Monday, October 22, 2012

Saya dan Hujan

Balik semalam hujan lebat. Aku pulang ke rumah setelah menghabiskan beberapa jam di opis. Dalam perjalanan balik ke rumah, hujan tiada tanda-tanda untuk mengucapkan goodbye dalam masa terdekat. Dalam kereta takde payung. Apa barang payung dalam kereta. Macam gadis.

Dipendekkan cerita, aku cari parking tempat paling dekat untuk berlari ke apartment aku. Dekat tak dekat jugak la. Ada la dalam 20 meter. Dalam kepala otak aku dah congak laluan yang bakal aku ambil sebentar nanti supaya peratusan kena hujan rendah. Oleh kerana aku bijak, congakan aku hanya mengambil masa 3 saat. 

Setelah OFF enjin kereta, aku mengucap bismillah lalu dengan pantas membuka pintu kereta, melompat bahagian yang takde air dan terus meluru seperti seekor memerang ke arah koridor apartment. Langkah aku atur dengah penuh cermat dan bergaya. Kurang 10 saat, aku sampai ke koridor apartment. Walaupun sedikit basah, tapi orang cakap basah-basah macho. Macam Fahrin Ahmad dalam iklan syampu. *ok, gua sendiri tulis pun gua rasa nak muntah*

Aku pandang kembali ke kereta untuk lock alarm.

Pintu kereta tak tutup.



Banyak jugak benda lucah aku cakap lepas tu. Sikit lagi nak kena sambar petir.

5 comments:

Anonymous said...

Sengal tahap dewa-dewa.........

Kumang Lelang said...

Hahaha!Bunyi cam cerdik, pakai calculation segala...=speechless= dah!

en.sani said...

anony: amboi...

white dove: siapa cakap tak cerdik? siapa cakap???!!

Kumang Lelang said...

marah pulak dah? :) sorry maa..tp lawak thp gaban u!

en.sani said...

hehe...tak sarkastik btol la..