Sunday, February 14, 2010

Kena kitai

Pagi ni, aku berhajat nak pekena roti canai dekat mamak foodcourt. Aku dapat tahu mamak ni muslim. Beliau bukan bangsa Tionghua atau burung tiong sebab dia tak merayakan Tahun Baru Cina.

Sampai je dekat kedai dia, dia elok tengah tebar roti canai. Skill dia tak lah bagus sangat. Tapi lagi bagus dari aku tebar roti canai. Aku buat roti canai jadi roti kirai. Aku duduk cari paper hari ni. Takde. Majalah bahasa Parsi je ada. Ah, ambil je la. Tak dapat baca, tengok gambar Ahmedinejad okay jugak.

" Cha, roti kosong banjir..." order aku separuh menjerit.

Mamak tu buat muka pelik. Muka blur. Sambil cakap bahasa tamil dengan partner dia dekat sebelah. Tangan masih gerak tebar roti.

Hekeleh mamak ni, dia buat muka panik in the disco plak. Terajang meja kang, kaki aku yang sakit, jadi, aku semat niat jahat tu kemas di sudut hati.

"Roti canai kosong satu, kuah taruh atas..." aku ulang.

Lagi sekali dia pandang, sambil tunjuk-tunjuk dekat aku. Muka macam marah dan macam nak telan orang. Eh mamak ni. Nak kena ni. Kura-kura dalam titanic, pura-pura panik plak.

Tiba-tiba, partner mamak ni pergi dekat aku sambil tangan sebelah capai batang penyapu. Ah, sudah. Apa hal pulak ni. Parah la aku kejap lagi ni karang. Tapi, aku masih boleh berlagak cool. Tapi tangan dah capai handphone, kalau tak dapat call member, dapat tekan 999 pun kira okay.




"Syuuhh....Syuuhh..."


Partner mamak tu halau burung pipit dekat belakang meja aku. Burung tu tengah kitai mee goreng atas meja belakang aku. Celaka.



" Makan apa macha, mee goreng ada, rojak ada, megi goreng ada, suma ada..." kata partner mamak tu.


" Roti kosong banjir satu. Air bagi air yassin..."

2 comments:

Anonymous said...

keh keh keh

apsal mcm cilakak lu punya cite...baru gua nak hulurkan bantuan

-en.sani- said...

kau tak ikhlas, tu sbb kejadian yg kau harapkan tak trjadi...