Tuesday, May 18, 2010

Azam hari baru

Suatu pagi Ahad, aku bangun dari tidur. Aku ada azam sendiri pagi itu. Azam yang amat penting. Malam tadi aku sudah berkata pada diri sendiri, aku perlu kuruskan badan sedikit. Sejak akhir-akhir ini, aku memang banyak makan. Kejap-kejap KFC, kejap-kejap nasi kandar, kejap-kejap roti john. Tiga kali sehari. Sampai rakan-rakan memandang serong dengan badan aku yang naik mendadak dalam dua minggu ini. Walaupun hakikatnya kawan-kawan yang menegur itu lebih dahsyat dia punya perut.

Mulai hari ini, aku perlu diet. Pagi itu aku sungguh yakin dengan azam yang aku kuatkan dalam jiwa. Aku rasa sungguh yakin sehinggakan aku hampir lupa memberus gigi pagi itu. Misi pertama aku hari itu, makan sekali sehari sahaja. Kedengaran sungguh mudah di mulut. Dengan keyakinan yang menebal, aku sudah memasang angan-angan aku bakal didampingi wanita-wanita cantik pabila badan aku sudah macam Eman Manan kelak.

Misi kedua pula, kurangkan makanan berminyak yang sinonim dengan menu rakyat Malaysia. Nasi lemak, roti canai, nasi beriani, nasi lauk kari, nasi kangkang dan nasi beras nasional. Semua perlu aku jauhkan. Malah, misi ketiga juga tidak kurang penting, iaitu joging di masa lapang atau sekurang-kurangnya banyakkan aktiviti luar yang mengeluarkan peluh seperti main badminton, main video game, memancing, dikejar anjing dan tidak lupa kena marah sampai berpeluh. Dan kalau boleh, kurangkan penggunaan teknologi seperti naik lif, naik motor, eskelator, pencukur elektrik, telefon bimbit dan juga juga mesin basuh.

Pagi itu, aku mulakan dengan basuh jamban. Kebetulan kawan serumah baru beli klorox. Ini peluang aku untuk mengeluarkan peluh sambil berbakti kepada rumah. Bilik air aku memang dah macam tempat babi mengawan. Rakan serumah amat pelik dengan kejadian yang menimpa aku pagi itu. Sehinggakan nyaris beliau membuat solat kesyukuran sehinggalah beliau menyedari beliau bukanlah seorang islam, tetapi hanyalah seorang yang beragama hindu.

Selesai membasuh jamban sehingga nampak macam jamban tajaan IKEA, aku mengambil keputusan untuk berehat. Sambil melihat tangan perlahan-lahan mereput akibat effect klorox.

Aku membuka tv sambil lepak atas sofa. Tak sedar sudah tengahari. Aku tekan TV3.

Jalan-Jalan Cari Makan, dibawakan oleh Serina Redzuan.


***


Pukul 1 tengahari,


" Dik, Dinner Plate satu set, tambah Cheesy Wedges. Original eh. Makan sini."

10 comments:

Anonymous said...

Kau memang kuek mentedarah...nak diet konon....ghentikan. Aku tau kau sani

-en.sani- said...

hahaha....kfc jom~

hani said...

haha..sani basuh blk air tuh pkai la glove yg getah tuh..clorox xelok tok kulit tok dibuat losen..hihi..diet tang pyot tuh

-en.sani- said...

hahaha...diam laaaaaaaaa.......perut2 jngan sebut...

karibu said...

hahahahaha...hati kau lembut sani.

-en.sani- said...

hati aku keras la...macam azroy

hani said...

hahah..sani sit up selalu..hani sokong dari blakang even sani berat mne pon..haha
aah mmg sani mmg hati lmbot sje je wat2 keras..haha

-en.sani- said...

ni camne berita hati aku lembut dah semua org tau ni? ha? sape pandai2 reka cite ni?

hani said...

hahah..tah spe tah reka crite nih

-en.sani- said...

sah dak hani buat cerita ni