Friday, February 26, 2010

Sehinggalah mata dah terbayang sawah bendang di kampung halaman(kampung aku rumah teres dan tiada sawah)

Sampai saja depan rumah dekat kampung aku esok, aku mahu basuh motor, lepas tu peluk kucing bernama Syafiq. Itu saja aku set dalam kepala otak. Lepas tu, siap-siap pergi pasar beli siput sedut. Suruh wan gulai dengan keladi. Tak dapat keladi, gulai dengan anggur pun okay juga. Peh. Terbaik dari ladang habaq hang! Eh. Aku orang Negeri Sembilan.

Aku ada janji dengan seorang minah ni. Aku berjanji akan makan dia punya masakan(sebenarnya aku paksa dia masak). Heh. Jangan marah ye cik kak. Tunggu aku beli kereta, boleh la pergi Planet Pluto berdua. JPJ memang jarang buat roadblock ke Planet Pluto sekarang. Mereka lebih tekankan kepada Ops Sikap.

***

Aku malas sudah mahu menulis bila ada dekat kampung mulai esok. Aku bila di kampung lebih cenderung melakukan amal jariah seperti memancing ikan, kupas bawang, makan nasik dan tidur berirama.

Esok Maulud Nabi. Sesiapa yang pergi Sungai Congkak buat barbeku dengan kawan-kawan tu, jangan lebih-lebih.

Sekian. Jangan marah.

No comments: