Oleh: 6Jahanam Riders
Rider: Faizan Osman
Fauzan Osman
Yusri Yuzzro
Alex Sani
Joy Zul
Papa Nik (Nik
Moeszairi)
Assalamualaikum bloggers. Kami ingin berkongsi dengan anda tentang pengalaman kami mengelilingi
Semenanjung Malaysia dengan skuter SYM dalam masa 5 hari dengan bajet yang
rendah seramai 6 orang (asalnya 9 orang, tapi yang lain ada komitmen kerja).
Ride redah, santai & fun!
Perancangan kami untuk Jelajah
Malaya 6J 2016 (JM6J) ni bermula kurang sebulan sebelum tarikh yang dirancang.
Perancangan asal kami adalah untuk redah sahaja ala-ala backpacker dan membawa
khemah menaiki skuter, tetapi mengenangkan kami bercadang menggunakan walkie
talkie untuk berhubung dan perlu dicas semula, dan ada antara kami perlu menghantar report kepada bini dan makwe setiap sejam menggunakan henpon, maka kami putuskan untuk menyewa
penginapan.
Kami cuba mengusahakan sedikit tajaan dengan menggunakan nama JM6J ni daripada rakan-rakan dan kenalan yang rata-rata mempunyai bisnes sendiri, dan tak lupa juga bengkel dan kelab motor sendiri. Alhamdulillah, dengan usaha semua, terutama Yusri Yuzzro, kami berjaya mengumpulkan tajaan daripada 6 penaja utama kami, Malaya Riders, Avenue Two Car & Bike Care (Glenmarie), Mansheng Motor (Pudu), Kembara Korner (Nasi Lemak Daun Pisang), Monsta8 dan juga Twinsman Supply & Services. Hasil tajaan semua, kami hanya perlu mambayar lebih kurang RM30 seorang sahaja untuk penginapan selama 4 malam di seluruh pelusuk semenanjung! Kos perseorangan yang kami gunakan termasuk makan dan minyak motor, tak sampai RM250 seorang selama 5 hari. The power of friendship!
Kami cuba mengusahakan sedikit tajaan dengan menggunakan nama JM6J ni daripada rakan-rakan dan kenalan yang rata-rata mempunyai bisnes sendiri, dan tak lupa juga bengkel dan kelab motor sendiri. Alhamdulillah, dengan usaha semua, terutama Yusri Yuzzro, kami berjaya mengumpulkan tajaan daripada 6 penaja utama kami, Malaya Riders, Avenue Two Car & Bike Care (Glenmarie), Mansheng Motor (Pudu), Kembara Korner (Nasi Lemak Daun Pisang), Monsta8 dan juga Twinsman Supply & Services. Hasil tajaan semua, kami hanya perlu mambayar lebih kurang RM30 seorang sahaja untuk penginapan selama 4 malam di seluruh pelusuk semenanjung! Kos perseorangan yang kami gunakan termasuk makan dan minyak motor, tak sampai RM250 seorang selama 5 hari. The power of friendship!
**** |
5 Februari 2016
Perjalanan: 530km
Kami berkumpul di Shell Jalan
Duta lebih kurang jam 8.45 pagi. Sesampai di sana, kami disambut oleh beberapa
ribu penyokong kami (2 orang je pun, kekeke…). Selesai sedikit taklimat dan doa memohon
memudahkan perjalanan, flag off jam 9.30 pagi menggunakan Lebuhraya PLUS menuju
Utara. Check point pertama kami adalah Nasi Ganja Ipoh. Kedai Kopi Yong Suan,
lokasi the real nasi ganja in town! Memang power beb. Sampai rasa nak repeat
lagi sekali.
Perjalanan diteruskan menuju
utara. Check point kedua untuk hari ini adalah Petronas RnR Juru. Sekadar
meluruskan pinggang dan menghilangkan dahaga. Cuaca agak panas sedikit semasa
kami tiba di Juru.
Sebaik kami memulakan perjalanan
dalam beberapa kilometer melepasi Juru, tiba-tiba hujan lebat dan angin kencang
sehingga memaksa kami berhenti di bawah jejambat. Setelah berbincang lebih
kurang, dan angin telah sedikit bertimbang rasa, walaupun masih hujan renyai, kami
putuskan untuk meneruskan perjalanan. Tak sampai 5 km, hujan berhenti, dan
panas terik mengambil alih! Perjalanan kami selepas itu sekadar untuk
mengeringkan baju.
