Tuesday, May 18, 2010

Suatu petang yang direct

Petang itu aku berseorangan di satu kedai mamak di pinggir pekan Dengkil. Pakai biasa-biasa saja. Kalau pakai kemeja dengan bucu tajam sama seluar kain kilat nanti, apa pula tohmahan orang Dengkil. Bawa pulak motor kapcai saja.

Tujuan aku ke Dengkil bukanlah urusan berat-berat. Nak berurusan pinjaman bank pun sudah tentunya tidak. Berurusan dengan pejabat pos, jauh sekali. Hanya mahu shopping sedikit barang peribadi di sini. Orang kata, ada satu pasaraya yang murah ya amat di sini. Jadi, aku tak melepaskan peluang lah untuk membeli sabun basuh, deodoran, gel rambut dan ubat gegat. Sejak dua tiga minggu ini, bilik aku diserang oleh sekawan lipas yang lengkap dengan senjata tombak dan perisai ala Scotland zaman William Wallace. Bagai tak mahu mereka mengacau aku yang sedang nyenyak tidur. Tujuan lipas itu pun masih samar-samar. Adakah mahu menawan bilik tidur aku, atau hanya mahu mengawan. Itu masih menjadi misteri.

Sambil duduk menghirup kopi-o suam di kedai mamak, aku membelek suratkhabar yang disediakan pihak tuan kedai. Kisah penceraian artis memang menjadi-jadi dewasa ini. Membuat aku menimbang kembali niat untuk menjadikan artis sebagai isteri.

Tiba-tiba,

" Selamat petang bang, boleh saya duduk sini? "

Seorang makwe muka manis-manis dengan pakaian pejabat menegur aku. Perfume dia bau biskut meri.

" Ah, silalah..." kata aku lembut.

Sambil itu aku syak banyak lagi meja kosong di kedai mamak tu, tapi mengapa makwe ni memilih untuk duduk satu meja dengan aku. Adakah beliau kenal aku.


" Abang lama duduk sini? " kata itu makwe.

" Baru je. Kenal ke? " kata aku.

" Abang tak kenal saya? Saya Nadia. "

" Nadia mana eh? Tak cam la. Dulu sekolah sama ke? Duduk mana? " aku menyoal itu makwe.

" Tak. Saya duduk Puchong. Sekolah pun dekat sana. Abang orang Puchong ke? "


Aik. Dia pulak tanya aku orang mana.


" Eh. Taklah. Saya orang Negeri Sembilan. Lahir dekat Madinah." aku kelentong serba sedikit.

" Patut la abang tak kenal saya. Okay, saya sebenarnya jual barang bang. Buku belajar untuk anak-anak bang. " kata itu makwe sambil keluarkan sample buku dan katalog.


***


Sekarang punya style direct selling memang lain betul. Nak lari pun tak sempat. Dia pakai senjata makwe. Pandai betul cina meniaga sekarang ni.

4 comments:

Anonymous said...

ko takle aja makwe tu...patu suh dier jual produk kau sani oiii

-en.sani- said...

produk ape? ape yg saya ade selain muka kacak ni??

karibu said...

abis, kau beli tak produk tu?

-en.sani- said...

tak beli...sbb aku terpaksa mengaku aku masih bujang dan takde anak...