Tuesday, February 28, 2012

Saat itu

Kau selalu merungut. Kau katakan aku tidak melayanmu sepertimana kau melayanku.

Sayang, di antara kelebihan dan kekurangan, wujud perkongsian. Maka itu yang membuatkan kita sama.

***

Ingat janji kita. Silangkan jari kelingking, dan padukan kata.

Buatlah aku gembira.

Saat di mana aku dicinta dengan cara yang paling halus. Sampai bila-bila.

Bak kata Whitney Houston, 'Could I have this kiss forever?'

Heh.

Saturday, February 25, 2012

Undang-undang rumah saya

Sempena pemergian wan, ibu dan 2 orang lagi makcik untuk menunaikan umrah Isnin lepas, beberapa peraturan dan peringatan sepanjang 2 minggu telah di buat oleh ibu untuk rumah kami di Tampin memandangkan yang tinggal hanyalah budak-budak perempuan termasuk adik aku. Aku kena sesekali balik Tampin untuk membuat spot-check. Ada tak kena, memang aku naik tangan. Cewah.



Peringatan nombor 3, Syafiq, Comel dan Shafiqah itu ialah nama kucing kami.


"Ala, abang...Nia nak letak nama anak kita nanti Syafiq dengan Shafiqah!" kata Cik Nora sambil gelak bawah meja.

Thursday, February 23, 2012

Shopping list wan saya

Ha, hambik.


"Ah, asalkan boleh je kau...Akak panggil Cico suruh belasah kang, tau la korang..."


Okay, ikan Hail Amir dia pakai spek.

Wednesday, February 22, 2012

Komplen

Asik nak komplen je. Tulis blog sendiri la dik. Hik hik hik...

Friday, February 17, 2012

Peduli

"Maaf, abang..." katanya pendek.

Aku ukir senyum di hujung bibir, "It's okay."

"Tahukah kamu, nama kedua cinta ialah complicated?" sambungku dalam hati. Senyum tawar mengambil alih.


Diam beberapa saat.


"Aku marah kerana aku peduli padamu."

Wednesday, February 15, 2012

Tiada tajuk

Akulah simpang tersasar, karam janjiku yang melankolia.

Jika aku tak bangun esok pagi, maafkan...

Saturday, February 11, 2012

Ini bukan Sains Roket

Aku sedang melalui satu fasa hidup yang penuh keajaiban dan pelik. Ibarat mimpi. Namun, mahu tak mahu, aku kena juga lalui dan percaya dengan apa yang berlaku depan mata aku. Ala, dulu masa kecik-kecik pun aku fikir sains roket tu adalah satu pembohongan orang putih.

Namun sekarang, aku cuba untuk fahami sesuatu yang berkaitan roh, batin dan jasad. Aku percaya, ada sebab semua ni berlaku. Dan untuk aku terus percaya, aku kena laluinya selalu, tanpa teori orang putih.

Hey, kita bukan aties. Kita ada Tuhan. Kita ada Al-Quran. Kita hanya perlu bersabar dan selalu kepada-Nya.


Bersabarlah...selalu berdoa.

Wednesday, February 8, 2012

Konflik

Sayang,
ibarat kiamat kecil yang sedang aku lalui
aku cuba kutip dan cantum semua mimpi-mimpi semalam,
agar khilafku terpejam lalu mengukir senyum kelat dalam diam
yang entah sampai bila kita akan terus begini.

Sayang,
aku sedang mengharungi kiamat kecil
yang sedikit-sedikit menghakis rasa percaya
pada indahnya dunia semalam.

Doakan aku selamat.
Demi rindu sayang yang pernah kita senaraikan.
di suatu pohon rahsia
di celah-celah ramai yang memerhati kita.

Kau kurunglah aku,
biar aku tahu apa itu erti kebebasan.

Wednesday, February 1, 2012

Mamat lembut dan CIMB

"Selamat petang, boleh saya bercakap dengan Encik Mohd Hairussani?" kata sorang mamat lembut di hujung talian. Dari gaya dia bercakap, aku dapat bayangkan mamat tu jenis pergi kerja pakai losyen dan lip gloss. Baju kemeja dia punya lipat kalau kena tangan boleh luka.

"Ye, saya..."

"Ok, boleh panggil En. Mohd?"

"Ye boleh..."

"Saya dari CIMB bank ye En. Mohd, ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana menggunakan perkhidmatan CIMB Bank sejak 10 tahun yang lalu ye En. Mohd. Oleh itu, saya mewakili CIMB Bank dan CIMB Aviva ingin memberikan sedikit penerangan tentang tawaran-tawaran terbaru dari pihak kami ye En. Mohd. Ok, untuk pengetahuan En.Mohd, perbualan kita ini akan dirakam bagi rekod dan bagi....

"Eh, lama ke ni?"

"Eh, tak lama En.Mohd. Saya ambil masa 10 minit sahaja untuk En.Mohd."

"Gua tengah meeting ni, bro..."

"Oh, yeke...bila habis meeting tu En.Mohd?"

"Dalam pukul 5.30 petang nanti."

"Kalau macam tu, saya call En.Mohd lepas habis meeting?"

"Ok..." terus letak henfon.


***

5.30 petang.


"Hello, selamat petang En.Mohd, saya dari CIMB tadi, ingat lagi saya call tengahari tadi?"

"Aha, ye..."

"Okay, saya mula balik apa yang saya terangkan tadi..."

"Ala, bateri henfon habis pulak...tet tet tet..." kata aku pantas sambil tekan butang letak. Yang bunyi tet tet tet tu aku cuba gayakan pakai mulut seikhlas mungkin.


Darah aku cepat naik kalau dengar orang cakap banyak. Lagi satu, Encik Mohd kepala bana kau.