Selepas dari RnR Gurun berhenti
mengisi minyak, skuter SYM Evo250i milik Joy Zul hilang kuasa tiba-tiba. Cuba
untuk start pun tak boleh. Mujurlah kami berada sebelum Tol Jitra, ada lokasi
seperti hentian kecil di situ. Setelah diperiksa, starter relay telah terbakar.
Kami menghubungi kenalan, Saudara Lee Panjang, Otai Skuter Penang yang berada
di utara untuk penyelesaian (sekali lagi friendship power), memandangkan beliau
berada luar kawasan, maka beliau memberi contact pomen di Alor Star, Saudara
Lan dari AS Jaya Motor telah datang memberikan bantuan.
Kami meneruskan perjalanan ke
Bukit Kayu Hitam untuk check point terakhir untuk bergambar kenang-kenangan,
sebelum berpatah balik ke Alor Star. Memandangkan hari telah lewat petang, kami
memutuskan untuk tidak menggunakan jalan dalam Perlis untuk menuju ke Alor
Star.
Kami tiba di Alor Star senja.
Terus ke Hotel Seri Malaysia yang telah kami tempah awal. Lokasinya betul-betul
bersebelahan dengan Stadium Darul Aman. Malam itu, selepas layan downtown dan
makan kedai makwe siam, tidur kami lena hingga pagi.
****
Hari 2
6 Februari 2016
Sarapan pagi itu termasuk dalam
pakej Hotel Seri Malaysia. Tak perlu keluar untuk mencari sarapan.
Bagaimanapun, perjalanan kami pagi ini ditunda beberapa jam selepas mendapati
SYM Evo250i milik Pojan mengalami kebocoran oil-seal minyak hitam. Kami menuju
ke bengkel AS Jaya Motor, setelah menghubungi Saudara Lan yang memberi bantuan
kepada skuter Joy Zul di Jitra semalam. Lebih kurang sejam juga menukar
oil-seal. Kami memulakan perjalanan menuju ke Kota Bharu pada jam 12 tengahari!
Menggunakan Jalan Baling-Gerik
menuju Banjaran Titiwangsa, perjalanan kami lancar. Kami sempat juga berhenti di
sebuah gerai tepi jalan di Baling untuk membasah tekak. Cuaca baik semasa mendaki di
Gerik. Sebelum tiba di Tasik Banding, hujan mula renyai-renyai. Kami meneruskan
perjalanan secara santai sambil menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Teringin
juga (walaupun takut) untuk melihat sendiri jika ada haiwan liar seperti gajah
di sepanjang perjalanan. Sehinggakan ada antara kami tiba-tiba berderau darah
sebab ternampak lembu tepi jalan, ingatkan gajah! Ada satu selekoh tu, aku yang
paling depan dah mula pucat sebab nampak dahan pokok di tengah jalan, ingatkan
gajah tengah mengamuk, rupa-rupanya lori rosak tepi jalan. Aku dah fikir macam
mana nak patah balik je time tu! Kus semangat. Kehkehkeh…
Setibanya di check point pertama
Hentian Banjaran Titiwangsa, kabus tebal menyambut kami semua. Banyak juga
kereta yang berhenti makan dan ambil gambar feel Switzerland siap pakai baju
bulu kambing bagai. Kami naik motor rileks je sampai pakai t-shirt, dengan
basah baru kena hujan. Petang telah lewat, selepas ambil gambar kenangan lebih
kurang, kami meneruskan perjalanan ke Kota Bharu.
Perjalanan mula sesak apabila
kami memasuki Jeli. Cuti Tahun Baru Cina menyebabkan kereta bersusun menuju
masuk ke Kelantan. Dengan bantuan Faizan yang mempunyai kemahiran marshal
konvoi, maka perjalanan kami tidaklah begitu menyukarkan walaupun dalam hujan
renyai sehingga Tanah Merah. Kami tiba di Kota Bharu lebih kurang jam 7.30
malam, dan check in di Hanis Villa Hotel. Alhamdulillah, jentera kami tidak
meragam sepanjang perjalanan.
Malam itu, layan nasi kerabu,
lepas tu cuci mata di Wakaf Che Yeh. Oleh kerana seluar semua terhad, dan dah
basah kena hujan, Joy Zul cipta sejarah jalan-jalan Wakaf Che Yeh pakai kain
pelikat selepas dikelepet oleh kitorang semua bahawa dekat Kelantan tak boleh
pakai seluar pendek, nanti kena tangkap naik van jenazah! Punyalah keras perut
kitorang menahan gelak. Malam itu, pukul 2 pagi tak silap baru balik hotel
untuk tidur.
****
Hari 3
Hari 3
7 Februari 2016
Pagi ini, kami bersarapan di
Kopitiam Kita. The best kopitiam in town! Perjalanan kami sekali lagi tertunda
akibat masalah teknikal. Kami check out hotel jam 1.30 tengahari. Kami memutuskan untuk melalui
Tok Bali menuju ke Kuantan mengambil kira trafik yang agak lancar. Bayu laut monsun yang ganas mengakibatkan jentera
kami sedikit membuai ketika melalui jalan pantai. Diberitakan, di sebelah
selatan sedang dilanda hujan lebat dan ada sesetengah lokasi mengalami banjir.
Mujurlah perjalanan kami di Tok Bali menuju ke Kuala Terengganu lancar dan
cuaca agak baik. Kami menuju ke Pantai Batu Burok untuk melepaskan lelah dan mengisi
perut.
Sebaik sahaja beberapa kilometer
meninggalkan Batu Burok, hujan lebat memaksa kami berhenti di stesen minyak.
Kami mengambil kesempatan membaiki jentera Joy Zul yang telah terbakar mentol
lampu utamanya. Kami meneruskan perjalanan ke Kuantan memandangkan hari telah
lewat petang.
Perjalanan kami sedikit perlahan
kerana hujan lebat apabila kami tiba di Kemaman lebih kurang jam 8 malam. Kami
berehat dan mengalas perut di Gerai Aziz Satar, antara gerai satar yang paling
best in the world! Lokasi pilihan rancangan Best In The World di 8TV. Bukan
setakat alas perut, punyalah sedap gila sampai 5 pinggan hidang satar ikan, ikan celup
tepung, pais ikan semua kami bedal sampai licin!
Dalam hujan renyai, kami
meneruskan perjalanan ke Kuantan, dan singgah di Tanjung Lumpur, pekena ikan
bakar pulak. Jam 12 tengah malam baru kami tiba di homestay di Indra Sempurna.
Besar gila homestay 3 bilik, 2 bilik air siap dapur dan air-cond. Tapi, bila
nak tidur, semua usung tilam sampai 6 orang tidur berkumpul dekat bilik aku
dengan Yusri. Kalau aku tahu, baik sewa homestay 1 bilik je! Malam tu, lepas
gelak-gelak berborak, pukul 3 pagi baru tidur. Gila!
****
Hari 4
8 Februari 2016
Kami bangun pagi dengan
cemerlang. Misi hari ni menuju Tanjung Piai, Johor. Pukul 10, selesai sarapan
nasi minyak (ya, nasi minyak) di gerai penduduk tempatan, kami meneruskan
perjalanan menuju Pekan, bandar lahirnya pemimpin negara. Selepas mengambil gambar kenangan, kami meneruskan
perjalanan ke check point Mersing. Perjalanan Pekan – Rompin – Mersing adalah
perjalanan terbaik kami sepanjang ride. Cuaca baik, trafik lancar, kondisi
jentera cemerlang, pemandangan indah, penduduk tempatan ramah, sehinggakan membuatkan
kami tak terasa penat. Tiba di Mersing lebih kurang jam 2 petang. Saudara
Pak-At, otai skuter Johor menyambut kami dan menjadi pandu arah kami untuk ke
Tanjung Piai.
Saudara Pak’At membawa kami
berhenti mengisi perut di Taman Perling, Johor Bharu. Selesai mengisi perut,
Saudara Pak’At memacu kami menuju ke Tanjung Piai. Lebih kurang jam 5.30
petang, kami tiba di D’Desa Homestay, beberapa kilometer sebelum Taman Negara
Tanjung Piai. Sedang kami membasuh baju (mesin basuh disediakan) sambil
berborak, kami dikejutkan dengan kehadiran Saudara Top Gun bersama anak kecilnya,
membonceng Kawasaki Versys 650 dari Kuala Lumpur.
