Friday, May 21, 2010

Baru 2 hari kot

2 hari aku tak update blog. Ramai pulak yang bising. Entah apa-apa. Aku bukan makan gaji dengan kau orang. Sukahati aku la weh!

Ada dua tiga orang juga yang YM aku yang mahukan aku cepat-cepat sambung cerita Kami the series. Sebenarnya, Kami the series itu aku nak cuba-cuba buat macam mini novel. Wah. Tinggi cita-cita. Nanti-nantilah aku ada mood aku sambung itu cerita. Cerita sedih macam tu, kena ikut mood jugak.

Buat sesiapa yang mengikuti blog aku sehingga ke hari ini, terima kasih aku ucapkan. Besok kalau tiba-tiba aku jual barang dekat blog, jangan kau orang tak beli pulak ye. Mengamuk aku nanti. Sesiapa yang tolong promote blog aku ke kawan-kawan, jiran tetangga, presiden pelajar, artis terkenal, makcik cleaner, tukang urut refleksologi, tukang jahit, penternak puyuh, ketua kampung dan sebagainya, lagi la aku sayang dekat korang. Sila pergi ke pejabat pos berhampiran untuk menuntut wang pos masing-masing. Atau jika ada yang muka black list pejabat pos, sila datang sendiri ke Cyberjaya dan tuntut lepat pisang sorang sekeping dekat aku. Atau mintak sendiri dekat Lisa Surihani kerana dia terhutang budi dengan aku itu hari.

Aku nak main Football Manager. Kalau aku rasa rajin nanti, aku sambung la Kami the series tu. Jangan bising-bising dah. Cerita macam haram tu pun kau orang suka? Pelik betul selera orang melayu sekarang ni.

10 comments:

hani said...

hehe..sani hani kasik blog sani kyt lia ngn kwn laen..
pastuh yg madi ni plak suh hani carik blog yg jenis mcm sani..hahha klaka glew..die xpuas gelak la sani

-en.sani- said...

ah...camne sani leh tak kenal madi tu sape ni? dia ketua kampung ke?

karibu said...

aku tekde jiran la nak pas blog ko ni...

-en.sani- said...

kau ckp jiran, trus aku terbayang makcik2 tgh cuci pinggan masak utk anak balik skolah...baik tak payah..

hani said...

madi kwn hani gk la..hihi..xpenah cte kt sani pon..die org ganu..haha die gelak lg power dr hani..hohoho

-en.sani- said...

owh...gelak hani pun sani tak pena dgr kot...

ah, kem salam sama madi...madi tu pompuan ke laki? macam nama pelumba cub prix je...

hani said...

haha..mmg rr..
haha..ok2 nnti kem salam
nme die mardhiah la..pggl madi da la

-en.sani- said...

owh...mardhiah...ngat laki td..kalo pompuan bagus la~<----DUSHH!!

hani said...

hahha..sani klaka+gatal...

-en.sani- said...

standard melayu la tu...