Tadi petang aku bosan. Jadi, aku putuskan untuk habiskan hari petang aku dengan memancing haruan.
Setelah sejam memancing, aku dapat 3 ekor haruan. Haruan itu aku namakan sebagai Ajis, Syamsul dan Subaidah. Oleh kerana aku bukan minat sangat makan haruan, aku bagi je dekat kawan haruan tersebut. Kawan aku bernama Zakaria.
" Kalau kau nak bagi, boleh jugak. Bini aku minat dengan haruan..."
Aku menung kejap tepat ke muka Zakaria. Kalau bini dia minat dengan haruan, kenapa muka Zakaria ni tak macam haruan pun? Ini kalau tak kes metarialistik, takpun hipokrit. Itu dua je.
*Apasal aku tak habis-habis kutuk orang? Tolong lempang aku. Sampai sedar. Kuat-kuat.
***
Oh, baru aku perasan. Tajuk entry ni macam gampang. Takde kena mengena.
Saturday, May 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
aku tgk tajuk mula2 cam sial je...bila dah baca lg la...cam sial..
abis motif ko komen cuma nak mencarut je la?
Post a Comment