Malam itu, kami makan di Restoran
Singgah Selalu, Johor Bharu, setelah hajat nak makan satey power Pontian tidak
kesampaian kerana telah sold out! Dari Tanjung Piai ke Restoran Singgah Selalu,
jaraknya lebih kurang 75 km untuk pergi saja. Bermakna, pergi balik lebih
kurang 150 km, hanya untuk makan malam! Sudahlah jalan gelap gelita nak masuk
jajahan Pontian. Makan tak banyak mana, sampai homestay pukul 2 pagi, masak
pulak maggi 4 bungkus. Macam biasa, homestay 3 bilik, 1 bilik je digunakan
untuk tidur beramai-ramai. Dan macam biasa jugak, bilik tu adalah bilik aku dan
Yusri!
****
Hari 5
9 Februari 2016
Pagi ini kami dikejutkan dengan
kehadiran tuan rumah homestay, disapa mesra siap bagi makanan lagi.
Alhamdulillah, dah jimat duit sarapan. Makan nasi minyak (lagi?) dengan lauk rendang daging
kerbau pagi-pagi. Sampai 2 pinggan aku bedal. Punya lah sedap. Misi kami pagi
tu adalah masuk ke Taman Negara Tanjung Piai.
Pukul 10.30 pagi, selesai pendaftaran
untuk Sijil Penghargaan (bayar Rm10 tak silap), kami mengambil gambar kenang-kenangan di
titik paling Selatan Benua Asia ini. Menurut pekerja (makwe) di sana,
kemungkinan inilah tahun terakhir mercu tanda glob di penghujung jeti yang
dapat kami lihat. Laluan ke glob telah ditenggelami air, dan mula terhakis.
Sebaik kami keluar, satu fenomena aneh telah berlaku. Kaunter tiket untuk masuk
telah ditenggelami air. Fenomena air pasang besar yang hanya sekali setahun
berlaku pada hari kami datang! Bertuah sungguh rasanya. Penduduk dari kampung
berdekatan ramai-ramai hadir untuk menyaksikan fenomena tersebut. Anak-anak kecil
ceria bermain air yang turun dari tangga batu. Dah jadi macam waterpark dah.
Perjalanan kami dimulakan pada jam
12.00 tengahari untuk tiba check point di Melaka melalui Pekan Batu Pahat dan
Muar. Perjalanan lancar walaupun trafik sedikit sesak menuju ke Muar dan cuaca
agak panas. Kami tiba di Melaka, disambut oleh Kepala 6Jahanam Riders, Zooro
Smbc dan isteri bersama MaxSym 400i nya, menunggang bersama dari Kuala Lumpur. Juga menanti kami adalah geng Melaka Big Scooter (MBS) diketuai oleh Saudara Asyriq Mna Aboy di Hatten
Hotel pada jam 3 petang. Kami mengisi perut bersama dan berkongsi pengalaman
dan suka duka perjalanan. Sebenarnya kami tidak menjangka akan menerima
sambutan mesra daripada geng MBS. Layanan mereka terlalu baik siap mengiringi kami sehingga ke
sempadan Melaka - Negeri Sembilan di Jambatan Kuala Linggi melalui jalan Klebang - Pantai Puteri - Sungai Udang - Tanjung Bidara - Pengkalan Balak - Kuala Sungai Baru. The friendship power.
Setelah salam perpisahan bersama
geng MBS di Jambatan Kuala Linggi, hari telah mulai gelap. Kami memutuskan
untuk masuk ke Lebuhraya Port Dickson memandangkan jentera Papa Nik telah
terbakar mentol lampu utamanya. Perjalanan kami lancar untuk ke check point
terakhir di Dataran Putrajaya. Tepat jam 9 malam, kami tiba, sedikit
taklimat ringkas dan penyampaian sijil oleh Zooro Smbc. Jelas terpancar
kepuasan di wajah masing-masing, dapat menamatkan misi menjelajah Semenanjung
Malaysia. Alhamdulillah!
Keseluruhan perjalanan kami termasuk bersiar-siar pada waktu malam menaiki skuter ini adalah sebanyak 2370 kilometer! Rekod bagi kami untuk perjalanan paling jauh berturut-turut. Bagi kami, Malaysia masih banyak tempat-tempat menarik yang masih ramai belum terokai. Jika anda ada peluang dan ruang, jelajahilah Malaysia kita. Malaysia is really truly Asia!
Notakaki: Ingin melihat gambar-gambar pengalaman kami semasa JM6J 2016? Inginkan peluang untuk menyertai kami? Lawatilah FB: 6Jahanam Riders atau search #JelajahMalaya6J. Jika ada masa, akan aku kongsikan gambarnya di sini.
Disediakan oleh,
Alex Sani