Tuesday, July 31, 2012

Jumpa kubur


"Danny, kalau kita jumpa kubur, kita cakap apa?" tanya ibu.

"Terima kasihhh..." Danny menjawab pantas.

"Woi, bukan lah...cakap Assalamualaikum..." kata ibu.

"Waalaikumsalamm..." jawab Danny.


Hadoiii....

Thursday, July 26, 2012

Membasuh baju

Ada sorang mamat baru lapor tugas menginap satu rumah dengan aku sejak 3 minggu lepas. Mamat ni aku kenal. Bekas askar, orang Kedah, famili kat Melaka, kulit hitam manis(masin), dan bawak teddy bear warna coklat masa tidur. Aku tanya, sape punya teddy bear, dia cakap tu anak dia punya. Rindu punya pasal. Maklumlah, anak jauh.

Serba-serbi dalam rumah tu aku kasi kongsi dengan dia, termasuk dapur masak, mesin basuh, tivi, megi, beras, dan asap rokok(aku tak hisap rokok,tapi terpaksa berkongsi asap dengan beliau).


"Hang nak pakai mesin basuh, pakai la..." kata aku selaku housemate yang baik, bertolak ansur dan hensem.

"Aku tak gheti la nak guna mesin tu..." jawab beliau.

"Ni aku nak basuh baju ni, hang ada baju tak, nak basuh sekali jalan je ni?" aku offer.

"Ada, hang suma basuh baju gelap ka? Aku suma baju putih ni..." dia.

"Takdak baju gelap-gelap ka? Takut turun kaler nanti kat baju putih hang tu..." kata aku.

"Takdak baju gelap dah..." sambil dia cari-cari dalam baldi kain dia.

"Kalau takdak baju gelap, hang la masuk sendiri dalam mesin basuh ni, hang kan gelap..."

"Nak-harammm..."

Friday, July 13, 2012

Tak patut, tak patut

Semasa balik kampung 2 minggu yang lepas, aku melayan sepupu-sepupu kecik aku. Dia orang punya nakal sampai bapak dia pernah cakap, "Papa rasa anak iblis tu pun ada masa duduk diam pegang tangan mak dia..."

Namun, oleh kerana aku adalah abang sepupu yang penyabar, berdedikasi, bertolak ansur dan rambut pacak, maka perkara melayan budak-budak kecik yang nakal ni bukanlah satu masalah. Pisau lipat aku selit kat pinggang. Agak-agak tak terkawal, aku acu ke leher mereka.

Ada satu benda yang aku rasa aneh dengan budak-budak ni.


"Aku nang patuk aku nang patuk..." kata budak tadi.

"Aku nang patuk aku nang patuk..." katanya lagi sambil main loncat-loncat atas kerusi.

Abang dia pun sama juga, "Aku nang patuk aku nang patuk..."


Perasaan aku jadi aneh dengan ayat-ayat yang mereka lontarkan.

Esok paginya baru aku perasan lagu ni masa naik kereta.



Harem jadeh...
Tak pasal-pasal aku pun sing along dalam kereta. Tak patut betul...

Wednesday, July 11, 2012

1 message received

When I miss you, I re-read our old conversations and smile like an idiot. - Cik Nora.


Aku pun sengih macam idiot.

Thursday, July 5, 2012

Lukisan saya


Banyak kerja, tapi tiada idea nak buat macam mana. Sesiapa ada jual idea, saya nak beli. Tapi tolong bagi diskaun.

Soalan

Antara soalan-soalan menarik sepanjang aku berkhidmat di MMU Cyberjaya.


"Bang, boleh tak gambar dekat smartcard saya edit kasi gemuk sikit?"

"Bang, kat dalam smartcard ni ada berapa ringgit kredit Touch n Go?"

"Bang, boleh tak kita guna smartcard ni sebagai passport?"

"Perghhh...muka abang ni familiar siottt!!!" sambil bergegas cari kawan-kawan dia suruh tengok aku.

"Pakcik, saya nak buat smartcard..."(pakcik your ass...aku muda lagi!!!)

"Bang, kenapa eh peta MMU Cyberjaya ni bentuk dia macam aiskrim?"

"Bang, kalau abang power, abang isi borang ni sampai abis..."(borang survey sampai 50 soalan)

Monday, July 2, 2012

"Abang, kenapa suka membebel?"

Kerana lelaki yang kuat membebel, yang menyakitkan hati itulah lelaki yang paling sukar untuk dilupakan, sayang.

:)