Sunday, February 28, 2010

Sila pastikan silibus KBSM di sekolah diperbaharui sekerap mungkin. Kementerian Pelajaran, sila ambil berat. Ini benda serius.

Lebih kurang 2-3 tahun yang lepas, aku sedang duduk di atas buaian di hadapan rumah dekat kampung aku. Sila bayangkan buaian itu berada di depan pintu pagar dan diperbuat daripada besi, dengan kerangka bulat dan boleh memuatkan 4 penumpang badan 2-3 pemeluk bagi satu-satu masa sambil bila digerakkan, buaian itu berbunyi krek krok krek krok. Tolong jangan bayangkan buaian yang gantung dekat dahan pokok dengan tempat duduk jenama Silverstone. Rumah aku rumah teres. Tak ada pokok. Kaktus ada. Merepek sungguh buaian sangkut dekat pokok kaktus.

Aku tengok 3 orang makcik dalam lingkungan 50-an sedang berborak-borak depan rumah sebelah sambil tunggu lori ikan. Ada seorang makcik tu gincu tak mahu kalah. Kaler nak orang muda, merah jambu. Aku mula buat andaian yang makcik tu nak goda india yang bawa lori ikan tu. Boleh jadi juga, sebab india tu ada juga iras-iras Rajinikant. Makcik itu memang hantu drama tamil. Cakap saja siapa, Rajinikant, B Sathiananthan, John Johnny Jonathan, Zed Zaidi, semua dia kenal. Dia pernah cerita masa dia datang raya beberapa bulan sebelum itu yang mengatakan Rajinikant tu hensem macam arwah suami dia. Ah. Lantak lah makcik.

Sedang berbual-bual tanya anak tak balik ke cuti ni, aku terus menangkap perbualan mereka yang aku rasa begitu menarik perhatian.

Makcik A : Semalam aku pergi Melaka dengan anak aku. Dia bawak pergi makan ikan bakar. Lepas tu, ada la satu keluarga mat saleh ni. Anak dia lawa-lawa. 2 orang. Kecik lagi. Dalam 4-5 tahun. Pandai betul anak mat saleh tu. Bijak-bijak.

Makcik B : Bijak macam mana?

Makcik A : Iye la. Patutlah mat saleh ni bijak. Kecik-kecik lagi mak bapak dia dah ajar cakap omputeh!



*Bunyi cengkerik



Makcik B dan makcik gincu merah jambu senyap. Bantah tidak, setuju pun tidak. Aku terus paling dekat tempat lain. Dada berombak tahan gelak. Aku faham. Aku tak salahkan makcik A. Mungkin zaman makcik A sekolah dulu silibus Geografi dan Kajian Tempatan masih dalam cadangan. Buku atlas pun tak ada lagi. Mungkin juga majalah URTV dan Maskulin sedang menguasai pasaran ketika itu. Merepek. Maskulin baru lagi.



Makcik B terus matikan perbualan oleh kerana sudah terdengar hon lori ikan. Makcik yang gincu merah jambu serta merta adjust anak tudung.



***

Makcik gincu merah jambu beredar dari lori ikan dengan 2 ekor ikan kembung kecik. Ketara sangat makcik oi...Agak-agak la...

Friday, February 26, 2010

Sehinggalah mata dah terbayang sawah bendang di kampung halaman(kampung aku rumah teres dan tiada sawah)

Sampai saja depan rumah dekat kampung aku esok, aku mahu basuh motor, lepas tu peluk kucing bernama Syafiq. Itu saja aku set dalam kepala otak. Lepas tu, siap-siap pergi pasar beli siput sedut. Suruh wan gulai dengan keladi. Tak dapat keladi, gulai dengan anggur pun okay juga. Peh. Terbaik dari ladang habaq hang! Eh. Aku orang Negeri Sembilan.

Aku ada janji dengan seorang minah ni. Aku berjanji akan makan dia punya masakan(sebenarnya aku paksa dia masak). Heh. Jangan marah ye cik kak. Tunggu aku beli kereta, boleh la pergi Planet Pluto berdua. JPJ memang jarang buat roadblock ke Planet Pluto sekarang. Mereka lebih tekankan kepada Ops Sikap.

***

Aku malas sudah mahu menulis bila ada dekat kampung mulai esok. Aku bila di kampung lebih cenderung melakukan amal jariah seperti memancing ikan, kupas bawang, makan nasik dan tidur berirama.

Esok Maulud Nabi. Sesiapa yang pergi Sungai Congkak buat barbeku dengan kawan-kawan tu, jangan lebih-lebih.

Sekian. Jangan marah.

Dokumen itu tidak menipu

Petang tadi, sebelum buka baju dan terbongkang macam zaman gila-gila remaja, aku buka laci almari. Aku selongkar semua isi perut itu laci. Tujuan aku satu. Nak cari sijil dan dokumen-dokumen penting aku. Dua tiga kali selak, dapat satu fail. Fail tu memang penuh dengan dokumen dan sijil-sijil penting aku seumur hidup. Kecuali sijil kahwin. Aku mula selak satu persatu laman fail tersebut sambil mata tajam melihat tujuan aku mencari dokumen tersebut.

Sampai satu muka, aku berhenti. Ya. Inilah yang aku cari. Surat beranak. Baca, baca.


Kemudian.


Ohh...Betul la. Bapak aku orang Negeri Sembilan!




*Nota : Aku tidak pernah ada kasih sayang seorang bapa sejak berumur 4 tahun sehingga sekarang. Macam mana mahu jadi bapak eh? Perlu bimbingan ni...

Thursday, February 25, 2010

Bercinta jangan dikaitkan dengan tumbuh-tumbuhan

Siap-siap pakai baju. Mahu pergi kerja. Sambil pakai baju, dengar pula entah mamat mana menyanyi dalam tv. Syahdu sangat bunyinya. Aku dengar pun meruntun jiwa. Lagu pun bunyi lirik memang style Eddie Hamid punya line. Kadang-kadang tersekat-sekat suara sebab menahan sebak barangkali. Agaknya memang datang dari sudut hati yang paling dalam. Dia memang menjiwainya. Kalau aku jadi Simon Cowell, memang aku bagi 8 markah.

