku. Sebab macam Myanmar. Mamat dua orang tu pulak takde kena mengena langsung dengan perkahwinan Shah. Jangan cakap jadi pengapit, nak jadi bunga telur pun belum tentu layak.

Hey kamu

Kau selalu ke sana
Seakan dia di sana menantikan dirimu
Terbayang-bayang manis dalam kenangan
Kini baru kau rasa
Kasih tiada duanya
Cinta tiada taranya

Kini kau selusuri jalan-jalan memori
Kau harapkan bertemu kekasih yang kau rindu
Tiada bisa kau lupa wajah dan senyumannya
Semakin lama kau cuba melupakan dirinya
Semakin dalam kau rasa




Okay, sekarang korang gantikan perkataan 'KAU' dalam setiap patah ayat di atas, dengan perkataan 'AKU'.

Setepek kena dekat dahi aku.

Wednesday, May 5, 2010

Jengkel

Okay, jangan tanya aku kenapa aku nak update post banyak-banyak hari ni. Mungkin aku bosan, mungkin aku lapar, mungkin aku gembira. Sukahati akulah weh. Takkan aku nak hisap dadah?

Pernah dengar lagu yang menjengkelkan? Okay, buat makwe-makwe vogue dan muka macam Julia Roberts yang tak tahu menjengkelkan itu apa benda, tahu annoying? Ye makcik. Menjengkelkan = annoying. Kira separa dengan benda yang menyakitkan hati atau orang kampung aku panggil benda-yang-bebulu-mata-melihatnya.




Okay. Lagu ini memang buat aku sakit hati. Lepas tu, budak-budak perempuan tu nyanyi ramai-ramai ikat rambut macam Lady Gaga tu apahal? Nak kena sepak?

Aku harap, mereka bukan budak-budak UiTM. Sebab, dah banyak dah video budak-budak UiTM ni. Kira femes dah di mata dunia. Bagi lah can budak-budak yang keluar Bersamamu TV3 tu pulak keluar internet.


Oh. Lupa pula. Aku tag Encik Keril dengan video ini. Dia memang minat lagu ini.




Piss, piss, piss, kamu jangan nakal~

Tuesday, May 4, 2010

*Tolong baca untuk pengajaran hari muka. Please.

Aku punya IM facebook ada masalah sebenarnya. Sesiapa tegur aku melalui IM ni pasti aku punya window Mozilla Firefox dia restart balik. Ini memberikan aku tekanan. Nak-nak aku tengah tulis blog, lepas tu dia nak gatal-gatal tertutup sendiri. Tension okay! Kau orang tegur dekat YM tak boleh ke? Ke kredit masa berbual YM kau orang dah habis?

Kejap tadi, aku tengah nak tulis blog sambil tengok Buletin Utama. Sambil tu, facebook pun aku memang on sama. Aku ada seorang sepupu yang lagi dewasa 6-7 tahun daripada aku. Dia duduk di Melaka. Nama dia Haffas. Dia pun ada facebook. Dia ni memang suka bergurau dengan aku. Dan dia seorang saja dalam dunia ni yang panggil aku dengan nama 'Nins'. Nama serupa gampang tu pun nak bagi dekat aku apasal?

Sedang aku tulis blog, mood tengah banyak, dalam kepala tengah laju, tiba-tiba di facebook IM :



" Hey Nins, berapakah umur seekor ikan paus? "


Plup. Window semua tertutup dengan automatik.


Aku histeria.




***


Aku on balik window, aku delete semua yang aku tulis tadi, aku ganti dengan update ini. Sebab aku tension.

Satu hari di kedai buku

Okay, Ini siapa punya lawak ni?


Mat : Encik, saya nak buat laporan kehilangan.

Polis : Kehilangan apa?

Mat : Saya kehilangan berat badan sebanyak dua kilo...


Lawak zaman Ghafar Baba tu pun aku boleh gelak tak ingat dunia dekat kedai buku MPH dekat Mid Valley itu hari. Padahal biasa je. Nasib baik pak guard Nepal tu tak angkat cota kasi sebijik atas kepala aku.


*Kesimpulannya, masa aku sakit kepala/migrain, tolong hiburkan aku. Aku tak boleh sendiri hadapi sakit okay. Aku cepat tension.

Monday, May 3, 2010

Penat?

Tadi, ada seorang makwe ni YM sama aku. Aku tengah makan nasik sambil online. Itu sikap buruk yang aku tak dapat ubah selain naik motor sambil menyanyi.


Beliau berkata,

" Sani, hari ni tak update blog ke? Bila baca blog Sani, hilang segala penat. Hahahaha..."



Aku terfikir. Sejak bila pulak blog aku disediakan khidmat kerusi mengurut untuk hilang penat? Ada ke tuan-tuan?

Nanti, aku check dekat dia punya setting. Rasanya takde.

Saturday, May 1, 2010

Rahasia besar sejak aku darjah 2

Sampai satu masa, pasti orang yang tak sepatut tahu akan tahu juga rahsia besar yang kita simpan. Bergantung kepada masa dan tempoh sahaja. Jadi, sebelum aku malu besar jika aku sudah berusia 50 tahun kelak, baik aku pecahkan rahsia besar yang aku pernah simpan sejak darjah 2 dulu bagi mengelak ia menjadi barah jika aku berumur 50 tahun nanti.

Okay.

Tarik nafas.












Ya Allah. Betul ke apa aku buat ni?















Tolong berikan aku kekuatan.




















Oh, lupa nak hembus nafas. Hembus nafas dulu...Fuh~
















Rahsianya adalah.





















Aku bercita-cita mahu jadi pramugari.



Pramugari untuk WANITA saja ye dik. Mana aku tahu kata lawan untuk pramugari adalah pramugara masa darjah 2 dulu. Habis satu kelas gelakkan aku. Nasib baik aku tak ingat nama cikgu kelas aku masa tu. Kalau tidak, memang aku cari sampai dapat.

Okay, sejak keluar dekat Harian Metro cerita Pramugara Terlampau dulu, memang aku buang niat keji tersebut. Lagipun, ketinggian aku hanya setinggi dada Megan Fox saja. Okay. Korang mesti tertanya-tanya kan, aku pernah jumpa Megan Fox ke?

Jawapan aku adalah, tak pernah.