Tuesday, January 31, 2012

Nota kecil untuk Sang Pencipta

Minta bantuan, sikit je.

1. Perlahankan sikit peredaran masa sebab banyak sangat benda aku perlu catch up.

2. Tenteramkan jiwa ini seperti dulu.

3. Kau berilah kesihatan kepada orang sekeliling yang aku sayang, kerana kesihatan mereka adalah kesihatan aku.

4. Kau peliharalah si dia, aku ingin dia berubah jadi sebaik insan dengan umur yang panjang, rezeki yang murah.

5. Dan aku, cuma mahukan kegembiraan abadi.


Wednesday, January 25, 2012

Petang Rabu yang hujan

Tadi lepas balik kerja, aku ke Putra Perdana nak kejau pasau malam. Ha hambik kau. Kejar pasar malam la. Langit ke arah Kolumpo sedang beransur-ansur gelap seperti cerita Lord of The Ring. Aku drive secara melulu ke pasar malam risau-risau kalau hujan turun. Time drive tu, macam-macam dugaan yang aku tempuhi seperti makcik bawak kereta masuk simpang tak bagi signal, brader kereta mahal potong ikut sedap tekak, Cik Nora call nak manja, dan macam macam lagi. Keh keh keh.

Dipendekkan cerita, habis aku beli makanan berupa sup daging dan nasi ayam, tidak termasuk cempedak goreng 4 ringgit, aku pun pulang cepat memandangkan hujan telah turun dengan lebat. Sambil memandu, aku capai cempedak goreng dan makan sampai stereng berminyak. Adik-adik di rumah jangan tiru dan jangan tulis dalam resume mintak kerja.

Sampai parking kat rumah, aku tak boleh turun. Sebab hujan sangat lebat dan kereta aku tidak disediakan jaket keselamatan seperti feri Kuala Perlis. Maka aku habiskan sisa-sisa cempedak goreng itu ditemani cd player yang memutar lagu Keroncong Untuk Ana. Tak sesuai langsung.


Tiba-tiba, sms masuk.

Dari bos aku yang baru kawin, Shukri yang berbunyi :

"Best kawin Sani. Balik2 umah je bini goreng cempedak. Takyah nak beli kat incubator... Hehe..."


Aku buka pintu kereta, aku paranawei tiang letrik.

Thursday, January 19, 2012

Hanya ada satu, walaupun sebenarnya seribu. Kerana yang ditetapkan kepadamu hanyalah SATU. Bukan seribu.

Dan untuk semua dugaan yang Tuhan beri, sujud, duduk dan berdiri tetaplah kepada Dia sampai infiniti. Sampai eternity.

Kawan tegur, "Kenapa?"

"Tak sedap hati..."

"Salah masak lettew~"

"Babi."


***

Kawan, temankan aku berangan-angan. Aku tak mahu angan-angan aku sepi. Setakat ini, aku ada orang yang terbaik di sisi, walaupun kami tiada pertalian darah. Kakak, kamu memang tetap terbaik. Kat sini je aku berani tulis, tak berani cakap depan. Nanti aku nangis.

Hee...tak salah kan adik ni manja? Walaupun adikmu ini sengal. Dan kuat merajuk.

Wednesday, January 18, 2012

Tahun Baru Cina

Pergi kedai kereta kat Dengkil nak tampal tayar. Tampal tayar ada la dalam RM6 je. Aku ambik limau mandarin sampai 4 bijik dengan air 2 kotak tapau masuk dalam kereta. Amoi kedai kereta pandang aku kecik besar kecik besar.

Maaf zahir batin la, amoi!

Wak lu

Pagi ini buka emel, masuk satu emel daripada En. Azhar tentang kejadian petang semalam.

Salam shbt2ku,
Semalam semasa saya dan en. Sani nak ke Dengkil, kami telah ternampak WAK dekat lampu isyarat berhampiran balai bomba. WAK dalam keadaan resah. Saya telah mendekati WAK dan bertanya "kenapa dengan WAK"? WAK berkata dia telah menjadi mangsa langgar lari. Saya dan en.Sani telah menemani WAK seketika kerana WAK berada dalam keadaan pening dan kesakitan. WAK telah meneruskan destinasinya ke klinik Harmoni dengan diiringi oleh kami.
Sila lihat lampiran untuk melihat keadaan Wak.



Geli hati pulak pagi-pagi ni baca ayat macam tu. Kepada Wak Din, moga kecederaan cepat sembuh. Dan jangan degil-degil macam semalam. Orang nak bawa naik kereta tak mahu. Cedera di tangan nampak di mata, cedera di hati, siapa yang tahu? Amboi.

Tuesday, January 17, 2012

Bulan ini tidak banyak yang mahu saya bebel.

Akhir-akhir ni banyak benda yang aku tersasul dalam percakapan. Tak tahu la sebab busy sangat ke atau apa.


Hashbrown jadi mashmellow.

Zainal jadi Zainudin.

Nasi lemak jadi nasi minyak.

Kotak jadi komtar.

Mesin photostat jadi mesin photoshop.

Ambil air jadi hisap air.

Dan kadang-kadang aku nak panggil nama orang, aku tersasul sebut nama Cik Nora.


Dan yang paling penting, aku punya melatah makin menjadi-jadi. Hasil mengejek orang melatah la ni. Tapi, benda-benda macam ni aku rasa takde la serius sangat sampai kena bawak berubat.

Thursday, January 12, 2012

Dalam kes awal tahun 2012, pembaca harap bersabar dengan isi kandung blog saya...sabar itu kan separuh daripada iman.




Sebelum jatuh bulan malam ini
Tolong buaikan aku tinggi-tinggi
untuk aku kaut sedikit stardust cinta di angkasa
beri pada jiwa yang telah jadi milik sahaya.

Friday, January 6, 2012

Jika...(by Cik Nora)

Treeettt...(sms masuk)

Jika aku jatuh,
bantulah aku bangun
ubati lukaku
terangi mimpiku
dan ajak aku menari.

Jika aku bersedih,
tunjukkan aku bahagia
ajarkan aku tersenyum
dan perlihatkan ku pada ceriamu.

Tapi jika aku mati,
janganlah kamu menangis
janganlah kamu kecewa
janganlah kamu terluka,
kerana aku tak mampu bangun lagi
untuk menghapus air matamu,

tapi aku berjanji akan tetap hidup dalam hatimu
sampai bila-bila...


- oleh Cik Nora, aku edit sikit.



Aku balas on the spot,


Terima kasih sayang.
Hidupmu ibarat cahaya yang terpancar di kolam hatiku
lalu membentuk spektrum 7 warna pelangi yang indah...
I love you so much...cewaahhhh...


***

Sayang, aku rindu kamu. Sangat.

Wednesday, January 4, 2012

Veto

Entahkan hujah dia yang terlalu kuat, atau idea aku yang terlalu lemah. Aku tak tahu. Tapi yang selalu menang, adalah dia.

Untuk sekian kalinya, kau menang lagi...

Kerana veto.