Oh sudah. Aku mahu pergi kerja. Lagu yang mamat itu nyanyi memang penuh propaganda. Tak perasan aku dah lewat. Tutup tv. Sebelum tutup tv, aku ingat lagi lirik lagu mamat tu bunyi lebih kurang macam ni, 'kasih, cintamu ibarat mencurah air di daun keladi...' Lebih kurang begitu lah. Macam gatal je liriknya.

Aku buka pintu, capai air kosong sebotol, terus keluar rumah. Sampai saja dekat tangga, aku rasa tak sedap hati. Aku toleh ke bawah. Ini tak boleh jadi. Aku terus pusing balik. Buka pintu rumah.

Tak manis pula kalau pergi pejabat pakai selipar Asadi. Ini semua pasal lagu keladi tadi tu.

Tuesday, February 23, 2010

SMS paling misteri

Treett...Treett...(Bunyi SMS masuk)

From Khairil-22 Feb 2010: Piss...piss...piss...kamu jangan nakal...

Treett...Treett...(Bunyi SMS masuk)

From Khairil-23 Feb 2010: Tiada ku sangka, bola bola api, yg dulunya kecil, dah menjadi besar.

Aku mulai diselubungi misteri. Dah jauh budak Khairil ni menyimpang. Karang kalau aku balas dengan lagu yang mengatakan aku mahu jadi tapak sulaiman karang, kata aku main kasar pula. Mak aku pesan, mengalah la sikit. Awak tu dah besar. Jadi aku diam. Kau memang misteri Khairil. Serupa itu cerita Niyang Rapik.

Aku kalau bikin drama melayu memang tahap-tahap Khabir Bhatia. Kau orang jangan pandang serong

Aku cukup tension kalau drama melayu yang dia punya pengarah hilang akal. Hilang pedoman. Jenis buat drama nak makan royalti dengan syarikat tv saja. Tak kira perasaan orang lain. Beberapa kali juga aku tengok tv, benda sama terjadi yang aku kira sangat menjengkelkan.

Sedutan dari drama :

Ada 2 orang sahabat yang gila pancing, sedang memancing di tasik yang dikatakan banyak ikan. Muka si pemancing macam biasa, hero lah katakan. Mekap memang taknak kalah. Entah bapuk mana yang mekap. Habis saja memancing(selalunya memang tak tunjuk aksi mereka naikkan ikan), mereka terus angkat ikan dalam jaring. Itu dia. Ikan kerisi dengan ikan kembung. Apa cerita ikan kerisi dengan ikan kembung kau dapat memancing dalam tasik air tawar? Kakak-kakak yang pagi-pagi tunggu lori ikan sambil borak pasal Norman Hakim lepas tu jenis nak ambil tahu laki orang balik pukul berapa, kalau laki orang tu balik lewat siap bawa cerita laki tu main kayu tiga, boleh la kau orang tipu.

Aspek ketelitian dalam drama melayu memang di tahap yang amat rendah. Pengarah hanya tangkap muat tanpa mengkaji secara mendalam aspek-aspek yang dianggap kecil dalam drama. Bagi aku, setiap prop yang diketengahkan dalam filem adalah 'pelakon utama'. Peh. Macam brader-brader Melodi aku punya cakap.

***

Pagi ini, aku tak boleh tidur. Panas sangat. Takkan aku nak tidur tanpa seurat benang. Tak manis pula dipandang malaikat. Bangun awal pagi. Tak reti mahu buat apa. Buka tv, MHI. Itu dia. Jaafar Onn duet dengan Rohana Jalil nyanyi lagu entah apa. Baru saja aku sebut Jaafar Onn dalam entry aku yang sebelum ni. Dia memang panjang umur.

Tukar rancangan lain. Tak ada pula rancangan berunsur agama-agama. Apa cerita ni Dato' Sri Ahmad Farid Ridzuan?

***

Oh. Aku baru lepas kena sound dengan awek sorang ni. Yang aku pandai-pandai SMS dia pagi-pagi buta kenapa. Kan dah kena sound. Aku cuma mahu cakap, minggu depan aku mahu turun 1 Utama. Aku tahu si dia lama tak baca blog aku. Si dia sibuk tahap gaban dekat UiTM sana. Ah. 'Si dia-si dia' kepala otak lu. Ingat ini majalah Remaja?

Monday, February 22, 2010

Sayang bini tangan-tangankan

Aku on tv lebih kurang pukul 9 malam. Tengok-tengok drama entah apa rupa. Kapten Kit katanya. Serupa itu gampang dia punya dressing. Entah insan mana yang reka. Aku pun tengok juga sikit-sikit.

Orang tua-tua cakap, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Tak perasan setengah jam juga aku layan itu drama. Drama melayu memang penuh propaganda. Buat aku mahu tengok lama-lama.

Sedar-sedar Din dah masuk bilik aku. Tak tentu arah aku ubah rancangan lain. Celaka, macam mana aku boleh lupa mahu kunci pintu rumah. Din datang dengan muka senyum tawar. Ah, kena marah bini lah tu. Hati macam Jaafar Onn. Aku tahu dia kantoikan aku tengok Kapten Kit. Ah, peduli apa aku. Dia tu petang-petang balik rumah semata-mata nak layan Wonderpets ingat aku tak tahu?

Din : Jom makan.

Aku : Dah makan.

Din : Jom lah. Teman aku.

Aku : Yelah. Kau turun dulu. Tunggu bawah. Karang aku SMS.

Din : Sekarang la. Handphone aku dah berkecai.

Aku : Kenapa handphone kau? Gelek dek lori?

Din : Bini aku campak dekat dinding.



Okay, sekarang aku faham. Aku siap cepat-cepat. Teman Din pergi makan. Kesian pulak aku tengok dia. Aku tak tanya pun kenapa bini dia campak handphone dia. Tapi aku tahu, ini kalau tak cemburu, lupa beli majalah Mangga. Bini Din memang ranking bab-bab pecahkan handphone sebab mengamuk. Din pulak nama je anak bomoh dekat Gua Musang sana, tapi penakut bini jugak. Tangkap ular hitam berlagak.

***

Lepas makan, Din bersuara.

"Sani, aku lupa bawak wallet."

Macam celaka.

Sunday, February 21, 2010

Itu nametag sekolah kalau aku tempah mahu makan 5 hari. Tag orang, 5 minit je. Nasib la siapa kena tag ni karang

Masa aku kucar-kacir layan myspace dulu, dalam separuh sedar aku terperasan aku telah di tag oleh insan-insan marhain yang agak obses dengan kerja-kerja tag ni. Aku pulak masa tu jahil sangat dengan binatang tag ni. Aku ingat tag ni sejenis benda komedi. Saja tag, lepas tu gelak tak tahu hujung pangkal macam budak hisap gam. Lepas join blog, aku didedahkan dengan beribu-ribu lemon masyarakat tag ini. Entah berapa puluh kali budak-budak tag aku pun aku dah lupa. Aku terlepas kegembiraan tag.

Ini jam, lepas beberapa minggu, aku terbaca seorang penulis telah tag aku. Aku pun kurang pasti dekat blog ke, myspace ke, facebook. Aku amat sibuk seperti memerang membina empangan. Dengan kerja lagi, dengan baca paper lagi, dengan duduk kedai mamak usha awek lagi, dengan chatting lagi, dengan berzikir lagi, dengan makan nasik lagi. Mana ada masa.

Ada seorang minah ni dia ajak aku main tag-tag. Entah apa yang seronok. Jadi, terpaksalah aku mulakan dulu. Karang tak buat, dia cakap tak mahu chatting dengan aku lagi. Dia main ugut-ugut ni yang aku kalah.


***

Senaraikan setiap satu barang yang ada dalam beg duit/wallet/purse anda, dan terangkan satu persatu tentang barang tersebut. Kemudian, tag 5 rakan anda.



Okay, wallet aku ni kira baru jugaklah. 5 bulan lepas aku beli. Murah punya. Aku beli dekat FOS. Jenama pun runcit punya. Northern Rock. Tajuk macam kilang letup-letup batu kerikir.

Wallet aku sebelum ini merupakan wallet kegemaran aku. Dah koyak. Dihadiahkan oleh ex-girlfriend aku. Dalam 85 ringgit jugak la beli dekat Terminal 1 Seremban. Siap kotak kayu. Kotak kayu tu sekarang aku buat bela bakteria baik, lipas.



1. Duit kertas RM 115.00 di tempat letak duit utama. Duit-duit syiling tak main. Wallet aku takde tempat syiling. Ini adalah duit perbelanjaan. Lain maksudnya dengan 'duit selit'. Baru lepas cucuk duit dekat CIMB Bank semalam. Entah budak kampung mana guna istilah 'cucuk duit' pun aku tak tahu. Lucah benar bunyinya. Aku pulak pergi follow.

2. MyKad yang tertera nama dan nombor IC aku. Alamat dekat Tampin. Kalau polis ke, imigresen tahan aku, soal aku macam-macam, selamba je aku jawab. Aku tau itu psikologi dia nak tuduh aku pendatang haram. Mentang-mentang muka aku dekat MyKad muka budak. Orang kampung aku panggil 'babyface'. Lepas tu baru la melarat dekat Amerika nun.

3. Lesen memandu. Kelas lesen dirahsiakan bagi mengelak penyelewengan. Cuma boleh bagi pembayang sikit. Tinggal lagi 1 peringkat saja aku nak dapat kelas memandu secara melulu. Aku hold dulu sebab tengah musim Ops Sikap. Lesen motor aku masa P pun ada lagi. Saja aku simpan sebab muka aku paling Tomok la time tu. Buat bukti untuk anak cucu kelak kalau dia orang tak percaya masa aku muda-muda muka macam Tomok. Dan aku menyampah Tomok.

4. Kad ATM CIMB Bank. Gaji aku disalur di sini. Buat masa sekarang, time gaji ke tak, aku pastikan jumlah dalamnya tidak kurang dari 4 angka. Kad ini telah beberapa kali ditelan oleh mesin ATM. Sampai sekarang aku dendam dengan mesin ATM. Perangai mesin tu sungguh Decepticon.

5. Kad ATM Maybank. Duit ada la dalam berapa ratus. Aku jarang guna akaun Maybank kerana lebih cenderung keluar duit dari menyimpan. Maybank punya akaun dah 4 tahun aku buat tanpa sebarang fungsi yang khusus. Saja buat psiko kawan-kawan barangkali.

6. Kad ATM Public Bank. Kad paling lama dalam pegangan aku. Kad bank pertama yang aku miliki. Aku buat masa Tingkatan 1 kad tu. Pakai nama mak aku. Simpanan ada la dalam RM 30. Kad dia dah naik bersawang. Aku tunggu masa je Muzium Negara nak beli kad ATM antik.

7. Resit overhaul motor aku di Ng Kim Teck Motor. Kedai kembar. RM600 juga aku melayang. Aku nak laminate ini resit, lepas tu frame, gantung dekat dinding bilik. Buat motivasi jangan bawak motor macam setan.

8. Tesco Clubcard. Sejak mak aku bagi dekat aku kad ni 6 tahun lalu, sekali pun aku tak pernah pakai. Sebab kalau aku pergi Tesco dulu, beli runcit-runcit je. Takkan beli roti paun sebungkus nak pakai kad keahlian. Reputasi kena jaga juga. Nak-nak pulak kaunter bayar awek cun yang jaga.

9. Kad Keahlian Koperasi Telekom. Tahun lepas aku jadi ahli. Lepas juga aku ambil handphone dan tv Sony Bravia tolak gaji pakai kad ni. Prinsip orang melayu, biar mati saudara, jangan tak buat loan. Macam celaka.

10. Kad keahlian Hijrah Toyyibah. Entah berapa banyak aku punya kad keahlian pun aku tak tahu la. Ini semua kerja mak aku. Aku hangguk je apa dia cakap. Fungsi kad ni masih samar-samar. Aku dengar khabar kad ni lebih kepada khairat kematian. Meremang pula bulu roma.

11. PM Care Open Panel Card. Sejak aku kerja MMU, aku dapat kad ni. Pergi mana-mana nak MC tak payah susah-susah. Pernah 1 kes aku pergi minum dekat mamak, aku hulur kad ini. Tapi tak dapat makan free. Bengong. Itu kad kesihatan la bodoh.

12. Duit kertas 1 Riyal. Aku baca tulisan jawi dekat bawah gambar mamat tu tulis 'Riyal Waheed'. Sah-sah la itu nama mamat tu. Saja aku lipat-lipat bagi muka dia dekat tingkap wallet buat ibu duit. Duit ni wan aku bagi masa dia balik dari tanah suci kali ke-6. Mula-mula aku mintak 10 Riyal, tapi dia cakap, budak-budak tak boleh pergi money changer. Ceh.

13. Duit selit. Duit kategori kecemasan. Ada lah dalam seratus ringgit dalam bentuk not RM10 dan RM50. Yang RM50 tu aku jahit dekat lubang rahsia. Memang seorang pun tak perasan sebab aku jahit memang perfect, benang kaler hitam. Peh. Macam ekonomi rumah tangga punya skill jahit.

14.Digital Access Internet Club. Expire date 4 Januari 2007. Ini masa aku belajar dekat Melaka dulu. Rumah mana ada internet. Sekarang, baru aku sedar kad tu tiada guna, jadi aku baru humban kad tu tadi. Patut lah berat wallet aku.

15. Business card. 3 kad aku ada. Satu aku punya kad buat mengurat makwe. Pakai company member, Anjung Media Ent. Jawatan aku dia tulis, Designer/Marketing Officer. Peh. Macam brader-brader punya jawatan. Kad ni pernah sekali aku lalu naik kereta dekat Tol Lebuhraya LDP area Puchong, bagi dekat awek jaga kaunter tol. Mengurat style lama. Sampai sekarang dia tak telefon. Mana taknya, belakang kad tu tulis, food and beverage supplier, batik sutera Terengganu and bla bla bla. Dah tentu lah awek tu takde point nak borak. Kad bisnes ke-2 pula syarikat SMT Sdn Bhd, Talib Muhamad. Aku buat loan handset dengan tv dekat mamat ni lah. Kad ke-3 pulak, Eddie Chen Hoe Chuan, Marketing Officer kompeni jual-jual rumah. Macam tak patut je kad ni berada dekat dalam wallet aku, kata aku dalam hati.

16. Resit beli cincin. No comment. Cuma aku nak tegaskan dekat sini, aku suka pakai cincin. Okay, dah.

17. Resit beli pencuci muka Loreal Man dengan berus gigi Colgate 360 dekat Guardian Alamanda Putrajaya. Muka tak jugak putih macam Aaron Aziz. Gigi saja macam gigi Zed Zaidi. Macam setan.

18. Habuk pensil. Entah mana datangnya. Misteri sungguh.

Tangkal kencing malam, penunduk bos, pemanis mulut semua takde okay! Gambar makwe takde jugak. Sebab takde makwe. Siapa tahu, gambar kamu pula ada lepas ni?

Dengan ini, saya dengan suka citanya tag arthaisa, pencinta kedamaian, pany, chieyxlulu dan cik keril. Hah. Entah siapa-siapa entah aku tag. Lantak la korang. Aku pakai petik je dekat Followers. Yang dekat dalam wallet/purse ada nota manja dari pakwe/makwe ke, resit beli dedak ayam ke, jangan tipu. Tuhan nampak.

Budak shuffle boleh kau tipu

Tengah memancing udang semalam, mata kusyuk tengok pancing.

*Bunyi SMS masuk "Gedegang!"

*Dari 0198629372-SimCard anda telah terpilih dalam undian & memenangi hadiah terkini, RM20000 No.Siri 9R619YK dari Syarikat SHELL BERHAD. Sila hubungi 0148535123.

Aku terus balas SMS.


"Waklu!"


***

Kalau dekat Malaysia ni ada 1000 orang macam aku, graf penipuan SMS merudum jatuh aku rasa.

Thursday, February 18, 2010

Pemakanan aku yang paling dahsyat hari ini

Petang tadi, aku pergi layan memancing udang dekat Dengkil. Dapat juga sekilo buat modal jual balik dekat kawan kerja. Hidup dah macam nelayan dah aku ni. Ah, aku suka, sukahati aku la. Aku memancing macam biasa. Umpun-umpun memang aku bawa sendiri dari rumah. Potong kecil-kecil. Udang makan mata berkaca dek kerana sedap umpun-umpun aku.

Sebelum balik, aku tengok orang ramai dekat bahu jalan sebelah kanan. Aku mula tak sedap hati. Ini kalau tak kemalangan ngeri, roadblock JPJ, tak pun budak-budak tabliq. Oh, sangkaan aku meleset. Itu hanya pasar malam. Serta merta aku rasa lapar. Tak sedap hati pula kalau tak singgah. Jadi aku singgah dengan matlamat beli nasi goreng. Ini kalau tak makan, sah-sah esok pagi baru aku tergerak nak makan ni.

Nasi goreng sebungkus dengan ayam goreng. Cukup. Nak banyak-banyak tunggu aku kahwin dengan manager bank. Aku start motor, terus balik tanpa fikir panjang. Dalam kepala dah terbayang nasi goreng. Tapi, pemanduan motor aku masih lagi macam orang agama-agama, sopan dan ala-ala JPJ.

Sampai rumah, buka pintu, tak sempat-sempat nak makan. Makin sedap pula ayam goreng tu dia punya bau. Aku tau itu syaitan punya godaan. Mana ada ayam goreng tepung pasar malam bau macam Kenny Roger's Rosters. Tak munasabah sungguh.

Aku buka bungkus nasi goreng dengan ayam goreng. Aku buka tv, sambil aku tengok tv layan makan nasi goreng okay juga. Sebelum makan, aku mulakan dengan 'Bismillah...' diikuti dengan doa makan. Kau ingat aku jahil sangat? Kau silap kat situ.

Tengah makan, aku terfikir. Sedap pulak nasi goreng murah brader pasar malam tu buat. Selalu biasa-biasa je. Nak kata dia bubuh dadah, merepek sungguh. Dadah sekarang mahal. Lagi mahal dari daun kari. Atau ini hanya kerana perut aku betul-betul lapar? Ah. Nikmat tu jangan ditolak, kata aku dalam hati. Berselera betul aku makan. Macam kanak-kanak mendapat lolipop orang tua-tua cakap.

Alhamdulillah...selesai makan. Kenyang perut aku. Sebelum bangun nak kemas meja apa patut, aku diam. Aku rasa tak sedap hati.


Sekarang, baru aku ingat. Sebelum makan tadi, aku lupa nak basuh tangan. Patut lah rasa umpun-umpun.

Konvoi untuk kordial

Itu hari dalam sebulan lepas, aku dijemput menghadiri kenduri rumah sepupu aku. Apa cerita sepupu kahwin pun aku tak tahu menahu. Ini perkahwinan kali ke-2 nya dalam masa 5 tahun. Sepupu aku perempuan. Anak dah seorang. Kerja bidang jururawat askar. Bunyi macam ganas. Tapi tak ganas. Dia pandai buat kek coklat. Macam budak shuffle bukan?

Oleh kerana ini benda last minit, aku bersama adik aku yang lelaki sama seorang sepupu lelaki pakat konvoi naik motor ramai-ramai dari Tampin ke Kuala Sungai Baru, Melaka. Baru nampak macam gila-gila remaja. Tinggal lagi aku tak menderma darah kepada bapa teman wanita aku je. Lagi pun, itu hari aku mana ada teman wanita. Bukan itu hari je, sudah nak 2 tahun aku tiada teman wanita.

Dipendekkan cerita, setelah perjalanan selama 45 minit, kami pun sampai tanpa sesat ke rumah kenduri kahwin. Ini berkat tunjuk ajar GPS Nokia E72 adik aku yang baru berusia beberapa hari setelah keluar PTPTN. Budak sekarang senang. Dulu, nak keluar duit biasiswa masa sekolah, karenah birokrasi memanjang. Borang bagai nak isi, ada dalam 5 helai. Nak approve dari cikgu hal ehwal murid la, cop ketua kampung bagai. Ada sesetengah kes, dia nak air 7 masjid. Apa cerita? Taknak bagi duit, bagi tahu je la. Tak payah murid-murid susah. Ini karang masuk kelas nak belajar Theorem la, sejarah reinassance la, penaakulan mantik la, tak gila budak-budak? Budak sekarang bebas. Cakap nak pergi kokurikulum, dia melencong pergi main mesin kuda.

Berbalik kepada kenduri kahwin, kami tiga orang macam biasa. Adik aku, Hairi dan sepupu, Haikal buat-buat yakin langkah keras masuk dekat rumah pengantin. Jalan dada nak bidang. Tangan nak hayun tinggi. Spek mata hitam memang tak buka. Baru nampak ganas. Itu kalau budak-budak MLM ke, budak pejabat ke, mamat rambut kuning ke, tak pun budak baru habis kelas mengaji terserempak kami jalan, mahu melencong lalu jalan jauh.

Seminit saja kami jalan, kami mati kutu. Tak tahu arah mana nak tuju. Last-last rupanya kami lupa perkara asas untuk pergi rumah kenduri kahwin. Makan nasi minyak. Perkara basic pun boleh lupa. Masing-masing nak gerak malu. Tadi beriya benar jalan dada bidang. Aku pun buat-buat belek handphone. Bukan ada SMS masuk pun. Malu dengan awek yang serve makan tu. Pandang-pandang macam la aku ni Eman Manan.

Kami berbaris menunggu giliran ambil makanan. Muka buat-buat cool. Si Haikal orang suruh buat cool, dia buat muka ketat. Mata dah sepet sebab dahi kerut. Biasa-biasa sudah la. Kita nak makan je, bukan nak masuk pertandingan karate.

Aku selesai ambil nasi minyak, lauk ayam masak merah, kuah kari dan sayur apa jadah. Rupa macam kobis, rasa macam air mineral. Bawang dengan garam semua entah ke mana. Sampai saja bahagian air dan pencuci mulut, aku capai limau dalam dua potong. Cukuplah. Ambil banyak-banyak sakit perut pula. Khemah orang kenduri kahwin mana ada disediakan tandas bergerak. Perpustakaan bergerak lagi la takde. Lagi pun, aku mana ada kad perpustakaan. Apa aku merepek ni celaka?

Time tekan air minum, aku pelik. Salah rumah ke aku pergi? Atau tuan rumah salah konsep?

Kenapa dia tak sediakan air sirap masa kenduri kahwin? Kenapa perlu dia buat air kordial oren? Sudah hilangkah institusi sirap dalam majlis kenduri kahwin? Aku masa datang tadi dah set dalam kepala otak nak minum sirap je. Air sirap memang tak boleh dipisahkan dengan kenduri kahwin. Orang zaman sekarang dah jauh menyimpang.



Tengahari itu, aku minum hanya 4 cawan kordial oren.

Tragedi 90-an

Nak pijak karang, cakap aku tak mengalah. Yang kau pergi duduk tengah-tengah laman tempat aku lalu lalang main kejar-kejar kenapa. Tau la kau anak emas atuk. Dia belai kau hari-hari. Tapi mana jadi memanjang aku je kena sebat dengan atuk pakai tali pinggang kulit. Tali pinggang dulu-dulu memang betul-betul kulit. Masa itu mana ada pasar malam jual tali pinggang buatan PVC dengan harga RM 10. Kena sekali libas dengan atuk, rasa nak tersembur air sirap 2 hari lepas dekat mulut. Bongkar juga isi dekat tengah belakang. Sadis. Ah. Kali ni aku betul-betul nekad. Apa nak jadi, jadi lah.

Petang tu, masa tengah main pasir dekat tepi longkang, atuk panggil.

"Ni siapa pijak anak pokok cili den ni?" katanya sambil tali pinggang kulit berada di tangan.

Wednesday, February 17, 2010

Insiden orang yang paling aku takut dekat ofis

Aku tengok Kadir(bukan nama sebenar) meluru kearah aku dengan langkah laju. Mata tajam merenung kearah aku. Dekat tangan kanan dia pegang cekodok. Mulut sedang mengunyah. Jalan laju-laju datang dekat aku. Dah la makan cekodok sambil jalan laju, muscle pun nak buat-buat keras. Muka macam haram jadah. Biasa-biasa dah la.

Sampai dekat aku, apa rupa entah sambil dada berombak makan cekodok pisang. Komando pun tak buat macam tu. Aku tengok urat leher dah tegang. Mungkin cekodok sekat dekat halkum. Astaga. Senonoh la sikit perangai. Awak tu dah ada anak bini.

"Sani, pinjam spanar 10...!"

Dari mula insiden tadi aku tak bercakap. Aku terus bukak seat motor, hulur spanar 10 dekat Kadir. Dada aku turut berombak menahan gelak. Tapi aku tahan.

Tuesday, February 16, 2010

Ugutan bencana hidup

Masuk saja rumah, Din SMS.

"Sani, jom ikut aku pegi Puchong, beli pampers anak aku."

Aku pandang slek dekat handphone aku. Hekeleh mamat ni. Takde aktiviti lain ke kau nak ajak? Kalau ajak pergi snorkeling ke, bungee jumping ke, ada juga niat nak pergi. Ini semua aktiviti dia ajak berat ke arah kekeluargaan. Tak cool langsung. Takkan kau nak biarkan sisa-sisa remaja aku terbuang dek aktiviti yang setaraf macam budak-budak shuffle ni

Aku balas SMS,

"Malas la. Penat la. Lagipun nak tengok tv."

Din jawab.

"Kau ikut je la. Aku tahu kelemahan kau, nak aku hebohkan seluruh MMU?"

"Apa dia kelemahan aku?"

Dia balas,

"Lu layan SpaQ!"


Masa bila entah SpaQ ada lagi tayang dekat tv pun aku tak tahu la.

***

Petang tu, Din belanja aku cendol upah teman dia beli pampers anak. Aku tak tahu apa fungsi bini dia. Geram betul.

Sunday, February 14, 2010

Kena kitai

Pagi ni, aku berhajat nak pekena roti canai dekat mamak foodcourt. Aku dapat tahu mamak ni muslim. Beliau bukan bangsa Tionghua atau burung tiong sebab dia tak merayakan Tahun Baru Cina.

Sampai je dekat kedai dia, dia elok tengah tebar roti canai. Skill dia tak lah bagus sangat. Tapi lagi bagus dari aku tebar roti canai. Aku buat roti canai jadi roti kirai. Aku duduk cari paper hari ni. Takde. Majalah bahasa Parsi je ada. Ah, ambil je la. Tak dapat baca, tengok gambar Ahmedinejad okay jugak.

" Cha, roti kosong banjir..." order aku separuh menjerit.

Mamak tu buat muka pelik. Muka blur. Sambil cakap bahasa tamil dengan partner dia dekat sebelah. Tangan masih gerak tebar roti.

Hekeleh mamak ni, dia buat muka panik in the disco plak. Terajang meja kang, kaki aku yang sakit, jadi, aku semat niat jahat tu kemas di sudut hati.

"Roti canai kosong satu, kuah taruh atas..." aku ulang.

Lagi sekali dia pandang, sambil tunjuk-tunjuk dekat aku. Muka macam marah dan macam nak telan orang. Eh mamak ni. Nak kena ni. Kura-kura dalam titanic, pura-pura panik plak.

Tiba-tiba, partner mamak ni pergi dekat aku sambil tangan sebelah capai batang penyapu. Ah, sudah. Apa hal pulak ni. Parah la aku kejap lagi ni karang. Tapi, aku masih boleh berlagak cool. Tapi tangan dah capai handphone, kalau tak dapat call member, dapat tekan 999 pun kira okay.




"Syuuhh....Syuuhh..."


Partner mamak tu halau burung pipit dekat belakang meja aku. Burung tu tengah kitai mee goreng atas meja belakang aku. Celaka.



" Makan apa macha, mee goreng ada, rojak ada, megi goreng ada, suma ada..." kata partner mamak tu.


" Roti kosong banjir satu. Air bagi air yassin..."

Namanya 'S'

Malam ini, sebelum tidur, aku dikehendaki menghubungi seorang kawan. Dia kurang sihat. Ingin berbual katanya. Kami pun bergelak ketawa sehingga tak sedar sudah setengah jam. Kalau cerita drama melayu, dah abis satu episod.

Sedang aku cerita, tiba-tiba dia senyap. Aku panggil namanya. Tiada jawapan. Rupanya, dia sudah tidur. Aku senyum sendirian. Kasihan dia. "Goodnight and sweet dream sayang..." Tak lupa juga nasihat ringkas seperti ingat makan ubat dan jangan termakan semut walaupun aku tahu dia suda lena diulit mimpi.

Agak sweet juga tidurkan seorang perempuan. Dia buat aku rasa bersemangat semula. Ya, dia sungguh cute bila sudah tidur.

*Daydreams*

Thursday, February 11, 2010

Reputasi yang jatuh berdedai(sebenarnya berderai,saja ubah tempo untuk lebih grab)

Kadang-kadang, rasa segan mahu tulis ini cerita. Dah lama aku pendam. Dan beberapa kejadian serupa berulang kembali. Aku tahu aku tak cool. Aku tahu aku tak metroseksual. Aku tahu aku tak urban. Tapi, salahkah aku tak merokok?

Itu hari, aku dengan Kak Zai macam biasa pergi lunch. En.Nordin kirim Dunhill 14. Dia cakap, pakai duit aku dulu. Balik karang dia ganti.

Kami berhenti dekat Petronas Cyberjaya. Aku ditugaskan beli rokok. Macam biasa, time aku tulis je, mesti melibatkan awek. Ya, kali ini, kita kenalinya dengan awek Petronas.

"Dunhill 14 satu."


Awek tu pun capai sekotak dan hulur dekat aku. Aku bukak wallet. Hulur sekeping not 5 ringgit. Aku terus hulur tangan nak nanti baki. Tapi dia senyap. Pandang aku. Macam menunggu sesuatu. Aku lawan mata. Buat mata ghairah. Dia cengih bibir. Lepas tu dia sound.

"Bang, RM 6.90"

Aku terus, "Ha? RM6.90? Owh...Sori,ni kawan punya."




