Monday, March 14, 2016

Jelajah Malaya 6Jahanam 2016 - The Power of Friendship




Oleh: 6Jahanam Riders
Rider: Faizan Osman
            Fauzan Osman
            Yusri Yuzzro
            Alex Sani
            Joy Zul
            Papa Nik (Nik Moeszairi)

Assalamualaikum bloggers. Kami ingin berkongsi dengan anda tentang pengalaman kami mengelilingi Semenanjung Malaysia dengan skuter SYM dalam masa 5 hari dengan bajet yang rendah seramai 6 orang (asalnya 9 orang, tapi yang lain ada komitmen kerja). Ride redah, santai & fun!

Perancangan kami untuk Jelajah Malaya 6J 2016 (JM6J) ni bermula kurang sebulan sebelum tarikh yang dirancang. Perancangan asal kami adalah untuk redah sahaja ala-ala backpacker dan membawa khemah menaiki skuter, tetapi mengenangkan kami bercadang menggunakan walkie talkie untuk berhubung dan perlu dicas semula, dan ada antara kami perlu menghantar report kepada bini dan makwe setiap sejam menggunakan henpon, maka kami putuskan untuk menyewa penginapan.

Kami cuba mengusahakan sedikit tajaan dengan menggunakan nama JM6J ni daripada rakan-rakan dan kenalan yang rata-rata mempunyai bisnes sendiri, dan tak lupa juga bengkel dan kelab motor sendiri. Alhamdulillah, dengan usaha semua, terutama Yusri Yuzzro, kami berjaya mengumpulkan tajaan daripada 6 penaja utama kami, Malaya Riders, Avenue Two Car & Bike Care (Glenmarie), Mansheng Motor (Pudu), Kembara Korner (Nasi Lemak Daun Pisang), Monsta8 dan juga Twinsman Supply & Services. Hasil tajaan semua, kami hanya perlu mambayar lebih kurang RM30 seorang sahaja untuk penginapan selama 4 malam di seluruh pelusuk semenanjung! Kos perseorangan yang kami gunakan termasuk makan dan minyak motor, tak sampai RM250 seorang selama 5 hari. The power of friendship!



****
Hari 1
5 Februari 2016
Perjalanan: 530km

Kami berkumpul di Shell Jalan Duta lebih kurang jam 8.45 pagi. Sesampai di sana, kami disambut oleh beberapa ribu penyokong kami (2 orang je pun, kekeke…). Selesai sedikit taklimat dan doa memohon memudahkan perjalanan, flag off jam 9.30 pagi menggunakan Lebuhraya PLUS menuju Utara. Check point pertama kami adalah Nasi Ganja Ipoh. Kedai Kopi Yong Suan, lokasi the real nasi ganja in town! Memang power beb. Sampai rasa nak repeat lagi sekali.

Perjalanan diteruskan menuju utara. Check point kedua untuk hari ini adalah Petronas RnR Juru. Sekadar meluruskan pinggang dan menghilangkan dahaga. Cuaca agak panas sedikit semasa kami tiba di Juru.

Sebaik kami memulakan perjalanan dalam beberapa kilometer melepasi Juru, tiba-tiba hujan lebat dan angin kencang sehingga memaksa kami berhenti di bawah jejambat. Setelah berbincang lebih kurang, dan angin telah sedikit bertimbang rasa, walaupun masih hujan renyai, kami putuskan untuk meneruskan perjalanan. Tak sampai 5 km, hujan berhenti, dan panas terik mengambil alih! Perjalanan kami selepas itu sekadar untuk mengeringkan baju.

Selepas dari RnR Gurun berhenti mengisi minyak, skuter SYM Evo250i milik Joy Zul hilang kuasa tiba-tiba. Cuba untuk start pun tak boleh. Mujurlah kami berada sebelum Tol Jitra, ada lokasi seperti hentian kecil di situ. Setelah diperiksa, starter relay telah terbakar. Kami menghubungi kenalan, Saudara Lee Panjang, Otai Skuter Penang yang berada di utara untuk penyelesaian (sekali lagi friendship power), memandangkan beliau berada luar kawasan, maka beliau memberi contact pomen di Alor Star, Saudara Lan dari AS Jaya Motor telah datang memberikan bantuan.

Kami meneruskan perjalanan ke Bukit Kayu Hitam untuk check point terakhir untuk bergambar kenang-kenangan, sebelum berpatah balik ke Alor Star. Memandangkan hari telah lewat petang, kami memutuskan untuk tidak menggunakan jalan dalam Perlis untuk menuju ke Alor Star. 

Kami tiba di Alor Star senja. Terus ke Hotel Seri Malaysia yang telah kami tempah awal. Lokasinya betul-betul bersebelahan dengan Stadium Darul Aman. Malam itu, selepas layan downtown dan makan kedai makwe siam, tidur kami lena hingga pagi.


****
Hari 2
6 Februari 2016
Perjalanan: 460km

Sarapan pagi itu termasuk dalam pakej Hotel Seri Malaysia. Tak perlu keluar untuk mencari sarapan. Bagaimanapun, perjalanan kami pagi ini ditunda beberapa jam selepas mendapati SYM Evo250i milik Pojan mengalami kebocoran oil-seal minyak hitam. Kami menuju ke bengkel AS Jaya Motor, setelah menghubungi Saudara Lan yang memberi bantuan kepada skuter Joy Zul di Jitra semalam. Lebih kurang sejam juga menukar oil-seal. Kami memulakan perjalanan menuju ke Kota Bharu pada jam 12 tengahari!

Menggunakan Jalan Baling-Gerik menuju Banjaran Titiwangsa, perjalanan kami lancar. Kami sempat juga berhenti di sebuah gerai tepi jalan di Baling untuk membasah tekak. Cuaca baik semasa mendaki di Gerik. Sebelum tiba di Tasik Banding, hujan mula renyai-renyai. Kami meneruskan perjalanan secara santai sambil menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Teringin juga (walaupun takut) untuk melihat sendiri jika ada haiwan liar seperti gajah di sepanjang perjalanan. Sehinggakan ada antara kami tiba-tiba berderau darah sebab ternampak lembu tepi jalan, ingatkan gajah! Ada satu selekoh tu, aku yang paling depan dah mula pucat sebab nampak dahan pokok di tengah jalan, ingatkan gajah tengah mengamuk, rupa-rupanya lori rosak tepi jalan. Aku dah fikir macam mana nak patah balik je time tu! Kus semangat. Kehkehkeh…

Setibanya di check point pertama Hentian Banjaran Titiwangsa, kabus tebal menyambut kami semua. Banyak juga kereta yang berhenti makan dan ambil gambar feel Switzerland siap pakai baju bulu kambing bagai. Kami naik motor rileks je sampai pakai t-shirt, dengan basah baru kena hujan. Petang telah lewat, selepas ambil gambar kenangan lebih kurang, kami meneruskan perjalanan ke Kota Bharu.

Perjalanan mula sesak apabila kami memasuki Jeli. Cuti Tahun Baru Cina menyebabkan kereta bersusun menuju masuk ke Kelantan. Dengan bantuan Faizan yang mempunyai kemahiran marshal konvoi, maka perjalanan kami tidaklah begitu menyukarkan walaupun dalam hujan renyai sehingga Tanah Merah. Kami tiba di Kota Bharu lebih kurang jam 7.30 malam, dan check in di Hanis Villa Hotel. Alhamdulillah, jentera kami tidak meragam sepanjang perjalanan.

Malam itu, layan nasi kerabu, lepas tu cuci mata di Wakaf Che Yeh. Oleh kerana seluar semua terhad, dan dah basah kena hujan, Joy Zul cipta sejarah jalan-jalan Wakaf Che Yeh pakai kain pelikat selepas dikelepet oleh kitorang semua bahawa dekat Kelantan tak boleh pakai seluar pendek, nanti kena tangkap naik van jenazah! Punyalah keras perut kitorang menahan gelak. Malam itu, pukul 2 pagi tak silap baru balik hotel untuk tidur.


****
Hari 3
7 Februari 2016
Perjalanan: 430km

Pagi ini, kami bersarapan di Kopitiam Kita. The best kopitiam in town! Perjalanan kami sekali lagi tertunda akibat masalah teknikal. Kami check out hotel jam 1.30 tengahari. Kami memutuskan untuk melalui Tok Bali menuju ke Kuantan mengambil kira trafik yang agak lancar. Bayu laut monsun yang ganas mengakibatkan jentera kami sedikit membuai ketika melalui jalan pantai. Diberitakan, di sebelah selatan sedang dilanda hujan lebat dan ada sesetengah lokasi mengalami banjir. Mujurlah perjalanan kami di Tok Bali menuju ke Kuala Terengganu lancar dan cuaca agak baik. Kami menuju ke Pantai Batu Burok untuk melepaskan lelah dan mengisi perut.

Sebaik sahaja beberapa kilometer meninggalkan Batu Burok, hujan lebat memaksa kami berhenti di stesen minyak. Kami mengambil kesempatan membaiki jentera Joy Zul yang telah terbakar mentol lampu utamanya. Kami meneruskan perjalanan ke Kuantan memandangkan hari telah lewat petang.

Perjalanan kami sedikit perlahan kerana hujan lebat apabila kami tiba di Kemaman lebih kurang jam 8 malam. Kami berehat dan mengalas perut di Gerai Aziz Satar, antara gerai satar yang paling best in the world! Lokasi pilihan rancangan Best In The World di 8TV. Bukan setakat alas perut, punyalah sedap gila sampai 5 pinggan hidang satar ikan, ikan celup tepung, pais ikan semua kami bedal sampai licin!

Dalam hujan renyai, kami meneruskan perjalanan ke Kuantan, dan singgah di Tanjung Lumpur, pekena ikan bakar pulak. Jam 12 tengah malam baru kami tiba di homestay di Indra Sempurna. Besar gila homestay 3 bilik, 2 bilik air siap dapur dan air-cond. Tapi, bila nak tidur, semua usung tilam sampai 6 orang tidur berkumpul dekat bilik aku dengan Yusri. Kalau aku tahu, baik sewa homestay 1 bilik je! Malam tu, lepas gelak-gelak berborak, pukul 3 pagi baru tidur. Gila!



****
Hari 4
8 Februari 2016
Perjalanan: 390km

Kami bangun pagi dengan cemerlang. Misi hari ni menuju Tanjung Piai, Johor. Pukul 10, selesai sarapan nasi minyak (ya, nasi minyak) di gerai penduduk tempatan, kami meneruskan perjalanan menuju Pekan, bandar lahirnya pemimpin negara. Selepas mengambil gambar kenangan, kami meneruskan perjalanan ke check point Mersing. Perjalanan Pekan – Rompin – Mersing adalah perjalanan terbaik kami sepanjang ride. Cuaca baik, trafik lancar, kondisi jentera cemerlang, pemandangan indah, penduduk tempatan ramah, sehinggakan membuatkan kami tak terasa penat. Tiba di Mersing lebih kurang jam 2 petang. Saudara Pak-At, otai skuter Johor menyambut kami dan menjadi pandu arah kami untuk ke Tanjung Piai.

Saudara Pak’At membawa kami berhenti mengisi perut di Taman Perling, Johor Bharu. Selesai mengisi perut, Saudara Pak’At memacu kami menuju ke Tanjung Piai. Lebih kurang jam 5.30 petang, kami tiba di D’Desa Homestay, beberapa kilometer sebelum Taman Negara Tanjung Piai. Sedang kami membasuh baju (mesin basuh disediakan) sambil berborak, kami dikejutkan dengan kehadiran Saudara Top Gun bersama anak kecilnya, membonceng Kawasaki Versys 650 dari Kuala Lumpur. 

Malam itu, kami makan di Restoran Singgah Selalu, Johor Bharu, setelah hajat nak makan satey power Pontian tidak kesampaian kerana telah sold out! Dari Tanjung Piai ke Restoran Singgah Selalu, jaraknya lebih kurang 75 km untuk pergi saja. Bermakna, pergi balik lebih kurang 150 km, hanya untuk makan malam! Sudahlah jalan gelap gelita nak masuk jajahan Pontian. Makan tak banyak mana, sampai homestay pukul 2 pagi, masak pulak maggi 4 bungkus. Macam biasa, homestay 3 bilik, 1 bilik je digunakan untuk tidur beramai-ramai. Dan macam biasa jugak, bilik tu adalah bilik aku dan Yusri!


****
Hari 5
9 Februari 2016
Perjalanan: 430km

Pagi ini kami dikejutkan dengan kehadiran tuan rumah homestay, disapa mesra siap bagi makanan lagi. Alhamdulillah, dah jimat duit sarapan. Makan nasi minyak (lagi?) dengan lauk rendang daging kerbau pagi-pagi. Sampai 2 pinggan aku bedal. Punya lah sedap. Misi kami pagi tu adalah masuk ke Taman Negara Tanjung Piai.

Pukul 10.30 pagi, selesai pendaftaran untuk Sijil Penghargaan (bayar Rm10 tak silap), kami mengambil gambar kenang-kenangan di titik paling Selatan Benua Asia ini. Menurut pekerja (makwe) di sana, kemungkinan inilah tahun terakhir mercu tanda glob di penghujung jeti yang dapat kami lihat. Laluan ke glob telah ditenggelami air, dan mula terhakis. Sebaik kami keluar, satu fenomena aneh telah berlaku. Kaunter tiket untuk masuk telah ditenggelami air. Fenomena air pasang besar yang hanya sekali setahun berlaku pada hari kami datang! Bertuah sungguh rasanya. Penduduk dari kampung berdekatan ramai-ramai hadir untuk menyaksikan fenomena tersebut. Anak-anak kecil ceria bermain air yang turun dari tangga batu. Dah jadi macam waterpark dah.

Perjalanan kami dimulakan pada jam 12.00 tengahari untuk tiba check point di Melaka melalui Pekan Batu Pahat dan Muar. Perjalanan lancar walaupun trafik sedikit sesak menuju ke Muar dan cuaca agak panas. Kami tiba di Melaka, disambut oleh Kepala 6Jahanam Riders, Zooro Smbc dan isteri bersama MaxSym 400i nya, menunggang bersama dari Kuala Lumpur. Juga menanti kami adalah geng Melaka Big Scooter (MBS) diketuai oleh Saudara Asyriq Mna Aboy di Hatten Hotel pada jam 3 petang. Kami mengisi perut bersama dan berkongsi pengalaman dan suka duka perjalanan. Sebenarnya kami tidak menjangka akan menerima sambutan mesra daripada geng MBS. Layanan mereka terlalu baik siap mengiringi kami sehingga ke sempadan Melaka - Negeri Sembilan di Jambatan Kuala Linggi melalui jalan Klebang - Pantai Puteri - Sungai Udang - Tanjung Bidara - Pengkalan Balak - Kuala Sungai Baru. The friendship power.

Setelah salam perpisahan bersama geng MBS di Jambatan Kuala Linggi, hari telah mulai gelap. Kami memutuskan untuk masuk ke Lebuhraya Port Dickson memandangkan jentera Papa Nik telah terbakar mentol lampu utamanya. Perjalanan kami lancar untuk ke check point terakhir di Dataran Putrajaya. Tepat jam 9 malam, kami tiba, sedikit taklimat ringkas dan penyampaian sijil oleh Zooro Smbc. Jelas terpancar kepuasan di wajah masing-masing, dapat menamatkan misi menjelajah Semenanjung Malaysia. Alhamdulillah!

Keseluruhan perjalanan kami termasuk bersiar-siar pada waktu malam menaiki skuter ini adalah sebanyak 2370 kilometer! Rekod bagi kami untuk perjalanan paling jauh berturut-turut. Bagi kami, Malaysia masih banyak tempat-tempat menarik yang masih ramai belum terokai. Jika anda ada peluang dan ruang, jelajahilah Malaysia kita. Malaysia is really truly Asia!


Notakaki: Ingin melihat gambar-gambar pengalaman kami semasa JM6J  2016? Inginkan peluang untuk menyertai kami? Lawatilah FB: 6Jahanam Riders atau search #JelajahMalaya6J. Jika ada masa, akan aku kongsikan gambarnya di sini.


Disediakan oleh,
Alex Sani

2 comments:

nuwuwuda said...

Panjang betul report... :)

"Malam itu, selepas layan downtown dan makan kedai makwe siam, tidur kami lena hingga pagi"

amboi... kemain

Thanh Mai said...

sàn gỗ công nghiệp châu âu có nhược điểm chung là sử dụng Formaldehyde (hợp chất có trong keo kết dính sản phẩm), có mùi nồng khó ngửi.
Kronopolvietnam