Aku berubah kerana pengalaman
Kerana keperitan
Kau setia,
Tunggu, dan tunggu
Betul yakin yang tuhan bersama doamu
Aku kagum, tapi malu
Aku tak hargai
Seperti apa yang kau ada.
Aku bisu dua purnama
Ibarat tuli juga
Tepis semua soal tentang hati.
Sehingga kau hadir
Betul-betul depanku
Menghulur hati,
Yang masih merah
Masih panas, seperti dulu.
Bodohnya aku,
Aku sudah bersedia,
Cuma, tak tahu mula dari mana...
***
***
Kau sedih sekarang,
Aku rasai...
Aku pernah rasai...aku erti rasamu
Aku juga kehilangan dulu
Aku hanya diam, tak tahu apa ucapku
Seperti yang aku dulu, cuma diam
Hati hancur,
hati juga yang mahu menyimpannya jauh,
Koyak, pecah, tanpa bunyi di dalam.
Koyak, pecah, tanpa bunyi di dalam.
1 comment:
Nhờ việc làm giả các hiệu ứng như mài mòn, phai màu, gam màu trắng sáng mang lại cho căn phòng của bạn kiểu cổ điển, bụi bặm đó cũng là xu hướng chọn mầu Sàn gỗ công nghiệp những năm trở lại đây.
Kronopolvietnam
Post a Comment