Sunday, February 21, 2010

Itu nametag sekolah kalau aku tempah mahu makan 5 hari. Tag orang, 5 minit je. Nasib la siapa kena tag ni karang

Masa aku kucar-kacir layan myspace dulu, dalam separuh sedar aku terperasan aku telah di tag oleh insan-insan marhain yang agak obses dengan kerja-kerja tag ni. Aku pulak masa tu jahil sangat dengan binatang tag ni. Aku ingat tag ni sejenis benda komedi. Saja tag, lepas tu gelak tak tahu hujung pangkal macam budak hisap gam. Lepas join blog, aku didedahkan dengan beribu-ribu lemon masyarakat tag ini. Entah berapa puluh kali budak-budak tag aku pun aku dah lupa. Aku terlepas kegembiraan tag.

Ini jam, lepas beberapa minggu, aku terbaca seorang penulis telah tag aku. Aku pun kurang pasti dekat blog ke, myspace ke, facebook. Aku amat sibuk seperti memerang membina empangan. Dengan kerja lagi, dengan baca paper lagi, dengan duduk kedai mamak usha awek lagi, dengan chatting lagi, dengan berzikir lagi, dengan makan nasik lagi. Mana ada masa.

Ada seorang minah ni dia ajak aku main tag-tag. Entah apa yang seronok. Jadi, terpaksalah aku mulakan dulu. Karang tak buat, dia cakap tak mahu chatting dengan aku lagi. Dia main ugut-ugut ni yang aku kalah.


***

Senaraikan setiap satu barang yang ada dalam beg duit/wallet/purse anda, dan terangkan satu persatu tentang barang tersebut. Kemudian, tag 5 rakan anda.



Okay, wallet aku ni kira baru jugaklah. 5 bulan lepas aku beli. Murah punya. Aku beli dekat FOS. Jenama pun runcit punya. Northern Rock. Tajuk macam kilang letup-letup batu kerikir.

Wallet aku sebelum ini merupakan wallet kegemaran aku. Dah koyak. Dihadiahkan oleh ex-girlfriend aku. Dalam 85 ringgit jugak la beli dekat Terminal 1 Seremban. Siap kotak kayu. Kotak kayu tu sekarang aku buat bela bakteria baik, lipas.



1. Duit kertas RM 115.00 di tempat letak duit utama. Duit-duit syiling tak main. Wallet aku takde tempat syiling. Ini adalah duit perbelanjaan. Lain maksudnya dengan 'duit selit'. Baru lepas cucuk duit dekat CIMB Bank semalam. Entah budak kampung mana guna istilah 'cucuk duit' pun aku tak tahu. Lucah benar bunyinya. Aku pulak pergi follow.

2. MyKad yang tertera nama dan nombor IC aku. Alamat dekat Tampin. Kalau polis ke, imigresen tahan aku, soal aku macam-macam, selamba je aku jawab. Aku tau itu psikologi dia nak tuduh aku pendatang haram. Mentang-mentang muka aku dekat MyKad muka budak. Orang kampung aku panggil 'babyface'. Lepas tu baru la melarat dekat Amerika nun.

3. Lesen memandu. Kelas lesen dirahsiakan bagi mengelak penyelewengan. Cuma boleh bagi pembayang sikit. Tinggal lagi 1 peringkat saja aku nak dapat kelas memandu secara melulu. Aku hold dulu sebab tengah musim Ops Sikap. Lesen motor aku masa P pun ada lagi. Saja aku simpan sebab muka aku paling Tomok la time tu. Buat bukti untuk anak cucu kelak kalau dia orang tak percaya masa aku muda-muda muka macam Tomok. Dan aku menyampah Tomok.

4. Kad ATM CIMB Bank. Gaji aku disalur di sini. Buat masa sekarang, time gaji ke tak, aku pastikan jumlah dalamnya tidak kurang dari 4 angka. Kad ini telah beberapa kali ditelan oleh mesin ATM. Sampai sekarang aku dendam dengan mesin ATM. Perangai mesin tu sungguh Decepticon.

5. Kad ATM Maybank. Duit ada la dalam berapa ratus. Aku jarang guna akaun Maybank kerana lebih cenderung keluar duit dari menyimpan. Maybank punya akaun dah 4 tahun aku buat tanpa sebarang fungsi yang khusus. Saja buat psiko kawan-kawan barangkali.

6. Kad ATM Public Bank. Kad paling lama dalam pegangan aku. Kad bank pertama yang aku miliki. Aku buat masa Tingkatan 1 kad tu. Pakai nama mak aku. Simpanan ada la dalam RM 30. Kad dia dah naik bersawang. Aku tunggu masa je Muzium Negara nak beli kad ATM antik.

7. Resit overhaul motor aku di Ng Kim Teck Motor. Kedai kembar. RM600 juga aku melayang. Aku nak laminate ini resit, lepas tu frame, gantung dekat dinding bilik. Buat motivasi jangan bawak motor macam setan.

8. Tesco Clubcard. Sejak mak aku bagi dekat aku kad ni 6 tahun lalu, sekali pun aku tak pernah pakai. Sebab kalau aku pergi Tesco dulu, beli runcit-runcit je. Takkan beli roti paun sebungkus nak pakai kad keahlian. Reputasi kena jaga juga. Nak-nak pulak kaunter bayar awek cun yang jaga.

9. Kad Keahlian Koperasi Telekom. Tahun lepas aku jadi ahli. Lepas juga aku ambil handphone dan tv Sony Bravia tolak gaji pakai kad ni. Prinsip orang melayu, biar mati saudara, jangan tak buat loan. Macam celaka.

10. Kad keahlian Hijrah Toyyibah. Entah berapa banyak aku punya kad keahlian pun aku tak tahu la. Ini semua kerja mak aku. Aku hangguk je apa dia cakap. Fungsi kad ni masih samar-samar. Aku dengar khabar kad ni lebih kepada khairat kematian. Meremang pula bulu roma.

11. PM Care Open Panel Card. Sejak aku kerja MMU, aku dapat kad ni. Pergi mana-mana nak MC tak payah susah-susah. Pernah 1 kes aku pergi minum dekat mamak, aku hulur kad ini. Tapi tak dapat makan free. Bengong. Itu kad kesihatan la bodoh.

12. Duit kertas 1 Riyal. Aku baca tulisan jawi dekat bawah gambar mamat tu tulis 'Riyal Waheed'. Sah-sah la itu nama mamat tu. Saja aku lipat-lipat bagi muka dia dekat tingkap wallet buat ibu duit. Duit ni wan aku bagi masa dia balik dari tanah suci kali ke-6. Mula-mula aku mintak 10 Riyal, tapi dia cakap, budak-budak tak boleh pergi money changer. Ceh.

13. Duit selit. Duit kategori kecemasan. Ada lah dalam seratus ringgit dalam bentuk not RM10 dan RM50. Yang RM50 tu aku jahit dekat lubang rahsia. Memang seorang pun tak perasan sebab aku jahit memang perfect, benang kaler hitam. Peh. Macam ekonomi rumah tangga punya skill jahit.

14.Digital Access Internet Club. Expire date 4 Januari 2007. Ini masa aku belajar dekat Melaka dulu. Rumah mana ada internet. Sekarang, baru aku sedar kad tu tiada guna, jadi aku baru humban kad tu tadi. Patut lah berat wallet aku.

15. Business card. 3 kad aku ada. Satu aku punya kad buat mengurat makwe. Pakai company member, Anjung Media Ent. Jawatan aku dia tulis, Designer/Marketing Officer. Peh. Macam brader-brader punya jawatan. Kad ni pernah sekali aku lalu naik kereta dekat Tol Lebuhraya LDP area Puchong, bagi dekat awek jaga kaunter tol. Mengurat style lama. Sampai sekarang dia tak telefon. Mana taknya, belakang kad tu tulis, food and beverage supplier, batik sutera Terengganu and bla bla bla. Dah tentu lah awek tu takde point nak borak. Kad bisnes ke-2 pula syarikat SMT Sdn Bhd, Talib Muhamad. Aku buat loan handset dengan tv dekat mamat ni lah. Kad ke-3 pulak, Eddie Chen Hoe Chuan, Marketing Officer kompeni jual-jual rumah. Macam tak patut je kad ni berada dekat dalam wallet aku, kata aku dalam hati.

16. Resit beli cincin. No comment. Cuma aku nak tegaskan dekat sini, aku suka pakai cincin. Okay, dah.

17. Resit beli pencuci muka Loreal Man dengan berus gigi Colgate 360 dekat Guardian Alamanda Putrajaya. Muka tak jugak putih macam Aaron Aziz. Gigi saja macam gigi Zed Zaidi. Macam setan.

18. Habuk pensil. Entah mana datangnya. Misteri sungguh.

Tangkal kencing malam, penunduk bos, pemanis mulut semua takde okay! Gambar makwe takde jugak. Sebab takde makwe. Siapa tahu, gambar kamu pula ada lepas ni?

Dengan ini, saya dengan suka citanya tag arthaisa, pencinta kedamaian, pany, chieyxlulu dan cik keril. Hah. Entah siapa-siapa entah aku tag. Lantak la korang. Aku pakai petik je dekat Followers. Yang dekat dalam wallet/purse ada nota manja dari pakwe/makwe ke, resit beli dedak ayam ke, jangan tipu. Tuhan nampak.

6 comments:

Anonymous said...

hak3...gigi mcm zed zaidi tak tahan tuu...

en.sani said...

ceh...lu nak puji ke nak kutuk?

karibu said...

"Prinsip orang melayu, biar mati saudara, jangan tak buat loan. Macam celaka"

terbaikkk....kahahahahahha~

en.sani said...

kau kalo x buat loan kurang la kemelayuan kau...

bola bola api said...

pi mampus aku nk buat tag2 ni semua. blog aku off, shutdown cuti raya cina.

en.sani said...

hahaa...kau kena gak...tak kire...ptt ah blog sunyi sepi...tak gila-gila remaja btol la ko ni...