Thursday, February 18, 2010

Konvoi untuk kordial

Itu hari dalam sebulan lepas, aku dijemput menghadiri kenduri rumah sepupu aku. Apa cerita sepupu kahwin pun aku tak tahu menahu. Ini perkahwinan kali ke-2 nya dalam masa 5 tahun. Sepupu aku perempuan. Anak dah seorang. Kerja bidang jururawat askar. Bunyi macam ganas. Tapi tak ganas. Dia pandai buat kek coklat. Macam budak shuffle bukan?

Oleh kerana ini benda last minit, aku bersama adik aku yang lelaki sama seorang sepupu lelaki pakat konvoi naik motor ramai-ramai dari Tampin ke Kuala Sungai Baru, Melaka. Baru nampak macam gila-gila remaja. Tinggal lagi aku tak menderma darah kepada bapa teman wanita aku je. Lagi pun, itu hari aku mana ada teman wanita. Bukan itu hari je, sudah nak 2 tahun aku tiada teman wanita.

Dipendekkan cerita, setelah perjalanan selama 45 minit, kami pun sampai tanpa sesat ke rumah kenduri kahwin. Ini berkat tunjuk ajar GPS Nokia E72 adik aku yang baru berusia beberapa hari setelah keluar PTPTN. Budak sekarang senang. Dulu, nak keluar duit biasiswa masa sekolah, karenah birokrasi memanjang. Borang bagai nak isi, ada dalam 5 helai. Nak approve dari cikgu hal ehwal murid la, cop ketua kampung bagai. Ada sesetengah kes, dia nak air 7 masjid. Apa cerita? Taknak bagi duit, bagi tahu je la. Tak payah murid-murid susah. Ini karang masuk kelas nak belajar Theorem la, sejarah reinassance la, penaakulan mantik la, tak gila budak-budak? Budak sekarang bebas. Cakap nak pergi kokurikulum, dia melencong pergi main mesin kuda.

Berbalik kepada kenduri kahwin, kami tiga orang macam biasa. Adik aku, Hairi dan sepupu, Haikal buat-buat yakin langkah keras masuk dekat rumah pengantin. Jalan dada nak bidang. Tangan nak hayun tinggi. Spek mata hitam memang tak buka. Baru nampak ganas. Itu kalau budak-budak MLM ke, budak pejabat ke, mamat rambut kuning ke, tak pun budak baru habis kelas mengaji terserempak kami jalan, mahu melencong lalu jalan jauh.

Seminit saja kami jalan, kami mati kutu. Tak tahu arah mana nak tuju. Last-last rupanya kami lupa perkara asas untuk pergi rumah kenduri kahwin. Makan nasi minyak. Perkara basic pun boleh lupa. Masing-masing nak gerak malu. Tadi beriya benar jalan dada bidang. Aku pun buat-buat belek handphone. Bukan ada SMS masuk pun. Malu dengan awek yang serve makan tu. Pandang-pandang macam la aku ni Eman Manan.

Kami berbaris menunggu giliran ambil makanan. Muka buat-buat cool. Si Haikal orang suruh buat cool, dia buat muka ketat. Mata dah sepet sebab dahi kerut. Biasa-biasa sudah la. Kita nak makan je, bukan nak masuk pertandingan karate.

Aku selesai ambil nasi minyak, lauk ayam masak merah, kuah kari dan sayur apa jadah. Rupa macam kobis, rasa macam air mineral. Bawang dengan garam semua entah ke mana. Sampai saja bahagian air dan pencuci mulut, aku capai limau dalam dua potong. Cukuplah. Ambil banyak-banyak sakit perut pula. Khemah orang kenduri kahwin mana ada disediakan tandas bergerak. Perpustakaan bergerak lagi la takde. Lagi pun, aku mana ada kad perpustakaan. Apa aku merepek ni celaka?

Time tekan air minum, aku pelik. Salah rumah ke aku pergi? Atau tuan rumah salah konsep?

Kenapa dia tak sediakan air sirap masa kenduri kahwin? Kenapa perlu dia buat air kordial oren? Sudah hilangkah institusi sirap dalam majlis kenduri kahwin? Aku masa datang tadi dah set dalam kepala otak nak minum sirap je. Air sirap memang tak boleh dipisahkan dengan kenduri kahwin. Orang zaman sekarang dah jauh menyimpang.



Tengahari itu, aku minum hanya 4 cawan kordial oren.

4 comments:

Anonymous said...

"aku capai limau dalam dua potong. Cukuplah. Ambil banyak-banyak sakit perut pula. Khemah orang kenduri kahwin mana ada disediakan tandas bergerak. Perpustakaan bergerak lagi la takde. Lagi pun, aku mana ada kad perpustakaan."


macam gampang lu punya entry...hahaha~

ensani said...

kehkehkeh...

lu punya komen pun serupa itu gampang...biasa-biasa sudah la...

karibu said...

hahahaha....apakah muka kau ada rupa eman manan?

-en.sani- said...

aku tak harap muka mcm eman manan...muka edika yusop ok juga...