Tak sangka reputasi aku tercalar hanya sebab tak tahu harga rokok. Ini memang memalukan. Dari pandangan awek Petronas tu, aku tahu matanya berkata, hekeleh...muka ganas, tapi tak hisap rokok. Kejadian ini aku rasa sudah banyak kali aku lalui. Pall Mall, Benson, Winston, Crocodile, Sunsilk dan entah jenama rokok apa lagi yang aku tak lancar. Memang dari kecil aku anggap beli rokok macam berurusniaga dadah dengan tokan dadah terbesar di Colombia.

Tiap kali aku cerita dekat Kak Zai, dia gelakkan aku sungguh-sungguh. Dia cakap,

"Yelah...muka ganas, badan besar, tapi bibir jambu..."

Taubat dan nilai metroseksual

Cuaca sekarang panas. Aku memang tak tahan. Kadang-kadang, aku pergi ofis hanya jalan kaki. Ini mengakibatkan kulit aku dah nak jadi macam kulit hamba abdi firaun. Pernah juga sekali aku terfikir untuk beli sekaki payung. Agak cool juga zaman sekarang lelaki pergi ofis bawak payung. Sudah trend lelaki berkerjaya di kotaraya menjinjing payung. Aku pun nak juga rasa metroseksual.

Masalah sekarang, payung cool kaler hitam dan berkualiti tinggi di pasaran agak lucah harganya. Tak mampu aku beli. Kalau setakat dua ringgit setengah, selamba aku ambil tiga. Aku tanya Rizal, mana nak beli payung yang cool untuk bekalan metroseksual aku. Dia jawab yakin,

"Dekat Dengkil ada la...free punya pun ada."

Aku tanya, "Dekat mana?"


"Dekat tanah perkuburan islam Kampung Dengkil."

Aku ketip gigi tanda geram. Memang aku dah tahu niat songsang Rizal.

***

Tengahari tadi, aku baru saja taubat nasuha. Aku taubat takkan makan burger prosperity McDonalds lagi. Bukan main pedas lagi sos lada hitam dia. Memercik juga air mata aku makan dengan Kak Zai dekat McDonalds Taman Equin tadi. Dia punya pedas, panas, sampai sekarang aku rasa dalam perut aku. Aku punya bongok, sejak McDonalds perkenalkan burger prosperity, mati-mati aku ingatkan sos tu dia letak kuah kacang yang orang cicah sate tu.

Sekarang, aku tak boleh tidur. Panas cilake.

Terbakar

Sekarang, jam sudah tunjuk pukul 3. Aku dengan kawan lepas pancing udang tadi terus hajat di hati nak layan bola Arsenal vs Liverpool setelah agak panas hati cuma 5 ekor udang maknyah ragut umpan dalam sejam. Bayar RM 15. Baik aku pergi baca yassin tadi, ada faedahnya.

Kami ambil keputusan lepak area kedai mamak Cyberia. Sampai sana, aku cari tempat duduk. Aku berpaling arah layar besar. Elok mamak tu 3-4 orang layan lagu hindustan. Aku perasan salah seorang dari mereka mata sudah berkaca tanda terharu sedih lagu yang dinyanyikan. Kalau aku layan lagu hindustan, bagi aku sejam, mungkin aku kena barah otak. Tak boleh handle okay!

"Weh macha..tukar channel la. Orang nak tengok bola!" jerkah aku terhadap salah seorang dari mereka.

Dia sound balik,

"Belum start la dey!"

Aku terus panas hati. Dah la nyamuk banyak. Aku punya pandai pakai seluar pendek pagi-pagi buta ni. Habis betis aku kena love bite. Tau la nak valentine's budak nyamuk ni.

Nasib baik wifi ada. Dalam sejarah aku tulis blog pakai online handset. Kalau esok korang ada dengar kejadian amuk sekitar Cyberjaya, mungkin itu aku. Dan, aku dapat agak, tajuk muka depan paper Metro esok, 'Amuk si gila bola, tauke kedai makan parah, pekerjanya diliwat'.

Tuesday, February 9, 2010

Hampir saja aku lupa password blog sebab leka meniru suara musang pandan

Kebanyakan perempuan tidak suka perkara pelik. Sebab, perkara pelik buatkan dia rasa tak selamat. Lebih tak selamat dari bawak kereta masuk simpang tak bagi signal. Itu hanya profaniti aku sahaja. Korang perempuan, kalau rasa ini tak betul, sila maki aku berkilo-kilo.



Aku SMS seorang wanita.

"Awk, boleh saya tanya soalan pelik?"

Dia balas,

"Boleh. Apa dia?"

Aku tanya,

"Awak suka tak suami awk kelak ada sesungut, dan boleh buat bunyi cengkerik?"

Lebih 10 minit juga aku tunggu dia balas. Sehingga...

"Awak ni buat saya takut. Jangan cakap benda pelik kalo keluar dengan saya. Nanti saya rasa keseorangan."


***

Weh...apa yang kau nak takut suami ada sesungut dan boleh buat bunyi cengkerik? Aku ada kulit ikan cencaru dan boleh buat bunyi musang pandan, tak kecoh pun?

Perempuan, sila komen kalau tak puas hati.

Monday, February 8, 2010

Aku perlu konsisten post entry bagi mengelakkan aku lupa password blog - aku pelupa sebab termakan semut

Bagi yang kurang kenal aku, sebenarnya, aku ni mempunyai perangai yang mudah bermotivasi jika ada orang yang memberi motivasi lebih-lebih lagi motivasi terhadap perkara yang meningkatkan tahap kehebatan dalam diri aku. Pening bukan? Aku sendiri tak paham.



Masa sekolah dulu, aku suka menyanyi kecil-kecilan jika duduk sorang-sorang. Aku cukup malu nak nyanyi depan orang ramai. Sampailah besar, tahukah kamu bahawa aku tak pernah karaoke secara serius. 3 kali saja seumur hidup aku ingat aku pernah karaoke. Itu pun lagu Slam dan lagu Air Supply dekat rumah kakak (rumah dia dekat tepi hutan dan takde jiran). Pernah satu hari, macam biasa, aku menyanyi dalam hati. Seperti biasa jugak, aku ingatkan aku betul menyanyi dalam hati, tapi rupa-rupanya, aku menyanyi dalam mulut. Mak aku dengar kusyuk.

Sedang tengok tv, mak aku slow cakap,

"Hairus, apa kata kau ambil kelas vokal?"


Aku senyap. Dia dengar rupanya. Aku terus diam saja, sambil fikiranku melayang. Berangan. Cool juga kelas vokal. Dah besar, mesti boleh jadi penyanyi. Jadi, motivasi aku bergerak secara gerila(senyap-senyap). Hanya aku yang tahu. Fantasi yang menjadi pedoman hidup. Berangan mahu jadi artis. Jadi, aku teruskan menyanyi sorang-sorang.

Bila aku dah besar sekarang, aku cukup bersyukur kerana mak tiada duit nak masukkan aku dalam kelas vokal masa aku kecik dulu. Aku tak boleh bayangkan jika sekarang aku kena beratur nak masuk pertandingan menyanyi dan buat rambut Tomok sambil perasan suara best dan orang lain rasa nak pijak aku sebab manjang muka aku je kalau ada rancangan realiti. Dosa kecil aku hasil memaki juri profesional juga bertambah dengan konsisten sepanjang tahun.

Kadang-kadang, kau perlu bersyukur jika kau miskin. Motivasi sudah cukup untuk kau rasa lebih baik. Tak semestinya motivasi berakhir dengan apa yang kita rancangkan. Tapi, mungkin lebih baik dari yang dirancang.

***

Owh...kalau nak rasa lebih bermotivasi, cuba tengok cerita Gerak Khas atau Roda-Roda Kuala Lumpur, atau nak senang, tengok Sembilu Kasih. Janji Diana boleh jugak. Line-line Yusof Haslam je. Aku hampir kena barah otak sebab tengok drama tu. Banyak berfikir beb!

Pelik sambil kemut

Minggu ni sungguh pelik. Tiap-tiap hari aku kemut buntut. Kenapa eh? Pandang kuih koci pun macam pandang KY Jelly. Celaka.

Thursday, February 4, 2010

Parsi

Pernah satu hari, aku masuk dalam dewan yang dipenuhi orang berbangsa Iran. Macam-macam fesyen aku boleh tengok. Seksi, seksis, seksa, ketat, terlebih longgar, kilat, yang pakai coli dekat luar, yang lilit skaf dekat leher macam Roberto Mancini, yang rambut kuning, rambut macam Tomok, dan suka selak dada bila jumpa kawan. Sekurang-kurangnya, 5 jantina aku kenalpasti. Lelaki, perempuan, lelaki suka lelaki, perempuan suka perempuan dan yang jenis suka dengan peralatan.

Aku cukup confius dengan mereka-mereka ni. Aku juga tak tahu bagaimana cuaca di negara mereka. Panaskah, sejukkah, musim bungakah, luruh sepanjang tahunkah. Kadang-kadang, aku pelik juga dengan bahasa mereka. Tulisan jawi. Tapi tak pandai baca al-Quran. Sekarang, baru aku tahu, itu bahasa Parsi.

Pernah juga beberapa kali aku menegur beberapa awek Iran yang kalau aku tengok boleh berdarah hidung. Dia punya kulit macam patung lilin pun ada dia punya perfect. Mereka juga ada beberapa sifat yang kalau orang kampung aku layan memang diorang ingat orang Iran ni makhluk dari planet lain. Mereka memang kurang sifat mesra dan memang dah ditulis dalam catatan azali mereka bersifat degil ya amat. <---bila baca ini aku ketip gigi tanda geram.

Tiba-tiba, En. Rahim tegur aku. "Sani, tadi aku dengar kau nak kena langgar dengan Iran naik kereta, betul ke?"

Yaaa.... Ini lah yang aku cuba nak ketengahkan. AKU NAK KENA LANGGAR DENGAN BUDAK IRAN BUAT KALI KE BERAPA PULUH ENTAH SEJAK AKU DUDUK CYBERJAYA!!!!

Mak, doakanlah anakmu ini selamat menempuhi daerah yang penuh pancaroba dan liku-liku kehidupan ibarat cerita Gerak Khas ni. Tiap hari bagaikan keluar rumah untuk pergi berperang di Somalia tanpa menggunakan baju kalis peluru.

Wednesday, February 3, 2010

KFC dan si manis bertudung putih

Tengahari tadi, aku pergi KFC Taman Equin dengan Kak Zai. Entah apa perangai perut aku teringin pulak nak kena KFC ni entah. Aku raba perut, takde pulak rasa menendang. Alhamdulillah, aku tak mengandung.

Awek kaunter tu boleh tahan jugak cun. Pakai tudung. Kulit putih. Muka manis. Gigi tersusun dan bibir merah. "Pakej Sani, pakej," bisik aku dalam hati.


Awek KFC : Selamat tengahari, makan sini ke luar?

Aku : Erm...makan sini. Kat luar panas. Bagi Dinner plate 1 set, Chicken Rice Combo 1 set.

Awek KFC : (Senyum simpul) Spicy ke Original?

Aku : Spicy. Oh...saya taknak dada tau. Saya tak main dada, okay~.

Awek KFC : (Gelak) Owh~ okay bang.<---tiba-tiba panggil aku bang.

Aku : Bagi la selain dari dada. Ha...tu, yang lucah sket tu.(sambil tunjuk dekat drumstik)

Time ni Kak Zai dah ketawa tak hirau orang belakang. Tak pasal-pasal aku kena cubit dekat lengan.

Sebelum duduk, sempat juga aku kenyit mata dekat awek tu. Haha. Lama tak jadi nakal. Tak tentu arah dia buat kerja lepas tu. Muka merah macam sos cili thai.

Mainan duniawi

5 hari aku balik kampung. Balik saja ke Cyberjaya, kulit aku jadi gelap, perut jadi gemuk dan muscle tangan aku makin kimpis. Owh. Memang sana dalam kondisi tidak sihat. Cuaca panas macam dekat Kaherah. Makanan sedap macam dekat Hong Kong.Aku tak boleh kawal selagi tak ada bini pegang rotan kawal aku.

Bila aku sampai saja Cyberjaya itu hari, Rizal terus jumpa aku.


" Sani, kau nak beli pancing aku tak? Aku jual murah."


Aku jawab, "Takmau ah...Nape nak jual?"


Dia jawab perlahan, "Bini aku nak beli kasut, tak cukup duit."