Tuesday, September 25, 2012

Rebecca - Sempena yang ke-26

Memiliki kereta ini ibarat memiliki seorang bayi 2 tahun. Dia kerap menyakitkan hati, tetapi jika ada orang ingin mengambilnya, aku rasa nak bunuh orang itu.

Kerana yang menyakitkan hati itulah yang paling banyak kenangannya. Paling sukar untuk dilupakan. Tetapi jika ada orang yang bermurah hati nak hadiah kereta Proton Preve sempena hari lahir aku, aku terima dengan hati yang redho.

 Setakat ini, aku busy. Jadi, aku harus bersifat neutral dan tidak sepak pintu.

Saturday, September 22, 2012

Amoi, jus avokado & peha

Beberapa hari lepas aku pergi makan kat satu kedai mamak area Cyberjaya. Lepas order sepinggan Nasi Goreng California Ayam dan segelas jus avokado 'O' suam, aku duduk menghadap satu meja kosong. Lalu meja kosong itu didatangi seorang amoi dressing pejabat skirt pendek blaus ropol area dada. Amoi itu baru lepas ambil nasik lauk campur. Dalam pinggan amoi tu ada lauk ayam dengan sayur bendi. Amoi tu ambil kerusi menghadap betul-betul depan aku.

Nak dijadikan cerita, amoi tu start makan. Aku jeling dari ekor mata. Tiba-tiba, slow je tangan amoi tu pegang peha. Dari tengah, dia bawa jari-jemarinya ke pangkal peha. Ye pegang peha. Aku telan air liur.

Dengan muka penuh nafsu, amoi tu pegang peha ayam, dan cubit isi peha ayam tu sikit lalu suap masuk dalam mulut.

Baran betul aku. Lambat lagi ke nasi goreng aku nak sampai? Aku dah lapar dah ni.

Friday, September 21, 2012

Kais pagi kais petang

Lambat sangat rasanya nak gaji. Maklumlah, sebelum raya hari tu dah dapat gaji awal, nak tunggu hujung bulan lepas tu, punya la azab. Dah la lauk dalam peti sejuk semua dah abis. Jadi, nak tak nak terpaksa la tahan lapar buat seminggu dua ni. Bagi nak hilangkan rasa lapar zaman sekarang mudah saja. Banyak aktiviti boleh dilakukan bagi menghilangkan rasa lapar.

Ibarat kata pepatah, kais pagi buka fesbuk, kais petang buka fesbuk. Malam makan megi.

Betul tak tuan-tuan?

Thursday, September 20, 2012

Berborak di pasar malam

"Pasar malam ni semua benda ada jual... Dari makanan, barang dapur, barang mentah, kain-kain, baju, barang kereta, barang kemas, semua ada . Mak bapak je takde jual tahu tak?" kata seorang kutu.

"Aku rasa tak semua benda dijual kat sini..." kata aku.

"Apa dia?"

"Cinta. Kerana cinta bukan untuk didagang..." jawab aku.


Kutu tersebut buat-buat berborak dengan tiang letrik.