Wednesday, February 17, 2010

Insiden orang yang paling aku takut dekat ofis

Aku tengok Kadir(bukan nama sebenar) meluru kearah aku dengan langkah laju. Mata tajam merenung kearah aku. Dekat tangan kanan dia pegang cekodok. Mulut sedang mengunyah. Jalan laju-laju datang dekat aku. Dah la makan cekodok sambil jalan laju, muscle pun nak buat-buat keras. Muka macam haram jadah. Biasa-biasa dah la.

Sampai dekat aku, apa rupa entah sambil dada berombak makan cekodok pisang. Komando pun tak buat macam tu. Aku tengok urat leher dah tegang. Mungkin cekodok sekat dekat halkum. Astaga. Senonoh la sikit perangai. Awak tu dah ada anak bini.

"Sani, pinjam spanar 10...!"

Dari mula insiden tadi aku tak bercakap. Aku terus bukak seat motor, hulur spanar 10 dekat Kadir. Dada aku turut berombak menahan gelak. Tapi aku tahan.

No comments: