Bagi yang kurang kenal aku, sebenarnya, aku ni mempunyai perangai yang mudah bermotivasi jika ada orang yang memberi motivasi lebih-lebih lagi motivasi terhadap perkara yang meningkatkan tahap kehebatan dalam diri aku. Pening bukan? Aku sendiri tak paham.
Masa sekolah dulu, aku suka menyanyi kecil-kecilan jika duduk sorang-sorang. Aku cukup malu nak nyanyi depan orang ramai. Sampailah besar, tahukah kamu bahawa aku tak pernah karaoke secara serius. 3 kali saja seumur hidup aku ingat aku pernah karaoke. Itu pun lagu Slam dan lagu Air Supply dekat rumah kakak (rumah dia dekat tepi hutan dan takde jiran). Pernah satu hari, macam biasa, aku menyanyi dalam hati. Seperti biasa jugak, aku ingatkan aku betul menyanyi dalam hati, tapi rupa-rupanya, aku menyanyi dalam mulut. Mak aku dengar kusyuk.
Sedang tengok tv, mak aku slow cakap,
"Hairus, apa kata kau ambil kelas vokal?"
Aku senyap. Dia dengar rupanya. Aku terus diam saja, sambil fikiranku melayang. Berangan. Cool juga kelas vokal. Dah besar, mesti boleh jadi penyanyi. Jadi, motivasi aku bergerak secara gerila(senyap-senyap). Hanya aku yang tahu. Fantasi yang menjadi pedoman hidup. Berangan mahu jadi artis. Jadi, aku teruskan menyanyi sorang-sorang.
Bila aku dah besar sekarang, aku cukup bersyukur kerana mak tiada duit nak masukkan aku dalam kelas vokal masa aku kecik dulu. Aku tak boleh bayangkan jika sekarang aku kena beratur nak masuk pertandingan menyanyi dan buat rambut Tomok sambil perasan suara best dan orang lain rasa nak pijak aku sebab manjang muka aku je kalau ada rancangan realiti. Dosa kecil aku hasil memaki juri profesional juga bertambah dengan konsisten sepanjang tahun.
Kadang-kadang, kau perlu bersyukur jika kau miskin. Motivasi sudah cukup untuk kau rasa lebih baik. Tak semestinya motivasi berakhir dengan apa yang kita rancangkan. Tapi, mungkin lebih baik dari yang dirancang.
***
Owh...kalau nak rasa lebih bermotivasi, cuba tengok cerita Gerak Khas atau Roda-Roda Kuala Lumpur, atau nak senang, tengok Sembilu Kasih. Janji Diana boleh jugak. Line-line Yusof Haslam je. Aku hampir kena barah otak sebab tengok drama tu. Banyak berfikir beb!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment