Aku bangun sambil mengibas-ngibas muka yang penuh pasir. Di badan pulak dah macam FAMA buat tanaman organik. Pasir dan rumput saja penuh. Kecederaan di dahi akibat kejatuhan tadi tidak aku hiraukan. Aku lebih hiraukan keadaan baju yang kotor tersebut. Dengan sisa aiskrim coklat yang tepu melekat macam getah pisang.
" Tak cukup vitamin! " kata Hafis sambil berderai ketawanya menampakkan gigi yang kurang di bahagian depan akibat dicabut oleh doktor gigi minggu lepas.
Aku turut sama ketawa.
" Jom duduk la. " kata aku sambil menuju kembali ke pokok rendang.
Sementara menunggu bas sampai, aku menyapu dahi yang cedera. Hafis bangun untuk mendapatkan beberapa helai daun dari pokok berhampiran. Satu warna hijau, dan satu warna nak kekuningan.
" Kau tampal dekat luka tu." kata Hafis selesai mengoyak-ngoyak daun tadi.
Pelik aku Hafis ni. Belajar bodoh. Cita-cita bila Cikgu Faridah tanya, nak jadi penyanyi, tapi mana pulak dia belajar ubat-ubatan tradisional ni.
" Pedih tak?" tanya aku meminta kepastian dari Hafis mengenai ubat bidan terjunnya tadi.
" Entah, den pun tak tau. Den pakai tibai yo ni." jawab Hafis.
Terus aku campakkan ubat itu ke tanah. Hafis ketawa.
***
Selang 5 minit, kedengaran riuh rendah.
" Bas dah sampai! " kata seorang murid yang lagak seperti ketua darjah.
Aku dan Hafis lekas-lekas capai beg dan berlari ke tempat bas diberhentikan. Berebut-rebut kira-kira 20 orang murid mahu naik bas dahulu agar dapat merebut posisi tempat duduk terbaik bagi mengelakkan mabuk selekoh. Lagipun, plastik muntah masing-masing tak bawak.
Sampai giliran aku dan Hafis. Aku bagi Hafis naik dulu.
PELEPOWW!!!
Ini apa cerita Hafis tiba-tiba takde angin takde ribut nak jatuh pulak ni? Jatuh jenis tangan bersepah dada pergi dulu. Buruk benar rupanya. Tak boleh buat drama punya jatuh.
Aku tarik tangannya. Uncle bas dah bising-bising.
" Haiyaa...naik tangga betul-betul la. Cepat sikit."
Aku lihat mata Hafis dah berkaca. Ah. Macam perempuan. Itu pun nak nangis. Tadi gelakkan orang.
" Kenapo kau jatuh, lupo makan vitamin?" aku sound Hafis dengan nada perli.
Sambil dia mengesat tangan, dia pandang tempat dia jatuh tadi. Aku tarik tangan Hafis menuju ke tempat duduk belakang bas. Duduk belakang barulah nampak macam gangster. Walaupun Hafis dah nak nangis.
" Kenapo kau jatuh? " soal aku ke Hafis.
" Aku lupo baco tadi. " jawab Hafis.
" Baco apo bondo eh? Takdo kono mengono pun."
" Den lupo nak baco tulisan dokek tanggo bas tu. " kata Hafis.
" Tulisan apo? "
" Jaga langkah anda. " jawab Hafis.
BERSAMBUNG.........
Friday, May 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hahahaha...pasal lak lupa baca jaga langkah anda leh jatuh lak?
yang kau nak tau apsal? tu rahsia hafis kot....aku sbgai kwn dia pn xpat tau rahsia tu sampai skang.
Post a Comment