Wednesday, April 25, 2012

Awesome ass

Botol ni mempermainkan perasaan betul. Benci.

Nota kaki: Badan tak berapa nak mantap hari ni.Nak pergi urut, malu.

Monday, April 23, 2012

Keris dan peha

Aku ada keychain yang disangkut pada gugusan kunci rumah berupa sebilah keris sepanjang 2 inci lebih kurang.

Dipendekkan cerita, pada suatu hari, aku sedang kepenatan membuat kerja di opis, jadi aku pun menghempaskan punggung atas kerusi empuk opis. Lalu keychain keris yang ada di dalam poket seluar aku secara otomatik telah mencucuk peha aku yang mulus dan agak Vin Diesel ni. Darah. Sakit tuan-tuan. Dia punya sakit, boleh lupa kejap kesakitan masa sunat masa darjah 5 dulu(okay sesiapa cakap sunat tu macam gigit semut, memang dia tak pernah sunat...jenis kencing bercabang. Gotcha! Ceh, dan dan tu cakap sakit...).


Keris ini pernah menjadi alat McGyver untuk mengumpil tombol pintu tatkala tertinggal kunci rumah dalam bilik.

Tuesday, April 17, 2012

Aku menulis supaya kau ingat...

Belum sempat aku hidup, ada orang yang membunuh.

Kata orang, kalau kita sudah mati, maka carilah penghormatan manusia pada tulisan di nisan kita. Lalu penghormatan yang bagaimanakah akan aku dapat jika kubur itu sendiri sudah hilang ditelan puing-puing ribut di tengah padang pasir yang tandus?

Di sini, setelah sekian lama, aku masih berdiri di pintu yang sama dan cuma bisa melihat; yang kamu juga pernah berada di sini.


Jiwa itu sangat rumit untuk berkata gembira dalam kekalutan.

Tuesday, April 10, 2012

Tiada sejarah tanpa air mata

Mengapa aku tidak pernah merasa gembira seperti orang lain?
Mengapa seperti ada cerita-cerita yang menghalang aku ketawa lebih lama dan lebih kuat daripada orang lain?
Mengapa...
seakan-akan senyuman aku ini tidak boleh terlebih manis daripada orang lain?!

There could be beauty in tragedy, anyway...

Terima kasih dunia. Terima kasih. Perlukah aku ucapkan yang aku kecewa denganmu, dunia?

Dan kau akan terus mentertawakanku. Dan kau akan menghantar memo, yang berbunyi '...pelanduk yang selalu lupa itu adalah kau...!-Jerat'.

Thursday, April 5, 2012

Sunday, April 1, 2012

Bila hari Ahad, hati pun mahu ada bini...

Kiri jalan kanan pun jalan,
Tengah-tengah pohon mengkudu;
Kirim jangan pesan pun jangan,
Sama-sama menanggung rindu.

Kiri jalan kanan pun jalan,
Tengah-tengah pohon mengkudu;
Kirim jangan pesan pun jangan,
Sama-sama kepala batu.

Heh.